...السلام عليكم
Alhamdulillah... semenjak kumpulan kebajikan kami beroperasi... ini adalah merupakan sumbangan terbesar yang kami terima... sumbangan ini adalah dari pihak Pusat Komuniti JIM yang merupakan 40 kotak pelbagai barangan terpakai... antaranya pakaian wanita, lelaki, kanak², tudung, telekung, sejadah, pakaian dalam (baru) dan macam² lagi...
Setelah beberapa lama temujanji dibuat, akhirnya pada hujung minggu lepas idah dan rakan² telah ke pusat tersebut dan berjumpa dengan wakil yang terlibat... iaitu En. Nasir...
En. Nasir(berbaju kotak²) memberikan sedikit penerangan dan menjawab soalan demi soalan kami... :D
En. Nasir membenarkan kami mengambil sebanyak mana yang kami termampu... kebetulan kami hanya membawa 4 buah kereta... tetapi alhamdulillah... banyak juga yang kami dapat muatkan... :D
Kenangan bersama En. Nasir di hadapan bangunan JIM.
Selesai mengambil barangan sumbangan... kami bergegas ke rumah Umy...
Di rumah Umy... kami keluarkan semua kotak² dan lakukan kerja² pemunggahan dan penyisihan (sorting) semula... kami asingkan pakaian yang sesuai untuk kami buat jualan amal dan juga yang untuk diberikan sebagai sumbangan kepada yang memerlukan...
Setelah penyisihan dibuat... kami susun semula di perkarangan rumah Umy untuk memudahkan kerja bila kami ingin menggunakannya nanti... tidak semua kotak disimpan disini... separuh darinya kami letakkan di rumah saudara Eical... tidak jauh dari rumah Umy...
Alhamdulillah... kerja yang banyak... bila dibuat bersama²... menjadi mudah... petangnya semua kotak berjaya diisih dan disusun di penyimpanan... :D
Dikesempatan ini... idah dan rakan² ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak JIM's dan En. Nasir diatas bantuan yang diberikan... mohon bantulah dan tunjuk ajarlah kami yang masih mentah ini... demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia... :)
***********************************
Penubuhan Persatuan Kebajikan
Bak kata pepatah... "Alang-alang menyeluk pekasam... biar sampai ke pangkal lengan"... itulah yang telah kami lakukan... kami semua sepakat untuk mendaftarkan pertubuhan kami ini untuk 'menghalalkannya' bagi memudahkan lagi kerja² sukarela kami...
2 hari sebelum pengambilan kotak² sumbangan... mesyuarat penubuhan telah kami adakan... perlantikan ajk dan perbincangan program² untuk sepanjang tahun juga di bincangkan...
Kami memilih nama Al-Waasi' Society Group (AWSG) sebagai nama kumpulan kami...
Al-Waasi' bermaksud Maha Luas Pemberiannya...
Pendaftaran telah di buat... cuma menunggu kelulusan sahaja... Mohon rakan² doakan proses penubuhan persatuan kebajikan kami ini dipermudahkan yer... dan juga nama yang kami pilih tidak ditolak oleh pihak Jabatan Pendaftaran... dah lulus nanti idah war² kan yer...
(。◕‿◕。)
Alhamdulillah dan tahniah. Moga dipermudahkan urusan dalam bantu-membantu sesama insan.
BalasPadamSyukur Alhamdulillah...semoga segala urusan dipermudahkan.
BalasPadamp/s: cik idah buatlah satu banner, boleh saya letakkan di blog! cuba bantu sekadar termampu :)
Terima kasih BM.. :D ok insyaallah akan diusahakan...
PadamTapi tunggu pendaftaran selesai dulu la yer... :) Thanks again..
Alhamdulillah..semoga usaha murni akak akan sentiasa dipermudahkan & diberkati olehNya :-)
BalasPadamTahniah...usaha yg baik - mendaftarkan pertubuhan NGO. Semoga AJK dan ahli bersatu hati dlm meneruskan cita-cita murni..
BalasPadamsemoga bisa dimanfaatkan dengan sebaik baiknya
BalasPadamallahuakbar ..semoga di permudahkan urusan
BalasPadamtahniah...teruskan usaha murni....
BalasPadamAlhamdulilah. Tahniah buat idah & rakan2, ros doakan semoga perjalanan kalian dirahmati ALLAH. klau ada apa2 bantuan blh la kongsi manatau dpt bantu.
BalasPadamTerima kasih sista... :D insyaallah akan diberitahu kelak...
PadamKata2 perangsang dan sokongan yang diberikan semua pun sudah cukup untuk kami meneruskan misi kemanusiaan ini.
Amiinn.. semoga Allah permudahkan usaha murni akak dan rakan2 semua.. :)
BalasPadamAlhamdulillah...satu tugas yg sangat sangat murni
BalasPadambenda baik akan dipermudahkan in sha Allah :)
BalasPadamKita doakan yang terbaik untuk usaha murni ni acik idah..Semoga semunya dipermudahkan..Aminn!!!
BalasPadamSaya doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar...amin
BalasPadamAlhamdulillah.. tahniah. In shaa Allah, klu ada perkara2 kebaikan yg saya terjumpa dan berkait serta bertepatan dgn tujuan acik idah & kumpulan semua, bolehlah saya kongsikan usulnya ye.. mudah2an dpt membantu kpd yg memerlukan & membawa kebaikan semua.. all the best.. :)
BalasPadamsalam. semoga dipermudahkan urusan :)
BalasPadamsemoga semua urusan dan perancangan berjalan lancar dan diberkati oleh Allah selalu..
BalasPadamalhamdulillah.. usaha yg baik.. smoga segalanya berjalan lancar dan diredhai Allah..
BalasPadamAlhamdulillah, semoga usaha murni Acik Idah & rakan2 dipermudahkan & mendapat berkat dariNYA... Amiin... ^__^
BalasPadamsemoga diluluskan segera... tahniah untuk semua yang berusaha :)
BalasPadamAlhamdulillah, moga semuanya dipermudahkan dan diberkati.
BalasPadam