Memaparkan catatan dengan label Majlis Perkahwinan. Papar semua catatan
18 Ogos, 2014
Jemputan Kenduri Kahwin Dan Rumah Terbuka Sabtu 16 Ogos
Assalamualaikum...
Aktiviti biasa dihujung minggu dalam bulan syawal adalah jemputan kenduri kahwin dan rumah terbuka... idah sekeluarga pun tidak ketinggalan dijemput juga dalam majlis² tersebut... :)
Sabtu 16/08/2014, pagi sehingga tengahari si kakak sekolah jadi kami tak dapat keluar rumah kemana-mana sehingga dia pulang...
Tengahari Babah ambil Atikah pulang dari sekolah dannnn.... hahahaha... Babah kena perangkap dengan si Kakak... hehehe... sampai jer di sekolah... Atikah ajak Babahnya ke rumah ustaznya yang buat rumah terbuka... rumah ustaz tak jauh pun dari sekolah... dan pada ketika itu juga kawan² kakak dalam 7 orang dah stand-by dah... hehehe... kawan² si kakak pun turut pujuk Babah untuk bawa mereka ke rumah ustaz... :D so terpaksa laa Babah bawa juga mereka ke Rumah Terbuka Ustaz... :D pandai budak² nie kan... happy jer kan muka sorang² dapat beraya di rumah ustaz mereka...
06 Mei, 2014
Kenduri Adila Di Taiping
Assalamualaikum...
Sabtu baru nie idah ke Taiping, Perak... khas untuk menghadiri kenduri Majlis Perkahwinan Adila (officemate)....
Baru beberapa minggu lepas dia buat majlis Pengumuman Perkahwinan nyer di office idah tu kan...yang ada makan² pulut kuning tu kan... :D pejam celik... dah sampai pun hari yang ditunggu² tu... memang meriah majlisnya...
07 April, 2014
Jamuan Pengumuman Perkahwinan.
Assalamualaikum...
Alhamdulillah.... seorang lagi rakan sekerja idah bakal mendirikan masjid... giliran kali ini adalah Project Admin kami Cik Adila... :)
Sempena mengumumkan masjlis perkahwinannya... beliau telah mengadakan sedikit jamuan minum pagi untuk kami satu office...
Ada pulut kuning, rendang daging, nasi lemak dan lain-lain.... beserta air kopi (akak buat tau)... :D
10 September, 2013
Mengantar Pengantin @ Nilai, Negeri Sembilan.
Assalamualaikum...
Kelmarin Ahad 08/09/2013 tibalah masa pihak keluarga belah perempuan @ my cousin pula "Mengantar Pengantin" di Kampung Jijan, Nilai.
Keluarga kami datang dalam 15 buah kereta semuanya.. huhuhu.. berkumpul di satu rumah berdekatan dengan rumah pengantin lelaki dulu.. sembang-sembang.. makan-makan dulu.. pastu lebih kurang jam 1 baru lah berkumpul semula untuk memulakan acara.
Keluarga belah lelaki nie rasanya berketurunan minang.. majlis perkahwinan nie penuh dengan adat istiadat... ramai dayang-dayang dan hulubalang yang menjadi pengiring kepada pasangan pengantin dan keluarga.. huhu glamerr you! :D
Ahli keluarga mengiringi sambil membawa barang-barang hantaran.
Haa.. macam-macam ado kan.. hehehe.. First time tengok kenduri kahwin macam nie.. terujaa.. :D Dendangan lagu dan tarian, sajak dan pantun.. kata-kata aluan.. dan makanan pun sedap-sedap belaka. Pasangan pengantin nie memang Raja Sehari.. tengok laa kuning menyala youu.. hik3x..
Tahniah Kak Idah sekeluarga ucapkan kepada Nurul & Azleey, semuga rumahtangga kalian bahagia, dirahmati dan aman damai selamanya.. dianugerahkan anak yang ramai dan kemurahan rezeki... Jangan lupa datang rumah yee... :)
** "Mengantar Pengantin @ Bertandang" bermaksud pihak keluarga beramai-ramai mengiringi pengantin untuk dihantar ke rumah pasangannya dengan mengikut istiadat.
02 September, 2013
Wedding : Majlis Resepsi Nurul Farhana & Azleey Tasleem DAN Mohamad Hafiz & Siti Normala.
Majlis Resepsi ini diadakan pada 31hb Ogos 2013 (merdekaaaa!!!) adalah untuk meraikan dua pasang pengantin iaitu Nurul Farhana & Azleey Tasleem dan Mohamad Hafiz & Siti Normala yang berlangsung di Bukit Duyong, Melaka.
