19 September, 2013

Perarakan Raksasa ATM @ Dataran Merdeka

Tiada ulasan


Assalamualaikum..



Perarakan Raksasa ATM @ Dataran Merdeka



Sempena Hari Angkatan Tentera Ke-80, pihak ATM menjemput semua rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikannya.. macam-macam adaa.. :D




Idah dah tengok rehearsal sikit pagi tadi.. hmm.. best woo.. kepada yang minat dengan apa saja yang berkaitan dengan ketenteraan ni boleh la pergi ye.. datang ramai-ramai.. dengarnya perarakan kali ni adalah antara yang terbesar pernah diadakan (melibatkan 8000 anggota)..


Perarakan : 21 September 2013 (8.00am-10.30am)


Pameran : 21 September 2013 (10.00am-10.00pm)

                 22 September 2013 (10.00am-5.00pm)

Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur




Kepada yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai ATM, pendaftaran sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD juga dibuka pada hari tersebut..


Perarakan akan bermula jam 8.00 pagi so jangan lewat ye.. kalau boleh gunakan pengangkutan awam.. :D



Perarakan Raksasa ATM @ Dataran Merdeka


Teringat tahun dulu kami sekeluarga pegi.. kepala Nabihan benjol besar macam telorr.. sebabnya.. dia langgar senapang sorang brader askar tu.. hehe..


**kat pusat bandar KL nie dah macam darurat.. banyak askar dan kenderaan tentera lalu lalang.. :)


Tiada ulasan :

Catat Ulasan

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D