02 Oktober, 2013

Nasi Maqlubah Palestin..

13 ulasan

Assalamualaikum..



Nasi Maqlubah Palestin ~ Ayam

Ramai yang bertanyakan pasal nasi yang Idah makan masa birthday party hari tu.. errmm.. nasi tu namanya Nasi Maqlubah Palestin.. kedainya di Saujana Prima, Kajang.


Al-kisah yang diceritakan pada Idah.. pemilik kedai nie adalah seorang freelance photographer.. pastu berkahwin dengan seorang chef dari Palestin.. dan kemudian mereka menetap disini.. so resepi Nasi Maqlubah nie adalah resepi dari palestin oleh suaminya.. Maqlubah tu bermaksud terbalik (kalau salah sorry yee..) nasi nie akan diterbalikkan dari periuk terus ke dalam dulang yang disertakan sekali..


Nasi nie setnya ada salad, sup dan nasi yang dimasak sekali dengan ayam.. tu hari kami order untuk 10 orang makan.. banyaknya ya rabbi.. macam boleh makan 25 orang.. untuk 10 orang tu dikenakan bayaran sebanyak RM150.




Nasi Maqlubah Palestin..

Disebabkan kami beli untuk 10 orang so kami diberi pilihan samada nak dalam bekas satu-satu atau sekali harung dalam periuk. Tapi kalau pilih periuk deposit RM50 untuk periuk akan dikenakan.. dan akan dipulangkan semula setelah periuk dikembalikan...



Salad
Ada salad..



Soup
Ada sup..



Soup & Salad Packaging
Salad dan sup diletak dalam bekas macam nie..



Nasi Maqlubah Palestin Contact Person & Number

Setakat kelmarin yang Idah tanya.. dia tak boleh walk-in jer.. kena order terlebih awal..  apa² pun boleh hubungi sendiri dengan pemiliknya yaa.. :D pemiliknya sangat..sangatt peramah.. kecil molek dan baik orangnya..


Pada Idah nasi nie okay sedap laa.. dia juicy tak kering macam separuh nasi arab tu.. mungkin kerana dia masak sekali dengan tomato, kentang dan ayam tu.. kalau nasi arab beras dia panjang² kan.. tapi nasi nie beras biasa je.. salad.. :D Idah tak makan pun.. so tak boleh nak komen.. sup dia macam biasa laa.. rasa sup.. hehe.. tapi untuk orang macam Idah yang suka makan pedas nie Idah rasa ianya akan lebih menarik kalau disertakan dengan sambal belacan ker.. sambal ala arab ker.. :D tak kira laa janji pedass.. okay.. kalau nak try boleh la call kat nombor diatas tu ye.. 


13 ulasan :

  1. 1st time dgr...area jb ade x agak2?mcm sedap ajee..mkn pki dulang ke tu

    BalasPadam
  2. Kami pun first time try jugak.. jb ek? not sure.. rasa cam takder jer.. kena datang kajang laa.. mai..mai.. :D nasi tu memang dia letak dalam dulang.. hidang camtu.. tapi kami tak la makan kat dalam dulang tu.. pakai pinggan laa.. huhuhu..

    BalasPadam
  3. banyaknya.. nampak sedap nasi tu..

    BalasPadam
  4. memang sodap hingga menggigit jari

    BalasPadam
  5. Kat mane kedai dye, teringin gak nak merasa nasi palestine ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. :D Kedainya di Saujana Prima, Kajang.. cuba jangan tak cuba.. hihi..

      Padam
  6. Org arab xmakan pedas.. Tu yg dia xrasa pedas..

    BalasPadam
  7. saya nk mencuba arini... hikhik..tq pd acikidah coz posting pasal food ini ;)

    BalasPadam
  8. wow bestnya... pernah buat sekali dulu,, mmg sedap nasi maqlubah ni. esok nak try maqlubah rempah al.bayt pulak :)

    BalasPadam
  9. Kalau dijadikan cerpen sangat menarik ni.

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D