Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri. Papar semua catatan
16 Julai, 2015
Utusan Aidilfitri 2015
Assalamualaikum...
Perutusan Aidilfitri 2015 dari Acikidah. Sempena kedatangan Syawal dan Aidilfitri yang disambut oleh seluruh umat islam dengan ini saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan-rakan, jiran tetangga dan seluruh umat islam di atas kekhilafan dan kekurangan diri ini. Kita hanya insan biasa.
27 Ogos, 2014
21 Ogos, 2014
Pejabat Terbuka Aidilfitri Acikidah
Assalamualaikum...
Selagi syawal belum berlalu pergi... selagi itu la rakyat di Malaysia ini akan sambut Aidilfitri... ianya paling terasa di bandar² terutamanya Kuala Lumpur... Seminggu ini entry idah memanjang jer cerita makan kan... hehehe... nak sambung lagi cerita makan iteww... :P tapi kali ini Pejabat Terbuka Aidilfitri projek DBKL pula... :D
Entry ini idah tak nak cerita panjang lebar... sebab gambarnya dah cukup banyak... takut nanti muntah pulak laa pembaca² kesayangan akak nie kan... huhuhu...
Acikidah bersama dua brader officemate yang paling sporting... :)
20 Ogos, 2014
Rumah Terbuka Aidilfitri Dottie Dan Kak Ieta
Assalamualaikum...
Sesi menaikkan berat badan a.k.a rumah terbuka diteruskan lagi... tamat saja Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Cabang BTR... idah terus pulang ke rumah dan menyiapkan anak² untuk ke Rumah Terbuka Aidilfitri Dottie dan Kak Ieta pula...
Kebetulan rumah Dottie dan rumah idah tidak jauh... kampung sebelah jer... :D tapi percaya tak... semenjak lebih 20 tahun yang lalu... ini kali pertama kami bertemu semula... ahaha... kiranya macam Mini Reunion gak laa... Dottie dan semua di atas ini adalah rakan² sekolah idah... dari kiri Azlina, Dottie (tuan rumah), Aniza, Lynda dan Acikidah... :) sebelum kedatangan idah ada ramai lagi rakan² lain yang datang tapi mereka dah pulang awal...
19 Ogos, 2014
Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Cabang Bandar Tun Razak
Assalamualaikum...
Ahad 17 Ogos 2014, idah telah menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Cabang Bandar Tun Razak yang telah diadakan di hadapan Pejabat Perhubungan Negeri PKR Wilayah Persekutuan, Bandar Sri Permaisuri, KL... majlis diadakan dari jam 12 tengahari hingga 2 petang...
Eheemmm.... <3<3
18 Ogos, 2014
Jemputan Kenduri Kahwin Dan Rumah Terbuka Sabtu 16 Ogos
Assalamualaikum...
Aktiviti biasa dihujung minggu dalam bulan syawal adalah jemputan kenduri kahwin dan rumah terbuka... idah sekeluarga pun tidak ketinggalan dijemput juga dalam majlis² tersebut... :)
Sabtu 16/08/2014, pagi sehingga tengahari si kakak sekolah jadi kami tak dapat keluar rumah kemana-mana sehingga dia pulang...
Tengahari Babah ambil Atikah pulang dari sekolah dannnn.... hahahaha... Babah kena perangkap dengan si Kakak... hehehe... sampai jer di sekolah... Atikah ajak Babahnya ke rumah ustaznya yang buat rumah terbuka... rumah ustaz tak jauh pun dari sekolah... dan pada ketika itu juga kawan² kakak dalam 7 orang dah stand-by dah... hehehe... kawan² si kakak pun turut pujuk Babah untuk bawa mereka ke rumah ustaz... :D so terpaksa laa Babah bawa juga mereka ke Rumah Terbuka Ustaz... :D pandai budak² nie kan... happy jer kan muka sorang² dapat beraya di rumah ustaz mereka...
12 Ogos, 2014
Rumah Terbuka Aidilfitri Acikidah
Assalamualaikum...
