Memaparkan catatan dengan label melaka. Papar semua catatan

01 Mac, 2019

Bina Homestay Chalet Kontena

33 ulasan

Sudah agak lama I memasang impian dan cita-cita untuk nak bina Homestay atau Chalet Kontena ni... memandangkan I ada sekangkang kera tanah yang diberi oleh mak dan sebahagian lagi yang I beli hanya selang 1 tuan jer dari tanah yang mak bagi tu dan lokasinya juga strategik iaitu di Melaka Bandaraya Bersejarah. Bila balik kampung pun tak ada tempat tinggal... asik la nak menompang kasih dan menyusahkan pakcik makcik jer.. hikhikhik.. 😊


Bina Homestay Chalet Kontena


30 Jun, 2014

Coconut Shake Batu Berendam

11 ulasan

Assalamualaikum...


Firstly... ini bukan entry untuk menduga keimanan yer... hehehe... ekceli entry nie dah lama idah buat... cuma tak publish jer... :D ... Isnin lepas idah cuti dan telah ke Melaka kerana ada urusan guaman... tak lama kejap jer idah pergi... pergi pagi balik pagi tu juga... :) dari Pusat Bandaraya Melaka on da way nak balik ke Air Keroh tu... tiba² teringin pula nak rasa Coconot Shake Batu Berendam... :) 




Tak tau mana arahnya kan... ermmm... senang jer... buka jer Waze kat henpon tu... pastu pergi kat search box dan taip "coconut shake batu berendam"... prapp... terus keluar... hehehe... nampak sangat femesnya dia kan... :D tepi jalan jer gerainya... mudah sangat nak sampai... 





Coconut Shake Batu Berendam

04 September, 2013

Bila Ibu takde..! anak-anak...?

3 ulasan

Masa check out dari homestay tu hari Idah masih bz kat rumah pakcik.. so En. Babah dengan budak-budak jer yang balik homestay.. mandi manda.. kemas beg.. dan check out.. Ada cousin dorang jugak yang ikut..


Bila di rumah.. Idah nak tengok la hasil 'tangkapan' masa kat melaka tu.. tengokkk punya tengok.. skali.. aikkk!!!.. Amboiiiii... ! Wah.. wah.. wahh.....!


Perigi Hang Tuah, Melaka
Berposing sakan korang yerrr!!! 


Perigi Hang Tuah, Melaka
Errmm.. yang makcik(pembantu - baju pink) nyer pun samerr jerr!! kaki posingg jugakk!


Perigi Hang Tuah, Melaka
Peacee yerr..!


Perigi Hang Tuah, Melaka
Momoii (anak buah).. yo..yoo.. oooo..!


Perigi Hang Tuah, Melaka
Wahh.. En. Babah sempat bercanda ditepian perigi lagi..!


Perigi Hang Tuah, Melaka
OOoo.. siap soping skali yerr! Padan la orang menunggu berjam-jam.. @&*$)%


Perigi Hang Tuah, Melaka
Ini bukan perigi buta.. ini perigi ada air punya.. ikan pun aderr.. hehe.. Perigi ini dipercayai di gali sendiri oleh Laksamana Hang Tuah. Airnya tidak pernah kering.. walaupun pada musim kemarau yang berpanjangan. Ada juga yang percaya airnya boleh dibuat ubat.. itu Allahualam..


Buat pengetahuan sahabat sekelian.. gambar-gambar nie diambil di kawasan Perigi Hang Tuah.. dan sangat berdekatan dengan Homestay yang kami menginap tu...

Gambar yang macam ala-ala istana melaka tu.. itu pun dikawasan yang sama juga.. binaan seperti itu ada tidak kurang dari 3 buah.. Luas kawasannya.. Dikhabarkan disitu akan dibangunkan Muzium Hang Tuah, auditorium, balai adat, rumah tradisional, pentas kebudayaan dan pentas silat pun ada..

Tapi belum dibuka kepada pengunjung lagi.. hampir siap....! Tungguu.. ;D Kita sama-sama la tunggu perasmiannya nanti yer..!

**Mana Adelia?? 


02 September, 2013

Wedding : Majlis Resepsi Nurul Farhana & Azleey Tasleem DAN Mohamad Hafiz & Siti Normala.

Tiada ulasan

Majlis Resepsi ini diadakan pada 31hb Ogos 2013 (merdekaaaa!!!) adalah untuk meraikan dua pasang pengantin iaitu Nurul Farhana & Azleey Tasleem dan Mohamad Hafiz & Siti Normala yang berlangsung di Bukit Duyong, Melaka. 



Mohamad Hafiz adalah abang kepada Nurul Farhana. 


