11 Disember, 2013

Bekerja Walau Syarikat Di Selangor.

17 ulasan


...السلام عليكم




Gambar Hiasan : Google




Hari nie pekerja² yang bekerja di Selangor bercuti kerana sempena Hari Keputeraan Sultan Selangor... 



Namun begitu diri ini dan teman² sepejabat diarahkan bekerja pada hari ini walaupun kami pekerja Selangor juga.. huhuhu... shedih kan...




Dan yang tak bestnya... arahan suruh kerja pada hari ini hanya dikeluarkan semalam... ermm... sebenarnya kami-kami pekerja nie tak kisah pun nak suruh kerja walaupun pada hari cuti untuk kami... tapi sekurang-kurangnya beritahu la lebih awal... kalau pekerja nak ambil cuti tahun... perlu memohon 7 hari lebih awal... sepatutnya majikan pun kena buat perkara yang sama jugaa... 



Masing² dah ada plan awal²... ada yang dah buat appointment doctor... temujanji salon kecantikan laa... macam² lagi... so bila boss bagitau sehari sebelumnya... kan ke menyusahkan pekerja nak kena batalkan semua temujanji yang dah dibuat berbulan sebelumnya... pastu kita pekerja pulak yang rasa bersalah kalau tak datang... seolah-olah kalau kita tak datang tu kita pula yang bersalah... 



Errmm... kepada rakan-rakan sekelian yang ada orang bawahan... rancanglah segalanya seawal mungkin... orang bawahan awak tu dah boleh bertolak ansur serta memahami keadaan bebanan kerja especially hujung² tahun nie... so pandai-pandailah menjaga hati orang bawahan... mereka pun ada perasaan dan kehidupan mereka juga... ;)




17 ulasan :

  1. betul tu, siapalah syarikat tanpa pekerja..

    BalasPadam
  2. Inilah dilema seorang pekerja. Nak buat macam mana...makan gaji. Nak tak nak...turutkan juga. Sabarlah...

    BalasPadam
  3. terpaksa bersabar dan menurut perintah bos.. kalau tak ikut nanti dikatakan tak komited pula..

    BalasPadam
  4. Assalammualaikum..cik idah,

    wahh.. seronok nyer cuti.. selamat bercuti yer.

    mselim3

    BalasPadam
  5. Saya yang menurut perintah!

    Haha.

    Biasa pekerja boleh je faham tentang kerja hujung tahun ni. Tapi last minit bagitau ni, rasa tak best la pulak. So, boleh dapat gaji double ke kerja hari cuti am ni?

    BalasPadam
  6. Sepatutnya kena ganti 2 hari cuti kan... tapi company kata tidak.. sehari jer...

    Ermm... rasa cam ada kekurangan disitu...

    BalasPadam
  7. memang susah kalau mcm tu.. singgah blogwalkin sini.. :)

    BalasPadam
  8. salam kak Acik, selamat kembali dr bercuti.hehe ..hari tu cuti kat ne? besalah tu kak, kalau pkerja kena akur dgn arahan bos atasan. tp betul jgk kata akk tu, kesian kwn2 yg dah buat temujanji last2 kena cancelkan..mesti depa semua sedih.

    BalasPadam
  9. Salam Khamis Cik Idah..jangan sedih-sedih k...

    BalasPadam
  10. Pada kakak HR bertanggung-jawab keluarkan senarai cuti umum pada setiap awal tahun Idah.

    Betullah bukan nak protes tapi tak kena cara itu yg kita rasa ada sedikit ketidak adilannya..

    BalasPadam
  11. Sabor jer la... Kalau didengar oleh Sultan, pasti baginda murka :)

    BalasPadam
  12. A'ah betul tu. Kalau cuti nak apply kena bagitau awal.. Kalau kerja lebih masa pun kenalah bagitau awal.

    BalasPadam
  13. boleh ke mcm tu.. tak best la.. fiza cuti semalam...

    BalasPadam
  14. sy punya workstation lagi 15 meter je nak masuk tanah selangor..kalau tak sy pun dah cuti...hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  15. btol tb setuju sgt..siapa laa mereka tnpe pekerja ;)

    BalasPadam
  16. Bila nk minta cuti suruh apply 7 hari lebih awal...bila majikan suruh staff keje...1 hari je notis...nasib jadi pekerja mcm ni la...

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D