...السلام عليكم
Kisah di bawah ini mungkin boleh dijadikan tauladan bagi kita semua untuk lebih berhati-hati dalam bertindak. Jangan sampai ada barang atau sesuatu yang bukan hak kita, lalu kita kuasai atau kita mengambilnya. Kisah seorang lelaki yang telah termakan sebiji kurma yang bukan miliknya. Hatinya tidak tenang sehingga memaksanya mencari siapa pemilik biji kurma tersebut.
Kisah Sebiji Kurma.
Setelah selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat untuk berziarah ke Masjidil Aqsa. Sebagai bekal di perjalanan, dia membeli kurma dari pedagang tua yang berdagang dekat Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terjatuh dari meja dekat dengan timbangan. Menyangka kurma itu adalah sebahagian dari yang dia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.
Setelah itu dia terus berangkat menuju Al Aqsa. Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, dia suka memilih satu tempat beribadah dalam ruang di bawah Kubah Sakhra. Dia solat dan berdoa dengan khusyuk sekali. Tiba tiba dia mendengar perbualan dua Malaikat tentang dirinya.
"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warak yang doanya selalu dikabulkan Allah SWT," kata malaikat yang satu.
"Tapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak kerana empat bulan yang lalu dia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat Masjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi ..
Ibrahim bin Adham terkejut, dia merasa sangat takut, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.
"Astaghfirullahal 'Adzhim" Ibrahim beristighfar. Terus dia berkemas untuk berangkat lagi menuju ke Mekah untuk menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah dimakannya.
Sesampai di Mekah dia bergegas terus menuju ke tempat penjual kurma itu, tetapi dia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "Empat bulan yang lalu saya membeli kurma di sini dari seorang pedagang tua. Di manakah dia sekarang? " Tanya Ibrahim.
"Oo, beliau sudah meninggal sebulan yang lalu, sekarang saya lah yang menyambung pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.
"Innalillahi wa innailaihi roji'un, jika begitu kepada siapakah saya boleh meminta untuk dihalalkan?". Lantas Ibrahim menceritakan peristiwa yang dialaminya, anak muda itu mendengarkan dengan penuh khidmat.
"Ha.., begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita.
"Saudara sebagai ahli waris orang tua itu, bolehkah saudara menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur saya makan tanpa izinnya?".
"Bagi saya tiada masaalah. Insya Allah saya halalkan. Tapi tidak pasti dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani menghalalkan bagi pihak mereka kerana mereka memiliki hak waris yang sama dengan saya. "
"Tolong berikan alamat saudara-saudaramu, biar saya temui mereka satu persatu."
Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui saudara-saudara anak muda itu. Biarpun berjauhan, akhirnya urusan itu selesai juga. Mereka semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang dimakan oleh Ibrahim secara tidak sengaja.
Empat bulan kemudian, Ibrahim bin Adham kembali berada di bawah Kubah Sakhra. Tiba-tiba dia mendengar dua malaikat yang dulunya berbual terdengar bercakap-cakap lagi. "Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain."
"Oo, tidak lagi! Sekarang doanya sudah makbul, dia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram kerana masih milik orang lain. Sekarang dia sudah bebas. "
tak sangka kn kak ida kerana sebiji kurma je..kekadang bnde2 cmni ade je org amik leweh..ya allah moga dielakkan dr berlaku dlm idup tb..
BalasPadamsalam jumaat kak idah.. semoga kita semua mengambil ikhtibar dari kisah ini.. keberkatan rezeki yang dimakan sangat penting.. aiza menabung transitions.. :D
BalasPadamAnak kakak ada buku cerita kisah ini Idah. Betul jadikan teladan mencari yg halal dlm setiap langkah kita..
BalasPadamMoral nya jangan sesekali ambik hak org lain tanpa keizinan..
BalasPadamMoral nya jangan sesekali ambik hak org lain tanpa keizinan..
BalasPadamsalam jumaat yg mulia, bermusabah diri selalu, apakah rezeki kita adalah hak kita...tq berkongsi cerita teladan idah...
BalasPadamMasyaAllah, syukran diatas tazkirah..apa yg dimakan/minum, akan memjadi darah daging..kalau sumbernya haram, natijahnya akan melahirkan yg buruk..
BalasPadamsubhanallah.. sebab tu jgn main2 dengan rezeki yg datang dari sumber yg haram..
BalasPadamsalam jumaat kak Acik, subhanallah, indahnya tazkirah dipagi jumaat ne kak, lihatlah kalau org yg betul2 zuhud dan warak, mereka terlalu menjaga pemakanan depa agar tak termakan benda2 yg haram.itu baru setakat SEBIJI kurma, sudah doa & amalannya tak dimakbulkan..Allah :(
BalasPadamWahh. Kerana sebiji kurma. Sangat memberi pengajran..
BalasPadamkisah dan teladan...taktau kita ni macammana..takut juga terambil barang orang yg kita tak ketahui..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamnice sharing :)
BalasPadamSungguh bermakna kisah ini. Betapa pentingnya makanan yg masuk kedalam mulut kita. Pastikan ianya halal bukan sekadar makanannya tapi juga punca dan sumbernya
BalasPadamkerana sebiji kurma....
BalasPadamnice entry yunk
BalasPadamcerita yang penuh pengajaran moral...
BalasPadamRegards,
-Strider-
izin share
BalasPadam