...السلام عليكم
Dalam Sidang DUN Selangor baru-baru ini... Exco Kerajaan Tempatan ada menyatakan yang Kerajaan Selangor akan melaksanakan perkhidmatan bas awam PERCUMA di seluruh negeri Selangor secara berperingkat-peringkat...
Sejak kebelakangan ini kita dihujani dan diserabuti dengan isu pelbagai kenaikan... mula² petrol.. lepas tu gula... GST... tarif elektrik... astro... harga makanan... cukai pintu... dan macam-macam lagi laa yang berlumba-lumba dinaikkan...
Hasrat Selangor ini telah menyejukkan hati rakyat yang mendengarnya... tiba-tiba terasa bertapa bertuahnya diri ini tinggal di Negeri Selangor... walaupun diri ini tidak menggunakan pengangkutan awam tapi setidak-tidaknya bahagia juga mendengar golongan yang kurang berkemampuan dapat mengurangkan bebanan mereka serba sedikit...
Terbaru Perdana Menteri kita ada mengatakan yang "Rakyat yang sengaja tidak bayar cukai pengkhianat negara." .... ermm... mungkin dari satu segi dia betul tapi dari segi lain banyak yang tak betulnya... ini pendapat peribadi idah la... memang betul kerajaan itu berhak untuk mengutip cukai untuk memajukan negara... cuma mungkin istilah 'Pengkhianat' itu terlalu keras atau kasar untuk seorang pemimpin gunakannya kepada rakyat yang telah memilihnya...
Berkenaan cukai pintu di Kuala Lumpur yang naik sehingga 1000% peratus oleh DBKL baru-baru ini... ermm... adakah perkhidmatan yang diberikan oleh DBKL juga akan naik sehingga 1000% juga?... jika ini berlaku mungkin penduduk KL akan sejuk hati membayar kenaikan tersebut... tak pun buat macam Selangor tu bagi perkhidmatan bas percuma... :D
Tak sabar rasanya nak tengok pelaksanaan bas percuma ini... dengarnya di Petaling Jaya telah lama di laksanakan...
Terima kasih diucapkan kepada Kerajaan Selangor yang prihatin akan rakyatnya... dan nak ucap terima kasih juga kerana idah dah merasa AIR PERCUMA selama lebih dari 5 tahun.. :D didoakan agar Negeri Selangor terus maju dan juga harapan semuga banyak faedah yang dapat diberikan lagi..... lagi..... dan lagi..... :D
Tahniah.....moga negeri juga ikut jejak.
BalasPadamAlhamdulillah.... semuga negeri2 lain dapat mengikut contoh negeri selangor kan... rakyat negeri lain pun nak merasa juga ye tak.. :D
Padamwaaa selangor ni macam-macam la..berbaloi undi pakatan...tahniah dari uncle...
BalasPadamAlhamdulillah... :D
PadamTerima kasih uncle.. dah rasa sepenggal... taknak tukar lagi dah.. ;D
Sebelum ni menyewa kat kawasan Pandan Indah, bil air tak pernah bayar sebab kitorang memang betul-betul jimat air. So, walaupun bil kami cuma tak pernah cecah lebih dari 20 meter padu, dengan bantuan sebegini, sedikit sebanyak meringankan beban keluarga berpendapatan rendah.
BalasPadamBetul3x...
PadamMungkin bagi kita aper la sangat 20 meter padu tu... tapi bagi yang berpendapatan rendah akan betul2 terasa nikmatnya... :D
untung idah menetap di Selangor..air percuma..nanti bas plak percuma..seronok kan..kalau la seluruh negara buat mcm ni..mcm meriah perkhidmatan awam kat negara kita ni..
BalasPadamAlhamdulillah... :D
PadamKalau semua negeri mencontohi selangor best kan...
semoga semua rakyat mendapat faedahnya.. :D
BalasPadamAmeen.. :D
PadamKalau ada initiatif nak dahulukan rakyat memang bagus cik idah..tapi yang selalu berlaku sebaliknya..slogan rakyat didulukan tu macam tak relevant je...
BalasPadamNasib baik rumah kt Selangor. Nampaknye kerajaan Selangor lebih prihatin pada kebajikan rakyat. Boleh bg air free...skrg bas free pulak. Setuju dgn Raudzah yg slogan rakyat didahulukan tu macam tak relevan..lebih baik ditukar pada kerajaan didahulukan..
BalasPadambetul tu.. ada ke patut rakyat yang 'pengkhianat', pemimpin yang salah guna duit kerajaan (duit cukai yg dibayar rakyat), tu baru la 'pengkhianat'
BalasPadambagus juga ada bas awam free yer, especially kat tempat ramai penduduk. jgn macam putrajaya, harap banyak bas free je ulang alik sana sini, tapi tade penumpang, bazir minyak je
wah. bestnye naik bas free..bila agaknya bas kat tempat kmk free -.-''
BalasPadamharga barang bagi naik, lepas tu nk mintak cukai plak..
BalasPadamkat penang memang dah ada perkhidmatan bas percuma.. hehehe
BalasPadam