Mohamad Hafiz adalah abang kepada Nurul Farhana.
Sebelum kita tengok gambar, Kak Idah nak mohon maaf kat Hafiz & Mala sebab gambar korang takder.. sob..sob..sob.. sebabnya.. masa korang tengah sanding tu orang datang ramai gler.. tak cukup tangan rasanya nak lap meja.. angkat pinggan.. dll laa..! so bila dah nak hujung-hujung tu.. hafiz plak takder.. tu yang sikit jer gambar dapat tu.. huhuhu.. sorry naaa..!
Untuk pengetahuan teman-teman.. majlis nie Pakcik sengaja takmo guna khidmat katering.. masak semua sendiri gotong royong tujuannya adalah untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama keluarga. Penat sikit tapi seronok!
Masa nie juga Idah ambil kesempatan train si Nuqman tu buat keja.. angkat pinggan & cawan kotor.. replace kendi air basuh tangan.. ambil cawan bersih.. refill jug air.. dan apa je laa.. hehehe.. bukan senang nak dapat pengalaman camnie kan.. kita kat KL datang kenduri pastu duduk makan jerr.. balik!
Pengantin berarak lebih kurang jam 1 petang dengan diiringi oleh paluan kompang.
Time berarak takder gambar.. hehehe..
Yang ada hanya gambar dah hujung..hujung majlis.. :D
:D Happy Ending..
Idah & kakak-kakak 3 kereta balik ke KL petang tu juga.. tapi sebelum tu sempat plak pegi beraya rumah mak sedara dulu.. hehehe.. Sampai rumah dalam jam 9.00 malam. Keletihan nul lazii!! :D
Wedding: Majlis Pernikahan Nurul Fahana & Azleey Tasleem
Jumaat 30hb Ogos 2013, lebih kurang jam 5.00 petang lepas solat asar.. di Masjid Jamek, Laksamana Hang Tuah, Duyong, Melaka.. maka berlangsung lah Majlis Pernikahan diantara Nurul Fahana & Azleey Tasleem dengan diwali dan dinikahkan oleh Bapa Nurul sendiri.. dan dengan disaksikan oleh saudara dari kedua-dua belah pihak.
Kita tengok gambar jer la yer.. :D
Canteknyaaa.. sepupu akak nie..!
Muka nampak kewl jerr.. dalam hati.. ya ALLAH.. tuhan je yang tau!!.. hehehe..
Jangan nangis lagiii.. blom start lagi nie..! :D
Tok kadi minta kebenaran kepada pengantin perempuan untuk dinikahkan. Baju putih tu bapa pengantin perempuan @ pakcik ku. :D
Sain sanaa.. sain sini.. fuhh.. berdebar time nie! hehehe.. akak plak yang suspen.. :D
Alhamdulillah.. dah selesai akad nikah.. Dah jadi isteri orang dah Nurul ye.. so sweett! :)
Acara membatal air sembahyang dengan memakaikan rantai tangan & rantai leher oleh pengantin lelaki.
Okay.. bergambar dengan family seround..!
Hehehe.. nak jugaakk!.. Tengok tu akak sempoi jer kan.. dengan baju tak bersalin nyer.. konon-konon takmo pegi masjid sebab keja kat rumah pengantin tu banyak.. nak potong tu.. kopek niee.. siang itu.. racik ini.. aleh-aleh.. mak ajak gak pegiii.. so pegi jer la dengan muka yang berminyak-minyak dan pakai jeans jerr.. :D sempoiii!!!
Selesai acara nikah, pihak lelaki dihidangkan dengan sedikit jamuan di rumah pengantin perempuan.
Akak? hehehe.. ada urusan HARTAnah skitt!! :D
28 Ogos, 2013
Hasil Buruan Di SOGO...
Bersambung kembali setelah balik dari memburu di SOGO.. :D
First of all... Yahooo..! gaji dah masukk..!!!! hik3x..
SOGO?? ermm..biasakk.. sale sepanjang tahunnn! :D
Semenjak dari 5th floor Home Centre tu siap renovate.. baru nie la Idah sempat mengukur setiap kaki persegi floor tu.. hik..hik..hik.. Ermmm.. tapi rasanya Idah suka susun atur yang dulu lagi kot.. mungkin sebab dah biasa dan dah hafal tiap sudut barang-barang tu.. :D
Actually tujuannya nak mencari hadiah untuk sepupu Idah iaitu Nurul & Hafiz (2 pasangan pengantin tau... so kena 2 hadiah laa).. yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada 31 Ogos nie di Melaka..