Rumah Terbuka Aidilfitri merupakan suatu konsep dimana tuan rumah akan memanggil dan menjemput tetamu untuk hadir ke rumah mereka dan sedikit juadah raya akan disediakan... rumah terbuka ini amat popular terutama kepada komuniti di bandar²... memandangkan ramai yang suami isteri bekerja jadi untuk memudahkan kaum keluarga dan sahabat handai mengunjungi... maka konsep ini sangat praktikal... tidak ketinggalan acikidah juga telah mengadakannya pada sabtu lepas... :)
Hanya kaum keluarga, sahabat handai dan jiran yang terdekat saja idah jemput... memandangkan kawan² idah dan en.suami yang ramai... kalau nak jemput semua rasa²nya perlu la idah pasang khemah macam orang kenduri kahwin tu... hehehe... jadi kepada rakan² yang tidak dijemput pada sabtu lalu tu jangan kecil hati yer... boleh jer uols serang rumah akak... tapi kena buat appointment dulu sebab takut tuan rumah tiada dirumah pula... dan kalau tak jawabnya makan biskut kering jer laaa... :D
11 Ogos, 2014
Menu Rumah Terbuka Acikidah
Assalamualaikum...

Alhamdulillah... dah selesai dah majlis kecil rumah terbuka acikidah pada sabtu lalu... entry pertama hari ini nak cerita pasal Menu Rumah Terbuka Acikidah dulu laa... :)
Kesemua menu pada hari itu adalah dimasak sendiri oleh idah dan pembantu² idah yang 2 orang itu... :) alaa menu simple² jerr...!
Sajian utamanya adalah Soto Ayam... dimakan bersama begedil, telur rebus, bawang goreng, suun dan juga ayam yang dicarik...
07 Ogos, 2014
Aidilfitri 2014
Assalamualaikum...
Boleh dikatakan hampir semua blogger² melayu upload tentang pengalaman dan keriangan mereka menyambut Aidilfitri 2014 ini... macam² cerita ada... seronok juga baca dan turut terasa kegembiraan tersebut... :)
Idah pun nak abadikan juga pengalaman Aidilfitri 2014 idah bersama keluarga... :D jeles la tuee... hehehe... ermmm tapi Aidilfitri 2014 ini kurang terasa di hati laa... semuanya gara² kesihatan kami sekeluarga yang kurang baik sedari sebelum raya lagi... lebih seminggu idah dan anak² demam, batuk, selsema full pakej laa... dan sehingga ke hari raya pun idah, en. suami dan si kakak masih lagi kurang sihat... makan pun tak seronok... makan semua benda tak rasa apa... aduhhh hilang nikmat... berat badan pun turun mendadak... :(
01 Ogos, 2014
Bekerja Di Syawal Ke-5
Assalamualaikum...
Hari ni Syawal Ke-5, idah dah mula bekerja... perasaan ini bercampur baur nak pergi kerja pagi tadi... bila tengok anak² masih tidur lagi rasa macam malas sungguh laa nak pergi kerja... dan perjalanan memasuki ke Pusat Bandaraya Kuala Lumpur pun masih lancar dan lengang... dalam hati kalau hari² gini pergi kerja kan best... :)
Salam Aidilfitri 2014
Assalamualaikum...
Salam Aidilfitri 2014 diucapkan buat teman-teman sekalian. Dikesempatan ini idah ingin memohon Ampun dan Maaf andai selama kita berkenalan ada kata², tulisan mahupun perbuatan diri ini yang pernah mengguris hati samada yang sengaja atau pun tidak. Dan mohon dihalalkan jika ada termakan mahupun terminum.
21 Julai, 2014
Mencari Baju Raya @ Butik Sireh Pinang, Busana Mara
Assalamualaikum...

Tengahari tadi keluar sekejap pergi Busana Mara... mencari baju raya... dah recce minggu lepas lagi satu baju kurung tu kat Butik Sireh Pinang... so tadi plan datang nak try dan terus beli jer... uhuk3x... baju tu tak ada saiz pulakkk.... dah habiss... huhuhu... shedih tau... so terpaksa cari baju lain... baju yang idah pakai (gambar) nie la... baju jer yer... kain tu skirt akak punyer... warna hijau... suka cutting dia.. cantik terletak jer... tapi yang idah try nie saiz S... boleh jer pakai cuma nanti dah lepas raya ke-2 dan seterusnya tak boleh pakai lagi dah laaaa... sendat mendat... huhuhu....
16 Julai, 2014
28 Ogos, 2013
Biskut Raya Puan Rohaya.
Hehehe.. salam guys..
