10 Februari, 2014

Sumbangan 40 Kotak Barangan Terpakai.

22 ulasan
...السلام عليكم


Alhamdulillah... semenjak kumpulan kebajikan kami beroperasi... ini adalah merupakan sumbangan terbesar yang kami terima... sumbangan ini adalah dari pihak Pusat Komuniti JIM yang merupakan 40 kotak pelbagai barangan terpakai... antaranya pakaian wanita, lelaki, kanak², tudung, telekung, sejadah, pakaian dalam (baru) dan macam² lagi...




Sumbangan 40 Kotak Barangan Terpakai.



Setelah beberapa lama temujanji dibuat, akhirnya pada hujung minggu lepas idah dan rakan² telah ke pusat tersebut dan berjumpa dengan wakil yang terlibat... iaitu En. Nasir...




Sumbangan 40 Kotak Barangan Terpakai.

En. Nasir(berbaju kotak²) memberikan sedikit penerangan dan menjawab soalan demi soalan kami... :D




Sumbangan 40 Kotak Barangan Terpakai.



En. Nasir membenarkan kami mengambil sebanyak mana yang kami termampu... kebetulan kami hanya membawa 4 buah kereta... tetapi alhamdulillah... banyak juga yang kami dapat muatkan... :D




Sumbangan 40 Kotak Barangan Terpakai.
Kenangan bersama En. Nasir di hadapan bangunan JIM.




Sumbangan 40 Kotak Barangan Terpakai.

Selesai mengambil barangan sumbangan... kami bergegas ke rumah Umy... 




Sumbangan 40 Kotak Barangan Terpakai.



Di rumah Umy... kami keluarkan semua kotak² dan lakukan kerja² pemunggahan dan penyisihan (sorting) semula... kami asingkan pakaian yang sesuai untuk kami buat jualan amal dan juga yang untuk diberikan sebagai sumbangan kepada yang memerlukan...




Sumbangan 40 Kotak Barangan Terpakai.



Setelah penyisihan dibuat... kami susun semula di perkarangan rumah Umy untuk memudahkan kerja bila kami ingin menggunakannya nanti... tidak semua kotak disimpan disini... separuh darinya kami letakkan di rumah saudara Eical... tidak jauh dari rumah Umy...




Alhamdulillah... kerja yang banyak... bila dibuat bersama²... menjadi mudah... petangnya semua kotak berjaya diisih dan disusun di penyimpanan... :D



Dikesempatan ini... idah dan rakan² ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak JIM's dan En. Nasir diatas bantuan yang diberikan... mohon bantulah dan tunjuk ajarlah kami yang masih mentah ini... demi kebaikan seluruh rakyat Malaysia... :)


***********************************


Penubuhan Persatuan Kebajikan


Bak kata pepatah... "Alang-alang menyeluk pekasam... biar sampai ke pangkal lengan"... itulah yang telah kami lakukan... kami semua sepakat untuk mendaftarkan pertubuhan kami ini untuk 'menghalalkannya' bagi memudahkan lagi kerja² sukarela kami...



Mesyuarat Penubuhan Al-Waasi'



2 hari sebelum pengambilan kotak² sumbangan... mesyuarat penubuhan telah kami adakan... perlantikan ajk dan perbincangan program² untuk sepanjang tahun juga di bincangkan... 




Mesyuarat Penubuhan Al-Waasi'



Kami memilih nama Al-Waasi' Society Group (AWSG) sebagai nama kumpulan kami...

Al-Waasi' bermaksud Maha Luas Pemberiannya...




Penubuhan Al-Waasi'



Pendaftaran telah di buat... cuma menunggu kelulusan sahaja... Mohon rakan² doakan proses penubuhan persatuan kebajikan kami ini dipermudahkan yer... dan juga nama yang kami pilih tidak ditolak oleh pihak Jabatan Pendaftaran... dah lulus nanti idah war² kan yer...

(。◕‿◕。)


22 ulasan :

  1. Alhamdulillah dan tahniah. Moga dipermudahkan urusan dalam bantu-membantu sesama insan.

    BalasPadam
  2. Syukur Alhamdulillah...semoga segala urusan dipermudahkan.

    p/s: cik idah buatlah satu banner, boleh saya letakkan di blog! cuba bantu sekadar termampu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih BM.. :D ok insyaallah akan diusahakan...
      Tapi tunggu pendaftaran selesai dulu la yer... :) Thanks again..

      Padam
  3. Alhamdulillah..semoga usaha murni akak akan sentiasa dipermudahkan & diberkati olehNya :-)

    BalasPadam
  4. Tahniah...usaha yg baik - mendaftarkan pertubuhan NGO. Semoga AJK dan ahli bersatu hati dlm meneruskan cita-cita murni..

    BalasPadam
  5. semoga bisa dimanfaatkan dengan sebaik baiknya

    BalasPadam
  6. allahuakbar ..semoga di permudahkan urusan

    BalasPadam
  7. Alhamdulilah. Tahniah buat idah & rakan2, ros doakan semoga perjalanan kalian dirahmati ALLAH. klau ada apa2 bantuan blh la kongsi manatau dpt bantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih sista... :D insyaallah akan diberitahu kelak...
      Kata2 perangsang dan sokongan yang diberikan semua pun sudah cukup untuk kami meneruskan misi kemanusiaan ini.

      Padam
  8. Amiinn.. semoga Allah permudahkan usaha murni akak dan rakan2 semua.. :)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...satu tugas yg sangat sangat murni

    BalasPadam
  10. benda baik akan dipermudahkan in sha Allah :)

    BalasPadam
  11. Kita doakan yang terbaik untuk usaha murni ni acik idah..Semoga semunya dipermudahkan..Aminn!!!

    BalasPadam
  12. Saya doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar...amin

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah.. tahniah. In shaa Allah, klu ada perkara2 kebaikan yg saya terjumpa dan berkait serta bertepatan dgn tujuan acik idah & kumpulan semua, bolehlah saya kongsikan usulnya ye.. mudah2an dpt membantu kpd yg memerlukan & membawa kebaikan semua.. all the best.. :)

    BalasPadam
  14. salam. semoga dipermudahkan urusan :)

    BalasPadam
  15. semoga semua urusan dan perancangan berjalan lancar dan diberkati oleh Allah selalu..

    BalasPadam
  16. alhamdulillah.. usaha yg baik.. smoga segalanya berjalan lancar dan diredhai Allah..

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah, semoga usaha murni Acik Idah & rakan2 dipermudahkan & mendapat berkat dariNYA... Amiin... ^__^

    BalasPadam
  18. semoga diluluskan segera... tahniah untuk semua yang berusaha :)

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah, moga semuanya dipermudahkan dan diberkati.

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D