Sebelum kita tengok gambar, Kak Idah nak mohon maaf kat Hafiz & Mala sebab gambar korang takder.. sob..sob..sob.. sebabnya.. masa korang tengah sanding tu orang datang ramai gler.. tak cukup tangan rasanya nak lap meja.. angkat pinggan.. dll laa..! so bila dah nak hujung-hujung tu.. hafiz plak takder.. tu yang sikit jer gambar dapat tu.. huhuhu.. sorry naaa..!


Untuk pengetahuan teman-teman.. majlis nie Pakcik sengaja takmo guna khidmat katering.. masak semua sendiri gotong royong tujuannya adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama keluarga. Penat sikit tapi seronok!


Masa nie juga Idah ambil kesempatan train si Nuqman tu buat keja.. angkat pinggan & cawan kotor.. replace kendi air basuh tangan.. ambil cawan bersih.. refill jug air.. dan apa je laa.. hehehe.. bukan senang nak dapat pengalaman camnie kan.. kita kat KL datang kenduri pastu duduk makan jerr.. balik!


Pengantin berarak lebih kurang jam 1 petang dengan diiringi oleh paluan kompang.


Time berarak takder gambar.. hehehe..


Yang ada hanya gambar dah hujung..hujung majlis.. :D

Raja Sehari

Raja Sehari

Raja Sehari

Raja Sehari Bersama Keluarga

Raja Sehari Bersama Keluarga

Raja Sehari Bersama Keluarga

Wedding : Majlis Resepsi

Wedding : Majlis Resepsi

:D Happy Ending.. 

Idah & kakak-kakak 3 kereta balik ke KL petang tu juga.. tapi sebelum tu sempat plak pegi beraya rumah mak sedara dulu.. hehehe.. Sampai rumah dalam jam 9.00 malam. Keletihan nul lazii!! :D 



Wedding: Majlis Pernikahan Nurul Fahana & Azleey Tasleem

2 ulasan

Jumaat 30hb Ogos 2013, lebih kurang jam 5.00 petang lepas solat asar.. di Masjid Jamek, Laksamana Hang Tuah, Duyong, Melaka.. maka berlangsung lah Majlis Pernikahan diantara Nurul Fahana & Azleey Tasleem dengan diwali dan dinikahkan oleh Bapa Nurul sendiri.. dan dengan disaksikan oleh saudara dari kedua-dua belah pihak.

Kita tengok gambar jer la yer.. :D

Canteknyaaa.. sepupu akak nie..! 



Muka nampak kewl jerr.. dalam hati.. ya ALLAH.. tuhan je yang tau!!.. hehehe..



Jangan nangis lagiii.. blom start lagi nie..! :D



Tok kadi minta kebenaran kepada pengantin perempuan untuk dinikahkan. Baju putih tu bapa pengantin perempuan @ pakcik ku. :D



Sain sanaa.. sain sini.. fuhh.. berdebar time nie! hehehe.. akak plak yang suspen.. :D



Alhamdulillah.. dah selesai akad nikah.. Dah jadi isteri orang dah Nurul ye.. so sweett! :)



Acara membatal air sembahyang dengan memakaikan rantai tangan & rantai leher oleh pengantin lelaki.



Okay.. bergambar dengan family seround..!



Hehehe.. nak jugaakk!.. Tengok tu akak sempoi jer kan.. dengan baju tak bersalin nyer.. konon-konon takmo pegi masjid sebab keja kat rumah pengantin tu banyak.. nak potong tu.. kopek niee.. siang itu.. racik ini.. aleh-aleh.. mak ajak gak pegiii.. so pegi jer la dengan muka yang berminyak-minyak dan pakai jeans jerr.. :D sempoiii!!!

Selesai acara nikah, pihak lelaki dihidangkan dengan sedikit jamuan di rumah pengantin perempuan.

Akak? hehehe.. ada urusan HARTAnah skitt!! :D


Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.

1 ulasan

Sesampai di Melaka, kami tak terus ke rumah pak cik.. tapi terus ke Perigi Hang Tuah.

Destinasinya adalah Homestay Hawajaya, ini pertama kali kami menginap disini walaupun dah banyak kali pakcik Idah promote tempat nie.. sebab owner tempat nie kawan pakcik :D Homestay nie betul-betul dekat belakang Perigi Hang Tuah.


Disebabkan homestay nielah yang paling dekat dengan rumah pakcik.. so kitorang mintak pakcik tolong book kan awal-awal. Senang skit nak berulang-alik tinggalkan budak-budak tu especially yang si kecik tu.. senang bila dah time dia nak tidur tu hantar je kesitukan dengan Makcik Epah (pembantu) sekali.. 

Masuk kat receiption area tu ada sorang budak yang jaga kaunter.. 