Cari punya carii.. oppsss.. comeinya Termos niee... I likee...! Babahhhh..! .. bukan jug air panas kat umah kita dah patah riuk ke?? ermm ader la orang tu kan nak tunjuk teror main baling-baling jug kan.. so apa kata Encik Babah GANTIKAN dengan yang niee.. tak kecik sangat dan tak besar sangat.. 1 litre jer rasanya kot.. Just nice :D
Ermm.. memang cantek pasu-pasu tu... Harga dia pun cantek gakk walaupun dah 70% off :D
Alhamdulillah..! Inilah hasil buruan untuk hari ini... dah siap wrap dah.. balik rumah tinggal taruk riben kasi cantek-2 skit jer..!
Misi berjaya.. :D
20 Ogos, 2013
Wedding : Selamat Pengantin Baru Mohamad Ali Iqbal & Nurfazlin.
Assalamualaikum…
Pada tanggal 17 August 2013 Sabtu malam yang lepas Idah dan suami telah mendapat jemputan ke Majlis Perkahwinan Mohamad Ali Iqbal & Nurfazlin yang diadakan di Setia City Convention Centre, Setia Alam.
Tetamu yang dijemput diminta oleh tuan rumah untuk memakai Baju
Raya.. hik3x.. Lelaki berbaju melayu manakala wanita berbaju kurung.
Majlis sangat meriah walaupun ringkas dengan dihadiri oleh anak-anak tahfiz & anak-anak yatim.. Tidak
ketinggalan juga para VIP. :D
Pasangan tuan rumah nie memang unik. Konsep hiasan yang
dipilih pada malam itu ialah PETANI. Mesti u all pelik kan.. konsep
PETANI??? Hehehe.. ermm.. PETANIII..! hiasan-hiasannya
adalah terdiri dari hasil tani.. Nyiru yang diisi dengan sayur-sayuran.. ubi
kayu, peria, kobis, serai, dan banyak lagi jenis sayuran laa.. Pokok strawbery yang
berbuah ranum pula menjadi hiasan tiang-tiang sepanjang laluan. Dan yang paling
menarik tentang tuan rumah nie.. nak dekat hujung-hujung majlis tu.. semua tetamu
dibenarkan untuk ambil semua sayur-sayuran tu.. sampaikan licin.. dengan nyiru
skali dorang tapau… Baguskan tuan rumah nie.. saper yang kenal beliau akan tau
yang beliau adalah seorang yang tak suka membazir walaupun dia seorang
hartawan.
Jom kita tengok gambar yang sempat Idah ambil.. tapi sorrryyy
kualiti gambar sangat teruk okayy.. sebab ambik pakai camera hp jerr..! Tak
rock la dah pakai cantek2 tetiba bawak camera besar gedabak kan.. hik3x.. Jom
layann…!
Idah & En. Suami sempat posing sebelum
majlis dimulakan. Hik3x..
Menu yang disajikan pada malam itu. Middle East cuisine.
Buah tangan yang diberikan kepada para tetamu. Hik3x.. macam-macam ada.. :D Diatas meja diletakkan chocolate bentuk love tu.. kemudian ada Jus Kurma dan hehehe.. nampak tak ada pasu kecil polkadot tu.. hehehe.. cuba teka apa isinya?? :D Kemudian diatas kerusi diletakkan 1 beg yang berisi kotak yang agak besar juga.. hehehe.. di dalam kotak tersebut mengandungi sebiji buah melon yang sangat kuning dan manisss!! Bila Idah google namanya adalah Canary Melon.
Majlis turut dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan
Selangor.
Tetamu makan dengan diiringi oleh nyanyian lagu-lagu raya.. hehehe..
Pelamin yang simple dan dihiasi dengan pokok-pokok hijau dan bunga-bungaan segar.
Yang berbaju biru itu adalah tuan rumah bagi majlis malam itu iaitu Dato Menteri Besar Selangor.
Sempat posing dengan YB Bukit Lanjan. :D
Akak posing laggiii.. :-D
Pasangan pengantin yang diraikan pada malam itu. Pengantin diapit oleh Ibu & Bapa pengantin perempuan. Selamat Pengantin Baru semuga cepat dikurniakan cahaya mata dan jodoh yang berkekalan.. :)
Terima Kasih diucapkan kepada tuan rumah Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim & Puan Sri Salbiah kerana sudi
menjemput kami suami isteri dan terima kasih juga atas layanan yang sungguh
mesra dari seisi keluarga. Jangan serik jemput kami yerr..! :D
Langgan:
Catatan
(
Atom
)










































