16 September, 2013

Jalan-jalan Hujung Minggu..

4 ulasan

Assalamualaikum.. 



     Pagi semalam lepas breakfast terfikir-fikir nak bawak budak-budak pegi mana hari nie ye.. tiba-tiba En.Babah kata kita tak pernah pegi Istana Negara yang lama tu lagi kan.. haa.. ye gak kan.. so apa lagi.. siap-siap dan dalam pukul 2.00 petang kami pun gerak..




Lunch@Top Steak House
Sebelum tu kami singgah lunch dulu kat Top Steak House, Sungai Besi, KL.. ini 2nd time Idah makan kat sini.. Lapar gler time nie.. tapi still boleh senyum lagi.. :) si Adelia tu punya banyak kerusi kat situ jugak dia nak duduk..




Lamb Chop@Top Steak House
Yang ni Idah punya.. Lamb Chop..

Chicken Chop@Top Steak House
The rest semua makan ni.. Chicken Chop with Black Pepper Gravy.. anak-anak Idah semua makan pedas.. 


Top Steak House, Sg. Besi

Okay.. nak buat review skit.. hehe.. kat Top Steak House ni price dia okay.. reasonable.. rasa makanan dan presentation pun not bad.. waiter pun friendly and fast.. cumaaaa.. nie kali kedua Idah makan kat sini Idah nampak menda yang sama.. iaitu.. makanan yang dihidangkan SEJUK... oh.. ce bayangkan makan steak sejuk.. huhuhu..


Muzium Diraja

Perut dah kenyang.. perjalanan diteruskan ke destinasi utama kami iaitu Istana Negara Lama dan sekarang ditukar menjadi Muzium Diraja.. nasib kami baik sampai-sampai je terus ada parking.. parking kat depan main entrance tu je.. 

Tempat : Muzium DiRaja, Kuala Lumpur.
Dibuka : setiap hari dari jam 9.00am hingga 5.00pm
Bayaran : Dewasa (RM5) , Kanak-kanak 6-12 tahun (RM2), Warga Emas (RM3), Kanak-kanak bawah umur 6 tahun (Percuma)

Muzium Diraja @ Istana Negara Lama
Pemandangan dari luar muzium.


Entrance Muzium Diraja

Ni pintu masuk utama ke muzium.. ada pengawal yang menjaga.. KAMERA adalah TIDAK dibenarkan.. uhuk..uhukk.. kat dalam tak boleh ambik gambar.. bila ditanya kenapa.. jawabnya sebab takut nanti ada yang terlebih kreatif nie superimpose kan gambar-gambar tu dan upload ke laman web.. so itu lah sebab musababnya.. muzium nie 2 tingkat mengandungi bilik tidur diraja dan kerabat.. bilik makan diraja.. balai menghadap.. library diraja dan banyak lagi DiRaja la... hehe..


Jalan-jalan Hujung Minggu..
Sebelum masuk.. kena bukak kasut dulu yee.. hehe.. Kakak Atikah melayan Adelia bukak dan pakai kasut..


Jalan-jalan Hujung Minggu..
Disebabkan kat dalam muzium tak boleh bergambar so kita posing kat luar je larr.. jadik laa..

Jalan-jalan Hujung Minggu..
En.Babah, Idah & Nur Ayesha..


Jalan-jalan Hujung Minggu..
Pengasuh.. :D


Kami kat muzium nie tak lama.. sebab muzium tu bukannya besar sangat pun.. ermm.. nak balik pun masih awal lagi.. so bawak budak-budak ni pegi playground laa.. kat situ banyak makanan jugak.. ada buah sengkuang potong taruk kuah merah dan kacang tu.. perghh.. destinasi... Taman Tasik Permaisuri, Bandar Tun Razak, KL..


Jalan-jalan Hujung Minggu..
Huhu.. seronoknyee dieee.. bukan selalu dorang dapat main camnie..


Jalan-jalan Hujung Minggu..
Uiks.. dah ada Bubble Gun dah..


Jalan-jalan Hujung Minggu..
Haaa... saya di syurgaa.. 


Jalan-jalan Hujung Minggu..
Layann.. main buih sabun.. habis semua tempat dia nak tembak..

Di taman mainan nie rasanya yang paling seronok si Adelia laa.. tapi yang takmo balik lak bukan dia.. si abangnya Nabihan.. pukul 5.45pm gerak.. ingat nak singgah rumah mak.. tapi dia takde rumah pulak.. so terus balik rumah je..  :)


4 ulasan :

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D