Idah : Ada bilik kosong tak dik?
Adik : Ermm.. nanti tanya Abah..! (Hari Jumaat abah pegi solat.. so pengganti sementara)
Idah : Braper ringgit 1 bilik dik?
Adik : Ermm.. :D  (Dia senyumm jerrr..  rasanya dia serba salah nak cakap)
Idah :  Akak nie anak sedara Pak Cik Din..!
Adik : Oooo... boleh.. masuk pilih la nak bilik mana.. (Aikk..! Ooo.. rupanya ayah dia dah kosongkan semua bilik-bilik dan homestay tu untuk 'Orang Sebelah' Belah pengantin lelaki yang dari Nilai)
Idah : Boleh tengok bilik tak dik?
Adik : Boleh.. (sambil bukak 1 bilik)
Idah : Ermm.. selesa jugakk!! (Ada 1 katil queen size dan 1 katil single)
Adik : (Terus kasi kunci homestay.. tanpa banyak soal lagi)
Idah : Ekhh.. tak payah isi apa-apa borang atau bayar deposit ke? (muka pelik)
Adik : Tak payah.. nanti bincang dengan Abah!
Idah : Ini sudah baguss... :D


Errmm... rumahnya besar juga.. ada 3 bilik.. ada dapur.. ada ruang tamu dan ruang makan.. 
Keseluruhannya kira selesa la.. bilik air pun bersih.. ada water heater.. ada WIFI & ASTRO lagik.. sungguh berbaloi dengan harganya,

Kat Hawajaya nie ada bilik-bilik(motel) dan ada juga rumah sebijik (homestay 3 bilik). 
Bilik-bilik tu pun selesa juga.. ada 1 katil besar dan 1 katil single.. kalau family yang ada 2 anak tu kira ok jer sewa 1 bilik..

Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.
Pintu depan homestay di Hawajaya.



Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.
Bilik 1 & 2 ada katil queen size.



Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.
Setiap bilik dilengkapi dengan almari dan meja solek.



Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.
Bilik ke 3.. ada 2 katil bujang..



Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.
Dapur pun ada.. boleh masak.. bersihh!



Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.
Ada meja makan.



Hawajaya Homestay @ Perigi Hang Tuah, Melaka.
Ruang tamu pun besar & selesa.. siap ada model skali tu.. hehehe..



Kira sepanjang 2 hari Idah menginap di sini sangat berpuas hati laa..

Nak tau harganya?? :D hik..hik..hik.. "kena tanya Abah"  :D


Perjalanan Ke Melaka..

Tiada ulasan

Assalam & Selamat pagi...!


Hari Jumaat lepas.. Atikah, Nuqman & Nabihan dicutikan dari ke sekolah.. 

kenapa?? Sebab nak pegi Melaka..!

buat apa?? Pegi rumah Tok Cik..!

ada apa?? :D Kenduri Kak Nurul & Abang Hafiz..!

Ooooo...

Itu la antara soalan demi soalan budak-budak tu.. layan jerkk larr.. tak layan nanti ditanya lagi.. dan lagi..

Surat pemberitahuan tidak hadir ke sekolah Idah dah buat siap-siap cuma belum bagi je kat dorang..

Dari malam lagi dorang semua dah excited dah... esok pagi-pagi nak kena bangun awal.. sebab kami plan nak sampai sana sebelum zohor.

Ibunya esok pagi baru nak kemas beg.. hehehe.. tung tang.. tung tang.. Pukul 9.45 pagi jugak baru gerak dari rumah.

Perjalanan Ke Melaka..
Beg-beg dah sedia.. Beg besar budak-budak punya.. Idah dengan En Babah beg merah.. & yang kecik tu beg susu.



Perjalanan Ke Melaka..
Nuqman poyoss.. tolong makcik masukkan beg dalam boot kereta. As usual beg susu tu adalah tanggungjawab Nuqman Adha walau dimana dia berada.. :D



Perjalanan Ke Melaka..
Nur Adelia.. ermm.. cam biasa dengan posing ala-ala cute + gediks dia tu.. Cici (monyet kepala kuning tu) tak tinggal.. ermmm!



Perjalanan Ke Melaka..
LEKAS Highway.



Alhamdulillah perjalanan melalui LEKAS Highway seperti sebelum-sebelum nie juga.. lengangg.. tu yang En. Babah suka lalu LEKAS tu.. Dari Semenyih ke Pajam berjerebu.. mungkin yang dari Riau tu dah sampai ke sini pada pikiran kami. Tapi alhamdulillah.. sampai kat Nilai dah kurang.. dan semakin kurang..

Singgah breakfast di Nilai dulu sebelum meneruskan perjalanan.. Nasi lemak, roti canai, tosai dan nasi campur menu breakfast pilihan masing-masing.


Perjalanan Ke Melaka..
Posing bersama budak gedikss.. :')



Perjalanan Ke Melaka..


Alhamdulillah.. tepat jam 12 tengahari kami sampai di Melaka...