Assalamualaikum...
Lunch hour semalam Idah kena pegi shopping.. hehe.. kenaaa okay.. :D .. alaa.. bukan untuk diri sendiri.. tapi shopping untuk mencari hadiah untuk officemate kami .. Hasanuddin.. yang nak meninggalkan kami.... :( uhuk3x..
Dia dah dapat kerja baru kat Kuala Terengganu... selama nie dia keluarga jarak jauh.. so skarang ni dah dapat keja kat KT tu kira seronok sangat la dia tu dapat bersama² dengan anak dan isteri.. tak perlu berjauhan lagi..
Sebagai untuk menghargai jasa dia dan juga sebagai kenang-kenangan.. kami berkongsi duit untuk beli hadiah dan juga buat jamuan kecil-kecilan untuknya.. beli hadiah tu bukan la bermakna kami suka pula dia berhenti kerja tu kan.. tapi hanya sebagai tanda kenang-kenangan dari sahabat buat sahabat.. :D
Oleh itu.. akak ditugaskan untuk shopping hadiah tu la.. hehe.. bab shopping nie memang akak cergass jerr.. :D
Mula-mula survey tali leher.. dah ada yang berkenan dah.. cantek tie tu.. kaler kelabu belang hitam.. tapi takde kotak pulak.. adushh fail betul la.. so jalan lagi.. cari punya cari... pastu ternampak set untuk lelaki nie.. :D
Ermm.. banyak pilihan.. yang murah ada.. yang mahal pun banyakk.. :D Oh yea.. nie soping nie kat SOGO la mana lagi kan.. SOGO tengah SALE skarang ye.. :D sempat iklan plak... hehe..
Okay.. belek punya belek.. cari punya cari... akhirnya jumpa juga apa yang dicari.. bersesuaian dengan pemiliknya dan juga budget yang diperuntukkan.. :D
Dah jumpa tue.. tapi plastik pembalut tu koyak sikit plak.. so suruh adik tu balut semula.. ralit tengok adik nie balut hadiah tu... lemah lembut jer dan dengan penuh kesabaran adik tu membalut.. :D
So inilah hadiah yang dibelikan... ada wallet, tali pinggang, tali leher dan klip duit (money clip) semua jenama Swiss Polo.. riben tu siap request nak kaler purple... hehe.. semuga Hasan suka.. :D
Gambar curik.. :D sorryyy!!..
Buat Hasanuddin, Kak Idah nak ucapkan terima kasih atas segala kerjasama dan tunjuk ajar yang pernah diberikan... disini juga Kak Idah nak mohon ampun dan maaf andai hati pernah terguris atas kekasaran bahasa dan keterlanjuran bicara samaada yang sengaja atau tidak sengaja selama kita bekerja bersama.. semuga kita masih dapat berhubung dan berjumpa lagi selepas pada hari ini... Good Luck and All d Best To You Hasan...!
wahh..bestnya dapat hadiah kenang-kenangan..
BalasPadamErmm.. kalau boleh akak pun nak jugak.. kekeke.. :D
PadamAlhamdulillah, dapat jugak pindah dekat isteri dan anak-anak. Seksa hidup PJJ ni. Nak kena kerap ulang-alik banyak masa dan duit terbuang kat tengah jalan.
BalasPadamBetul3x.. ada peluang untuk hidup yang lebih baik.. jangan dilepaskan kan.. :D
Padamuntung En Hassan dpt hadiah byk2. haaa, sapa lak tu kak jadi tukang snap pic ni? siap ada model lagi belek2 brg..ekeke.. :P
BalasPadamHehehe.. Cik Tieka niee.. :D malu akak tauu..!
PadamAder laa anak2 dara yang tukang snap kan.. hehe..
all the best untuk kawan kak idah.. syukur dah dapat kerja dan berpindah duduk bersama anak dan isteri di KT..
BalasPadamThanks Aiza.. moga dia baca N3 nie.. :D
Padam"beli hadiah tu bukan la bermakna kami suka pula dia berhenti kerja "..
BalasPadamhahaha.. teringat dulu kat sekolah masa majlis perpisahan dengan pengetua sbb dia kena tukar ke sekolah lain pula. masa tu, kami sambut majlis perpisahan tu seronok gila. (of course sbb x suka dgn pengetua tu). hehehe
pha is yg geng kompang ni pun balun pukul kompang sampai merah tangan tak sedar pun. sbb seronok punya pasal pengetua dah nak belah.. hahaha
terok2..
Oooo... nakal ye masa skolah dulu.. :D
PadamTapi kami tak macam Pha Is dan kawan2 yee.. kami memang betul2 beri atas rasa terima kasih dan kenang kenangan dari sahabat buat sahabat.. :D
hadiah untuk kenang-kenangan
BalasPadam