Assalamualaikum...
Petang semalam lebih kurang jam 6.30.. Idah balik keje seperti biasa..
Tiba-tiba dari jauh di persimpangan Jalan Raja di tepi Dataran Merdeka tu.. nampak ramai orang berkumpul..
Oooo... rupanya-rupanya.. ada segelintir Rakyat Malaysia yang ingin menzahirkan ketidak puashatiannya kepada kerajaan atas isu Kenaikan Harga Minyak Petrol & Diesel sebanyak 20 sen baru-baru ini..!
"Rakyat Bantah Kenaikan Harga Minyak"
"Petrol Should Be Reduced Not Raised"
Kalau tanya Idah.. Idah pun TIDAK bersetuju dengan kenaikan ini walau dengan apa alasan sekalipun.. pembangunan?? or wut everr...
Mungkin yang berpendapatan sederhana ke atas kurang mengalami impaknya.. tapi bagaimana yang berpendapatan rendah.. bila harga petrol naik.. tidak mustahil harga-harga barangan lain juga akan naik.. Bas sekolah, public transport, tarif letrik dan banyak lagi kenaikan yang membebankan golongan berpendapatan rendah.
Bapak-bapak menteri mungkin tak rasa impaknya.. sebab petrol mereka dibayar oleh 'Wang Rakyat' bukan wang dari poket mereka sendiri..
BRIM?? :D Adakah BRIM akan diberikan setiap tahun? dan golongan berpendapatan sederhana yang tidak layak menerima BRIM pula bagaimana? dah la dibebani dengan pelbagai jenis CUKAI.. agak-agaknya minyak naik.. golongan berpendapatan rendah dapat BRIM.. golongan berpendapatan sederhana ke atas dapat apa pula yee?? :D
Ekhh.. ekhh.. panjang lebar plak ngomel isu minyak nie.. hehehe..
Jangan Naik Minyak sudahh... :D