Memaparkan catatan dengan label nasi maqlubah. Papar semua catatan

02 Oktober, 2013

Nasi Maqlubah Palestin..

13 ulasan

Assalamualaikum..



Nasi Maqlubah Palestin ~ Ayam

Ramai yang bertanyakan pasal nasi yang Idah makan masa birthday party hari tu.. errmm.. nasi tu namanya Nasi Maqlubah Palestin.. kedainya di Saujana Prima, Kajang.


Al-kisah yang diceritakan pada Idah.. pemilik kedai nie adalah seorang freelance photographer.. pastu berkahwin dengan seorang chef dari Palestin.. dan kemudian mereka menetap disini.. so resepi Nasi Maqlubah nie adalah resepi dari palestin oleh suaminya.. Maqlubah tu bermaksud terbalik (kalau salah sorry yee..) nasi nie akan diterbalikkan dari periuk terus ke dalam dulang yang disertakan sekali..


Nasi nie setnya ada salad, sup dan nasi yang dimasak sekali dengan ayam.. tu hari kami order untuk 10 orang makan.. banyaknya ya rabbi.. macam boleh makan 25 orang.. untuk 10 orang tu dikenakan bayaran sebanyak RM150.




Nasi Maqlubah Palestin..

Disebabkan kami beli untuk 10 orang so kami diberi pilihan samada nak dalam bekas satu-satu atau sekali harung dalam periuk. Tapi kalau pilih periuk deposit RM50 untuk periuk akan dikenakan.. dan akan dipulangkan semula setelah periuk dikembalikan...



Salad
Ada salad..



Soup
Ada sup..



Soup & Salad Packaging
Salad dan sup diletak dalam bekas macam nie..



Nasi Maqlubah Palestin Contact Person & Number

Setakat kelmarin yang Idah tanya.. dia tak boleh walk-in jer.. kena order terlebih awal..  apa² pun boleh hubungi sendiri dengan pemiliknya yaa.. :D pemiliknya sangat..sangatt peramah.. kecil molek dan baik orangnya..


Pada Idah nasi nie okay sedap laa.. dia juicy tak kering macam separuh nasi arab tu.. mungkin kerana dia masak sekali dengan tomato, kentang dan ayam tu.. kalau nasi arab beras dia panjang² kan.. tapi nasi nie beras biasa je.. salad.. :D Idah tak makan pun.. so tak boleh nak komen.. sup dia macam biasa laa.. rasa sup.. hehe.. tapi untuk orang macam Idah yang suka makan pedas nie Idah rasa ianya akan lebih menarik kalau disertakan dengan sambal belacan ker.. sambal ala arab ker.. :D tak kira laa janji pedass.. okay.. kalau nak try boleh la call kat nombor diatas tu ye.. 


30 September, 2013

Diary 29 September 2013..

2 ulasan

Assalamualaikum..


Diary 29 September 2013..

Tanggal 29 September 2013, alhamdulillah.. syukran ya ALLAH kerana memberi diri ini peluang untuk terus berada di dunia ini bersama² dengan orang² yang tersayang dan juga memberi peluang diri ini untuk menjadi hambamu yang lebih baik dari yang lalu...


Seperti Ibu² yang lain... paginya Idah buat sarapan untuk anak² dan suami.. takde yang special pun.. lempeng cecah sambal sardin je.. hehe..


Ada kenduri kahwin yang perlu dihadiri.. tapi pada jam 10 pagi dapat call dari mak mengatakan ibu mertua abg sulung Idah meninggal dunia.. Idah beritahu hubby... dan bincang skit dengan dia camana.. akhirnya kami terpaksa pisah dua.. Idah pergi melawat dan hubby pegi kenduri kawin dengan mak dan adik perempuan dia di Saujana Impian, Kajang.


Idah terus siap² dan drive pegi rumah mak ambil mak, abang dan kakak.. kami pergi 1 kereta.. ke Klang.. arwah meninggal kerana sakit jantung.. alhamdulillah kami berpeluang menatap wajahnya untuk kali terakhir.. dimandi dan disolatkan di Masjid Baru, Kg Raja Uda, Klang.. lepas zohor jenazah dibawa ke tanah perkuburan tidak jauh dari masjid tadi.. semoga diampunkan segala dosa²nya didunia dan rohnya ditempatkan bersama orang² yg soleh..


On da way balik tu.. mak dan kakak buka rahsia.. sebenarnya they all dah plan nak buat besday party untuk Idah.. :D .. kononnya nak buat kek bagai.. tapi sebab dah ada kematian nie.. jadi tak sempat nak buat kek.. tapi parti tetap ada.. :D rupa²nya mak dan kakak dah order Nasi Maqlubah untuk buat majlis harijadi Idah..



Diary 29 September 2013..


Terima Kasih Mak.. tiada kata yang dapat mengungkap perasaan ini.. hanya yang mampu Idah ucapkan adalah "Idah sayang mak sangat².."



Diary 29 September 2013..


Terima kasih and I luv you.. kepada my lovely Husband dan anak² Atikah, Nuqman, Nabihan, Adelia & Ayesha diatas hadiah yang diberikan.. dan yang paling penting adalah ingatan kalian pada Ibu.. Ibu sayang kalian sangat-sangat..



Diary 29 September 2013..


Kepada kakak Idah.. Marziah dan anak²nya.. terima kasih banyak².. semuga dipermudahkan segala urusan kalian disini dan disana nanti.. :) Luv ya..



Diary 29 September 2013..


Kepada Abang Man.. takziah dan terima kasih.. Idah sayang abang.. semuga detik 29 September ini dapat membuka lembaran baru dalam hidup mu..



Diary 29 September 2013..


Pembantu ku.. Epah.. terima kasih juga buat mu.. cantek shawl tu.. liplap² lagi.. :D ..terima kasih kerana menjadi pembantu yang baik, setia dan amanah selama ini.. hanya Allah Taala saja yang dapat membalas budi mu..


Diary 29 September 2013..


Sepanjang hari henfon Idah asik berbunyi jer.. tet..tett..tet..tett.. sms, facebook alert, whatsapp, call dari kawan2 yang mengucapkan selamat hari jadi.. tapi pukul 10 malam baru sempat nak tengok semua ucapan² tu... kepada sahabat² sekelian.. TERIMA KASIH diatas segala Ingatan dan Ucapan selamat harijadi kepada Idah dan juga terima kasih banyak² atas DOA kalian.. semuga kita semua senantiasa mendapat Rahmat dariNYA.. Ameen.. ameen ya rabbal alamin...