25 Oktober, 2013

Renungan Jumaat #2 : Syiling Dari Langit.

12 ulasan

Assalamualaikum dan Salam Pagi Jumaat...




Syiling
Sumber : Google



Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.

Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya .

Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya .
"Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati .

Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu.

Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.

Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu.

Sayangnya, sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas.

Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.

Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi.

Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.

Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.

Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa ucapan syukur.

Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita. "

Sumber : Facebook Heliza Helmi

12 ulasan :

  1. sbb tu klu kita diberi ujian jgn anggap musibah tp sbg kafarah.dgn itu kita akan sentiasa tabah dan bersyukur padaNya.
    Nanti jenguk blog saya pula ya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stuju3x.. takkan selamanya kita diatas.. sesekali dibawah juga.. resam hidup terima dan redha..
      Haa.. Done.. jenguk dahh.. :D

      Padam
  2. salam jumaat kak.. bersyukurlah di aats kurnian dari Allah samaada ketika susah ataupun senang.. jangan hanya ketika kesempitan saja kita kembali kepada-Nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Aiza... Cerita diatas betul2 menginsafkan kan.. :)

      Padam
  3. Balasan
    1. Uhuk3x.. ok jer sayang... salah pun tak pee.. tak potong markah pun..! :D

      Padam
  4. nice sharing...salam jumaat ya kak :)

    p/s isi tabung 3 nuff kat sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uishhh.. mekasih Cik Itahhhhh!!! muashhh3x.. :D

      Padam
  5. Salam Beb,

    aku dgr cerita nih dr dr. fatima azzahra if tak salah aku. Banyak pengajaran kan. thanks.

    BalasPadam
  6. nice topic.
    tapi mmg lumrah manusia kan,mmg selalu alpa dgn nikmat dunia.*tunjuk kat diri sendiri jugak*
    semoga kita semua dirahmati Allah selalu.:-)

    BalasPadam
  7. tersedar seketika..suka baca crita yg ada ibrah mcm ne :). mungkin kta x sedar selama ne rupa-rupanya kta ne mcm lelaki td, hanya ingat tuhan bila "batu" yg dijatuhkan.. Allahuarabbi

    BalasPadam
  8. Satu analogi yang baik untuk dijadikan teladan.

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D