Short entry je nie... bukan ape nak tunjuk kuih raya jee ni.. hehehe.. tak abis lagi mood raya kat opis nie walau pun syawal dah nak dekat penghujung dah..
Tadi Pn. Rohaya (our Asst. Project Manager) bawak kuih raya dia.. actually dari semalam lagi dia nak bawak tapi dia kata dah siap masuk bekas tapi tertinggal la pulak.. So semalam siap letak reminder lagi kat handphone dia supaya tak tertinggal lagi.. so sweett! :D
Tiba-tiba Arpah datang bawak bekas berisi kuih raya.. eeeee.. cantek nyer bekas dia..siap ada separator skali tu... kuih dia lagi kiut miut.. macam-macam adaaa.. hik3x..
Semua kuih nak rasa.. hik3x.. buruk perangai.. dah la sikit.. kawan-kawan lain pun nak jugak kan.. tapi sebab kiut punya pasal tak kira nak rasa semua jugakk.. :D
Not bad.. sedap-sedap juga biskut raya Pn Rohaya nie.. Buat ke Puan??? :D Terima Kasihhh.. nanti bawak lagi yerr!!
Ok laa.. short entry jer kan.. nak keluar nie.. nak ke S O G O.. SoooGooooo (ala-ala lagu tema sogo laaa.. hehehe) nak pegi cari hadiah untuk sepupu-sepupu ku yang nak kawin this weekend. :D
Babai...
27 Ogos, 2013
Tour Raya 2013.
Assalamualaikum...
Apa khabar semua?? :D harap semua dalam keadaan yang happy sokmo.. hehehe..
Seperti yang idah janjikan semalam nak upload gambar Tour Raya Team & ex-Team DBKL kan.. hehehe.. tu sure ada yang dah tak sabar-sabar tu.. rileksss.. takkan gambar tu lari dikejarr.. :D
Idah tak upload semua gambar.. kalau upload semua nanti cepat lah penuh kuota blog akak nie.. Saper nak gambar roger-roger akak kay.. WhatsApp tak bolehh.. besar nie size dia..
Okay.. senyum...senyumm..!
Amboii.. senyum meleret sorang-sorang..
Post-post menarik.. :-D Anak-anak daro kat atas nu amboii senyum melerett!
Para isteri team kami dan jiran akak pun ada.. :D
Ini yang terbaek.. walaupun tak semua yang ada dalam gambar nie sebab ada yang datang lambatt.. :( Kalau ada semua kan best..!
Begitulah alkisah Tour Raya 2013 kami.. Harap-harap tahun depan boleh buat lagi dan kalau boleh nak pegi umah lain plak.. :D
Kepada rakan-rakan yang sudi menjadi hosts kali nie.. Idah dan semua rakan-rakan lain mengucapkan jutaan terima kasih semuga ALLAH memurahkan lagi rezeki kalian sekeluarga dan mohon maaf jika ada yang tidak menyenangkan sepanjang acara ini.. :D
Luv ya.. muaahhss..!
26 Ogos, 2013
Tour Raya 2013 Team & ex-Team DBKL.
Assalamualaikum...
Masih dalam suasana raya.. :D
Tahun nie.. idah dan officemates telah sebulat suara bersetuju untuk meneruskan Tour Raya seperti yang pernah kami buat raya sebelum nie..
Setelah perbincangan yang panjaangg berjela-jela.. akhirnya 7 orang sedia untuk menjadi hosts untuk kali nie.. Termasuk laa akakk.. hik3x.. Yang lain tu jadi tukang makan dan memeriahkan suasana.. especially yang bujang-bujang laaa.. :D
Jangan tak percaya.. Tour Raya kali nie 2 hari okaayyy!! terpaksa buat 2 hari atas banyak sebab diantaranya ada host yang not available on certain days.. pastu this time ramai plak yang nak jadi host dan jarak rumah tu jauh-jauh juga.. tu yang terpaksa buat 2 hari.. fuhh!
Nie dia Route Raya kali nie..
Day 1
Rumah Akak (Bandar Mahkota Cheras) --> Arfah (Desa Serdang) --> Kak Dini (Sg Buloh)
Day 2
Hasnol (Bangi) --> Hamdan (Pinggiran Putra) --> Kak Ieta (Puncak Jalil) --> Mokta (Sg. Buloh)
Gambar-gambar akan diupload next entry yerr..! Tungguuu...! Hik3x.. sabar yerr.. :D
Wassalam.
