Memaparkan catatan dengan label working. Papar semua catatan
01 Ogos, 2014
Bekerja Di Syawal Ke-5
Assalamualaikum...
Hari ni Syawal Ke-5, idah dah mula bekerja... perasaan ini bercampur baur nak pergi kerja pagi tadi... bila tengok anak² masih tidur lagi rasa macam malas sungguh laa nak pergi kerja... dan perjalanan memasuki ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur pun masih lancar dan lengang... dalam hati kalau hari² gini pergi kerja kan best... :)
17 Julai, 2014
09 Julai, 2014
Menghitung Hari Ke LHDN
Assalamualaikum...
Selamat petang semua... :) sepatutnya awal bulan lepas idah dah kena pindah ke projek baru... Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Cyberjaya... tapi disebabkan ada team mate yang memohon pada boss agar dilanjutkan idah lagi 2 minggu di DBKL nie... jadi itulah yang masih di sini... :)
18 Februari, 2014
I'm Back.
...السلام عليكم
Ahha... hampir seminggu juga blog ini di tinggalkan oleh tuannya... hampir bersawang juga laaa... hehehe... ermm... boss janji dipinjamkan sampai jumaat lepas jer... rupa²nya terlajak sampai ke isnin... apa pun tak per la... kerja² pun dah selesai... so i'm back to my own station now... :D
12 Februari, 2014
Sepanjang Minggu Ini
...السلام عليكم
Minggu ini merupakan minggu yang sibuk untuk idah... ini adalah kerana idah dipinjamkan oleh syarikat tempat idah bekerja ke projek lain... ada misi yang perlu dilaksanakan...
Sepanjang minggu ini bermula semalam idah akan berada di sini... Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberjaya... rakan² yang berada berdekatan kawasan nie boleh la kita lunch samaa.. :D
Terima kasih kepada rakan² yang sudi datang ziarah disini... insyaallah selesai semua kerja² dan jika ada waktu terluang akan idah balas kunjungan kalian kay...
Semuga kalian ceria² selalu... :D
✿◕ ‿ ◕✿
11 Disember, 2013
23 November, 2013
Kerja Di Hujung Minggu.
....السلام عليكم
Gambar Hiasan : Google
Hari nie idah kena kerja... kenaaa kay.... sedang kerja niiee... tak ramai pun hari nie.. ada 5 orang jer...
Errrmmm.... percaya tak rakan² kalau idah katakan yang idah datang kerja hari nie bukanlah kerana bebanan kerja yang melambak-lambak atau tak habis-habis... tapii.... ermm... hanya kerana disuruh bos... ;(
Oleh kerana dah janji dengan boss... so idah terpaksalah mengotakannya... bila pikir balik macam kelakar... macam bodoh pun ada.. tapi nak buat macam mana.. dah dia boss kan... ermm....
Langgan:
Catatan
(
Atom
)






