Assalamualaikum...
Pemilik rumah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru-baru ini dikejutkan dengan kenaikan 100 peratus hingga 1000 peratus nilai Cukai Taksiran / Cukai Pintu yang dikenakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) .
Sehubungan dengan itu, jika pemilik rumah tidak bersetuju dengan nilaian yang telah dibuat oleh DBKL tersebut, perlulah membuat bantahan secara bertulis kepada DBKL selewat-lewatnya 17 Disember 2013.
Menurut sumber dalaman daripada pihak DBKL, pemilik yang
tidak menghantar surat bantahan rasmi adalah dianggap BERSETUJU
dengan penilaian semula yang telah dibuat oleh pihaknya. Semakan semula atau pengurangan hanya akan diberikan kepada
akaun pemilik yang membuat bantahan rasmi
SAHAJA.
Dibawah adalah contoh surat bantahan yang boleh digunapakai. Pemilik hanya perlu mengisi di bahagian atas surat, tandatangan dan menyerahkannya kepada Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Tingkat 5, Menara TH Perdana (Sebelah maju Junction)
Nama :..............................................................
No.
MyKad : ...............................................................
Alamat :
………...........................................................
………………………………………………………..
……………………………………………………......
Nombor Fail : ………………………………………..
Nombor Akaun :
……………………………………..
Nombor Lot : ………………………………………...
Sek/Mukim : …………………………………………
Tarikh :
………………………………………………
______________________________________________________________________________
Puan KAMARIAH BINTI IBRAHIM
Pengarah Penilaian
Jabatan Penilaian Dan Pengurusan
Harta
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Tingkat 5, Bangunan TH Perdana,
1001, Jalan Sultan Ismail,
50250, Kuala Lumpur
Puan,
BANTAHAN RASMI NILAI HARTA
TERKINI TERHADAP CADANGAN PENYEMAKKAN DAN PENILAIAN SEMULA NILAI TAHUNAN HARTA
1.
Surat notis dari Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur bertarikh 18.11.2013 dan bertajuk NOTIS MENYEMAK SEMULA
SENARAI NILAIAN adalah dirujuk.
2.
Saya selaku pemilik kepada harta seperti alamat diatas MEMBANTAH
secara rasmi terhadap cadangan penilaian semula harta yang dikemukakan oleh
pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
berdasarkan kepada asas yang berikut;
- Lonjakan kenaikan nilai tahunan harta didalam cadangan terkini penilaian
semula harta milik saya adalah terlalu tinggi dan secara langsung telah
menaikkan nilai Cukai Pintu yang wajib saya jelaskan kepada pihak Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur dalam tempoh setiap 6 bulan.
- Saya arif bahawa kadar Cukai Pintu iaitu sebanyak 6% masih kekal akan
tetapi kenaikan kadar tahunan Cukai Pintu harta milik saya melonjak
terlalu tinggi akibat daripada aktiviti penilaian semula harta ini yang
dilaksanakan secara drastik adalah amat tidak rasional.
- Saya memerlukan pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur memberikan justifikasi berkenaan lonjakan kenaikan
nilai harta tersebut.
- Pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur perlu menjelaskan kepada saya selaku pemilik harta berkenaan kaedah
yang diguna pakai dalam proses menilai semula harta milik saya tersebut.
- Saya memerlukan pengesahan pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan
Harta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berkenaan siapakah dan bilakah aktiviti
proses penilaian ini dilaksanakan. Ini kerana sepanjang pengetahuan saya
tiada sesiapa dari pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur yang hadir ke premis harta saya untuk melaksanakan
proses penilaian semula.
- Pihak Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur perlu menjelaskan kepada saya rasional mengapa aktiviti penilaian semula
ini dilaksanakan pada tahun ini setelah ianya tidak pernah dilaksanakan
pada berberapa tahun yang sebelumnya.
3.
Oleh yang sedemikian saya memohon keprihatinan pihak Puan
agar dapat memberikan penjelasan balas untuk semua persoalan diatas secara
bertulis kepada saya sebelum tarikh 17.12.13. Semoga dengan penjelasan daripada
pihak Puan kelak akan dapat memberikan saya lebih maklumat dan informasi
berkenaan isu penyemakan semula nilai tahunan harta ini.
4.
Untuk itu saya dahului dengan
ucapan jutaan terima kasih kerana keprihatinan yang pihak Puan diberikan.
Yang benar,
..............................................................
S.k.
YBhg. DATUK SERI HJ. AHMAD PHESAL BIN HJ. TALIB
Datuk Bandar Kuala Lumpur
Pejabat Datuk Bandar Kuala
Lumpur,
Tingkat 27, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350, Kuala
Lumpur
YBhg. DATUK HJ. SALLEH BIN YUSUP
Ketua Pengarah Dewan Bandaraya
Kuala Lumpur
Pejabat Ketua Pengarah Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur,
Tingkat 28, Menara DBKL 1,
Jalan Raja Laut, 50350, Kuala
Lumpur
Sila highlight menggunakan kursor atau mouse dan tekan kekunci Ctrl-C untuk menyalin. Semasa paste kan jangan lupa tukarkan warna font pada microsoft word anda kepada warna hitam kerana font pada blog saya ini menggunakan warna putih.
mak aii..banyaknya naik..hohoho..
BalasPadamMak saya kena kenaikan lebih 300% :D
PadamLawan tetap lawan... pernah attend hearing utk appeal cukai pintu DBKL ni...at last, dapatlah 3% reduction saja...
BalasPadamdah satu bebanan kerja nak isi borang itu ini. klu pemilik ada luar wilayah per. dah satu kerja pulak nak kena pergi buat itu ini.
BalasPadamstress kan.
pertandingan naik harga apa ni. dah mula menyampah pun ada nih.
alahai..nasib kamii tak kena cukai pintu..hihi
BalasPadamAssalammualaikum...cik idah,
BalasPadamPerkongsian yg baik dan siap bagi format surat.. bagus2 tak yah penat3 nak menaip.
mselim3
mahalnya..mmg kena anta surat bantahan ni..
BalasPadamToo much sebenarnya. My new apartment naik sampai more than 1000%...Memang tak patut...Lets get together and pertahankan hak kita..Reasons yang dia orang bagi memang tak masuk akal..
BalasPadamWoww.. ada yang lebih dari 1000%.. perrghh.. ini bukan too much lagi...
PadamErmm.. macam kita2 yg dah tau nie dan pandai buat surat tu ok la.. cuba bayangkan orang2 tua yang tak tau nak buat surat tu... camana? adakah dikira mereka bersetuju dengan kenaikan mencanak tu...
Kesian... kena lak dah tua.. duduk rumah flat... pastu kurang kemampuan... kena laaa bayar kenaikan melampau2 nie... ermm...
Tingginyaa naik. Banyak..
BalasPadamKena pesan kat famili mertua ni sebab diorang tinggal kat KL. Sure lepas ni harga rumah sewa kat KL naik mendadak.
BalasPadamTu la... Macam saya dah la rumah pusaka, kerja pon gaji tak seberapa, anak2, adik beradik dan mak saya tanggung... Dia org ni pikir poket sendiri ni... Makin ramai la org menyamun merompak lepas ni.. Itu yang dia org nak... Dah makin melampau ni kerajaan kita skarang.... Kuku besi...
BalasPadam