12 November, 2013

Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

15 ulasan

Assalamualaikum...


Bersambung lagi... :D


Selepas kami minum kopi di Rest House Simarjarunjung... perjalanan diteruskan lagi... dan destinasi seterusnya adalah Rumah Bolon...





Tanaman Sayuran

Disepanjang perjalanan... di kiri kanan banyak kami dapat lihat tanaman seperti kobis, jagung, tomato dan macam² lagi sayuran... sejuk jer mata memandang... 




Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Anak bujang idah layan radio channel indon.. hehehe..






Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Selamat Datang Ke Taman Wisata Rumah Bolon... Bolon bermaksud besar... Rumah Bolon bermaksud rumah pembesar/raja... Purba pula bukan la bermaksud zaman purbakala... tapi Purba adalah nama salah satu dari marga atau suku bagi kaum batak...





Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Dahulu kala inilah satu²nya jalan untuk masuk dan keluar ke kawasan Rumah Bolon... ini adalah untuk menyusahkan musuh untuk memasuki kawasan diraja... lorongnya gelap... tapi sekarang dah ada jalan alternatif dibuat...





Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Kawasan nie adalah umpama komplek kerajaan... ini adalah rumah para panglima...





Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Yang nie pula adalah tempat untuk para gadis dari pelusuk kampung menumbuk padi... raja akan melihat gadis² tu.. dan kalau dia berkenan.. dia akan memperisterikannya... :D





Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Di dalam kawasan Wisata Rumah Bolon nie... binaan ini adalah yang paling besar.. ianya adalah merupakan istana / rumah Raja Purba... yang menarik tentang rumah nie ialah ianya dibina terdiri dari bongkahan kayu² yang besar.. dan juga ianya tidak menggunakan sebarang paku...




Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Ini dalam rumah bolon / istana raja purba... 




Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Kami difahamkan yang Raja Purba yang terakhir meninggal pada tahun 2005...





Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Pintu untuk masuk ke kawasan bilik para isteri Raja Purba... kecik jer pintunya..




Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Ini kawasan bilik para isteri Raja Purba... setiap isteri ada dapur, tempat menyimpan makanan dan tempat tidurnya sendiri... setiap dapur adalah mewakili berapa banyak bilangan isteri-isteri Raja Purba nie.. :D kami difahamkan yang raja nie mempunya 12 orang isteri... kalau nak tau lebih terperinci tentang kisah Raja Purba nie kena la datang ke sini... ahaks...





Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Nak turun atau naik rumah bolon nie payah juga sebab tangganya tinggi dan curam... dah la pintunya kecik... nasib ada kayu pemegang tu... :D





Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Didalam kawasan nie ada pelbagai binaan lain lagi.. antaranya ada rumah untuk puteri²nya... ada balai adat... ada rumah pengawal... ada rumah tetamu dan lain-lain... dan yang nie adalah tugu peringatan bagi salah seorang dari Raja Purba...





Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Yang nie adalah kawasan makam sebahagian dari Raja Purba dan kerabatnya...





Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Haha... nak keluar dah :D... 





Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Dipertengahan lorong keluar tu ada binaan kecil patung salah seorang dari Raja Purba nie... lorong tu gelap gelita ... so tak nampak patung tu... dah ambik gambar baru boleh nampak rupa patung tu kat kamera... :D





Trip Ke Medan - Day 2 : Rumah Bolon

Di kawasan Rumah Bolon nie yang paling menarik perhatian idah ialah tulisan yang ada pada binaan nie... :D
"Demi Rakyat Dan Untuk Rakyat"...



Sekian al-kisah Rumah Bolon dan Raja Purba... n3 akan disambung untuk perjalanan seterusnya... :D huhuhu... dah berjela-jela rasanya menulis nie... :D




15 ulasan :

  1. igtkan aper la bolon tu tadi.. hehehe

    BalasPadam
  2. Tu dia, punya ramai bini Raja Purba tu, sampai 12 orang.

    Surely, kawasan sana memang subur dengan pertanian sebab keadaan tanahnya. Tanah volcano ni memang kaya dengan mineral. Dengar cerita, orang-orang sana bercucuk tanam tak payah pakai baja.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha.. ramai kan.. Sylarius tringin gak ke nak isteri ramai2 camtu.. hahaha...

      Padam
  3. walawei.. ramainya bini. hasih.. boleh main pilih pilih bakal isteri time anak anak dara tu dok menumbuk padi...so kena la bersiap cecantik la anak anak dara tu kan.

    kecik pulak pintu masuk bilik bini dia. mcm main sembunyi sembunyi pulak. hikssss...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe.. kelakar la wantie nie...
      Rumah budaya batak pintunya memang kecik2.. apa rasionalnya agaknya ek... :D

      Padam
  4. bestnya dpt tahu kehidupan n pernah jejak tmpat purbah..byk yang di tahu kan...

    BalasPadam
  5. mcm rumah panjang istana Raja purba tu kak.. banyak isteri raja tu..kayo2x ..
    anak akk faham ke channel indon yg dia dgr tu. mukak tension kali x fhmler tuh?? huhu :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. A'ah Tieka memang macam rumah panjang pun.. even bilik raja dia pun kecik jer...
      Mungkin raja nie bukan raja yang kaya2 tu kot.. hehehehe...

      Hehe... dia tengah digest la tu.. tu yang muka kerut2 tu..hehehe..

      Padam
  6. menariklah
    btw, saya dah follow kak idah ya

    BalasPadam
  7. Indonesia ekh,,,? saya pernah p Tator.( tanah toraja) done follow u

    BalasPadam
  8. banyak juga tempat bersejarah di indonesia.. tapi nampak seram keadaan rumahnya.. kalau aiza jumpa patung tu malam-malam mesti lari punya..

    BalasPadam
  9. menarik binaan istana Raja Purba..

    BalasPadam
  10. noe pun suka gak melawat tempat2 sejarah mcm ni...rumah2 istana tu pun menarik...nasib baik patung raja purba tu tak say selamat jalan pada idah yer...hehehe

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D