Assalamualaikum..
Lebih 2 minggu dah Idah beli compact camera ni.. hampir² terlupa laa nak memperkenalkannya kepada rakan².. hehehe..
Compact bukan sebarang compact tau.. hehehe.. walaupun dia kecik.. dia DSLR juga ye.. hehe.. untuk mereka² yang dah biasa pakai DSLR ni.. tidak boleh tidak mesti nak pakai DSLR juga.. :D hanya yang mengetahui saja tau feelnya.. hehehe.. poyoo!
Haa.. tarranngg.. ini dia Compact Camera Baru Ku.. kecil molek je kan.. comell! suka sangat.. ala² retro gitu.. huhu.. Fujifilm X20 (Silver)
Sehingga hari ini Idah still tak katam² lagi manualnya.. hehe.. banyak features dia yang Idah belum explore.. tapi setakat ni yang Idah dah gunakan.. hmm memang sangat puas hati.. gambarnya clear.. bersih.. dan warnanya pun cantek..
Fungsi DSLR biasa tu.. semua ada.. ISO, metering, AV & TV mode dan yang best pada Idah ialah aperturesnya starting at F2.. huhu.. nak tengok contoh gambar boleh tengok kat post Idah yang Perarakan Raksasa ,Bunga Api atau Putrajaya.. full spec dia boleh tengok kat Fujifilm.com ..
Setakat ni kelemahan yang Idah nampak ketara pada X20 ni ialah bateri dia.. hmm.. kalau cas penuh tu.. boleh ambik gambar dalam few hundreds je.. bila indicator dia dah kaler merah tu.. jawabnya memang pastu dia terus padam.. hmm.. dah biasa pakai Canon boleh tahan berhari².. huhu.. tapi apa pun bateri spare dia Idah dah survey.. murah je.. less than RM50.. size dia pun kecil dan nipis..
Setelah test drive untuk beberapa minggu nie.. Idah sangat berpuas hati dengan performance, features, rupa bentuk.. dan yang paling penting.. mudah untuk dibawa oleh Akakk.. :D
** Test tukar font baru.. :D