19 Ogos, 2013
Chocolate Chip Lepas Raya..
Assalam & Selamat Petang..!
Bz nyer hari nie.. petang baru dapat nak nyembang.. hik3x..
Banyak criter nak dikongsi nie.. membuak-buak rasanya nak menulis.. hehehe..
tak pe.. tak sempat hari nie esok masih ada kan...!
Jumaat lepas, sebelum balik keje dah call si kakak suruh keluarkan butter dan telur dari fridge..
Perasaan nak buat choc cip membuak-buak.. kena lak stock kuih raya dah semakin menyusut.. hehehe..
So malam tu buat la Chocolate Chip second batch..:D .. Buat sengsorang jer tauu.. maid sibuk tengok tv.. :(Ermmm.. anak-anak dan maid kata yang 2nd batch nie lagi sedap dari yg 1st batch..
Mungkin sebab yang 2nd batch nie Idah tak kurangkan sukatan gula dia kot.. so manis lebih skit la dari yg sebelum tu..Idah & husband tak suka biskut manis-manis sangat..
Seperti yang dijanjikan nie gambar-gambarnya.. Rupa tak cantek sangat tapi rasa dia sedap tauuu! :-D
Resepi nya boleh lihat disini..
13 Ogos, 2013
Tak Meriah Ke Beraya Di Bandar?
Assalamualaikum,
Mood raya masih membara.. hik3x.. Ramai yang masih bercuti lagi.. amboii raya sakan ekk..! :D
Pegi keje pagi tadi jalan masuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur pun lancarr jerr..! kalau hari-hari gitukan seronok.. hik3x..
Ermm.. Ada hamba ALLAH yang berkata pada Idah.. beraya di kampung meriah.. beraya di bandar apa ada.. Rugi Idah tak dapat merasa pelbagai suasana beraya di kampung..
Adakah kemeriahan jika kita beraya di Kampung tapi hanya duduk dirumah menonton tv...?
Alhamdulillah.. tahun nie Idah rasakan tahun yang PALINGGG seronok beraya kerana mak dan semua adik beradik, anak-anak buah berkumpul & beraya dirumah Idah.. Malah pakcik, makcik & cousin dari melaka pun datang pada hari raya pertama.. Terima kasih pakcik sekeluarga.. :D
Mood raya masih membara.. hik3x.. Ramai yang masih bercuti lagi.. amboii raya sakan ekk..! :D
Pegi keje pagi tadi jalan masuk ke Pusat Bandar Kuala Lumpur pun lancarr jerr..! kalau hari-hari gitukan seronok.. hik3x..
Ermm.. Ada hamba ALLAH yang berkata pada Idah.. beraya di kampung meriah.. beraya di bandar apa ada.. Rugi Idah tak dapat merasa pelbagai suasana beraya di kampung..
Ermm.. pada Idah KEMERIAHAN beraya tu bukan terletak pada lokasi kita berada.. tapi ianya terletak pada hati kita sendiri.. kemeriahan akan terasa bila kita bersama-sama dengan orang-orang yang kita sayangi.. Mak, ayah, adik beradik, saudara-mara.. duduk masak & makan bersama.. bersembang.. gelak ketawa.. :)
Adakah kemeriahan jika kita beraya di Kampung tapi hanya duduk dirumah menonton tv...?
Alhamdulillah.. tahun nie Idah rasakan tahun yang PALINGGG seronok beraya kerana mak dan semua adik beradik, anak-anak buah berkumpul & beraya dirumah Idah.. Malah pakcik, makcik & cousin dari melaka pun datang pada hari raya pertama.. Terima kasih pakcik sekeluarga.. :D
Luv u Olls..! :-D
06 Ogos, 2013
Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013.
Assalamualaikum...
Aidilfitri bakal menjelma..
Idah sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan dikesempatan ini juga kami sekeluarga ingin memohon ampun dan maaf diatas segala keterlanjuran bicara, gurau senda & andai ada yang terguris hati.
Semuga Aidilfitri kali ini membawa seribu kebahagiaan kepada kita semua.
Hati-hati ketika memandu pulang ke kampung. Ingatlah orang yang disayangi.
Semuga kita berjumpa di Aidilfitri ini.
Luv ya.
Langgan:
Catatan
(
Atom
)






























