Memaparkan catatan dengan label Hari Pahlawan. Papar semua catatan

23 September, 2013

Tanpa Bicara #2 : Perarakan Raksasa ATM 2013

2 ulasan

Pertunjukan Udara




Perbarisan Membawa Panji-Panji

ATM New Uniform


Malaysian Sniper

Malbat

Navy

PASKAL

PASKAU



ATM Uniform

Military Police


22 September, 2013

Hujung Minggu @ Perarakan Raksasa ATM 2013

3 ulasan

Assalamualaikum..



Idah sekeluarga memang minat dengan apa saja berkaitan ketenteraan ni.. especially En.Babah laa :D .. so semalam kami tak mahu ketinggalan untuk menyaksikan Perarakan Raksasa ATM 2013 sempena Hari Angkatan Tentera Ke-80 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



Seawal jam 7.00 pagi kami dah keluar rumah.. Idah bawak Atikah dan Nuqman je.. yang lain tinggal rumah dengan Makcik.. park kereta kat Bandar Tun Razak.. dan kami naik STAR LRT ke stesen Masjid Jamek.. sms Adila (officemate) bagitau Idah dah sampai dan tunggu dia kat Dataran.. En.Babah dah tak sabar tak boleh tunggu lagi dah.. hehehe..


Sesampai di Dataran Merdeka.. orang ramai.. kami pun cari tempat yang sesuai.. cuaca okay.. belum panas lagi.. lebih kurang jam 8.30 perarakan pun dimulakan dengan kehadiran Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dengan menaiki kereta kebal..


Macam-macam ada.. perbarisan dari pelbagai batalion dan rejimen.. mengarak panji-panji.. perarakan aset dan kenderaan² tentera yang tak pernah dan sukar kita lihat.. persembahan udara.. unit payung terjun.. dan ada pertunjukan demonstrasi menyelamat golongan kenamaan.. pelbagai pameran juga diperlihatkan sehingga jam 5.00 petang ahad 22 September 2013.






Waktu itu juga dilancarkan baju celoreng tentera yang baru dengan corak digital.. ala-ala pixel tu.. ermm.. tapi Idah lebih suka corak yang lama kot.. lebih mesra alam.. :D



Heli ni turun rendah sangatt.. ni masa demonstrasi menyelamat.. orang ramai kat bawah tu lari bertempiaran sebabnya segala habuk semua terbang.. Idah pun rasa cam nak terbang jugak.. hehehe.. besttt!



Dah diselamatkan.. :D


Antara barangan pameran.. atas kiri tu adalah serpihan peluru.. bila peluru meletup dia berkecai dan part tu yang membunuh tu..



Adila lihat Pakaian Istiadat..



Ermm.. yang ini adalah tuala wanita dan baju dalam wanita PKM (Parti Komunis Malaya) yang diambil dari anggota yang terbunuh di Titi, Kuala Klawang, Negeri Sembilan.


Ambil kesempatan.. :D


Semua benda nak try.. huhu..


 Merahnya mak ngahhh!!..



 Ganas tak muka? :D



This time ber4 je.. :D


Acikidah bersama abang-abang PARA
 Jelir lidah lak yang belakang tu... :P (nak jelir balik)  Skuad PARA..


Sniper terbaek
Idah suka yang ni.. dah nampak masa perarakan.. pastu time pameran tu kami cari dia.. sebab nak bergambor.. :D



Penyamaran.. real kan.. :) apa rasanya dok kat dalam tu ek? 


Pendaftaran Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD
Ramai muda-mudi yang datang untuk pendaftaran Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD.. akak salute kat korang..


Keseluruhan pada hari ini yang paling Idah suka adalah pertunjukan udara.. kelass.. thumbs up (y) untuk Tentera Udara DiRaja Malaysia.. tak pernah tengok dalam pertunjukan sebelum² ni kat Malaysia.. 


Dalam jam 11 pagi.. kami beredar dari situ.. kononnya nak ke kenduri kawin kawan Idah lepas tu.. tapi atas sebab² tertentu tak dapat pegi.. uhuk².. :(


Gambar² perarakan boleh lihat di SINI .. :-D


19 September, 2013

Perarakan Raksasa ATM @ Dataran Merdeka

Tiada ulasan


Assalamualaikum..



Perarakan Raksasa ATM @ Dataran Merdeka



Sempena Hari Angkatan Tentera Ke-80, pihak ATM menjemput semua rakyat Malaysia untuk sama-sama meraikannya.. macam-macam adaa.. :D




Idah dah tengok rehearsal sikit pagi tadi.. hmm.. best woo.. kepada yang minat dengan apa saja yang berkaitan dengan ketenteraan ni boleh la pergi ye.. datang ramai-ramai.. dengarnya perarakan kali ni adalah antara yang terbesar pernah diadakan (melibatkan 8000 anggota)..


Perarakan : 21 September 2013 (8.00am-10.30am)


Pameran : 21 September 2013 (10.00am-10.00pm)

                 22 September 2013 (10.00am-5.00pm)

Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur




Kepada yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai ATM, pendaftaran sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki/Wanita TD juga dibuka pada hari tersebut..


Perarakan akan bermula jam 8.00 pagi so jangan lewat ye.. kalau boleh gunakan pengangkutan awam.. :D



Perarakan Raksasa ATM @ Dataran Merdeka


Teringat tahun dulu kami sekeluarga pegi.. kepala Nabihan benjol besar macam telorr.. sebabnya.. dia langgar senapang sorang brader askar tu.. hehe..


**kat pusat bandar KL nie dah macam darurat.. banyak askar dan kenderaan tentera lalu lalang.. :)


31 Julai, 2013

Sesak Masuk Ke Pusat Bandar Kuala Lumpur.

1 ulasan

Assalamualaikum & Selamat Pagii...

Hari nie yang bekerja di sekitar pusat bandar kuala lumpur mesti ramai yang datang lewat kan.. hik3x.. Dari Cheras.. kereta berlempuk-lempuk.. di Jalan Parlimen pun sama.. tak bergerak.. naik motor pun jam jugak.. Takper la sahabat sekelian.. banyakkan bersabar di bulan yang mulia ini ye..

Sesak

Cuba kita bayangkan abang-abang perajurit yang dok berbaris tu.. dibawah matahari dibulan puasa nie.. Dah hampir 3 hari mereka berlatih.. Ermm..!

Untuk pengetahuan semua.. pagi nie jalan menuju masuk ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur especially sekitar Dataran Merdeka ditutup kerana ada Istiadat Sambutan Hari Pahlawan yang turut disaksikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong.


Hari Pahlawan

Kepada Abang-abang Tentera & Polis, Selamat Menyambut Hari Pahlawan.. Jasa dan pengorbanan kalian tidak akan pernah dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia bumi bertuah ini. Semuga kalian senantiasa dibawah lindunganNYA..
Stay kewll.. :-D