Assalamualaikum & selamat petang.. :)
Sumber : Harian Metro |
Padi tadi masa nak datang kerja.. Idah ternampak ada majlis di dataran bersebelahan dengan bangunan Menara 1 Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) .. ramai penguatkuasa yang menaiki basikal berbaris.. ada lelaki dan ada wanita.. rupa²nya ada Majlis Tamat Latihan Kursus Penguatkuasaan Berbasikal..
Dikhabarkan bermula sabtu ini penduduk lembah klang akan mula dapat melihat penguatkuasa DBKL yang menggunakan kenderaan basikal nie di lima taman rekreasi di sekitar ibu kota iaitu Taman Botani, Taman Tasik Titiwangsa, Taman Tasik Permaisuri, Taman Metropolitan Kepong dan Taman Metropolitan Batu.
Ermm.. satu lagi antara tarikan pelancong di negara kita kan.. dan selain dari tu ianya adalah langkah awal untuk menjadikan Kuala Lumpur Bandaraya Bebas Asap Kenderaan Bermotor.. harap² usaha murni ini berterusan.. :D
ada pro dan kontra juga.. kena berhati-hati dengan peragut yang berkeliaran menunggu mangsa.. tapi aiza sokong sangat kalau semua orang guna basikal takde la pencemaran dan semestinya takde masalah obesiti..
BalasPadamsave bajet, mklm le minyak dah naik..
BalasPadamMenarik ni...nanti boleh pi tengok kat Taman Titiwangsa..
BalasPadambaguslah usaha mcm ni =) harap berterusan dan berkesan..
BalasPadamSeronok juga mereka dapat exercise dlm masa menjalankan tugas.
BalasPadamSantai-santai gitu:)
Dgn basikal lebih mudah mereka mencelah masuk ke tmpt yg motor tak sesuai/tak boleh masuk. Mmg praktikal utk rondaan di tempat2 tertentu.
BalasPadam