Assalamualaikum...
Perutusan Aidilfitri 2015 dari Acikidah. Sempena kedatangan Syawal dan Aidilfitri yang disambut oleh seluruh umat islam dengan ini saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf kepada ahli keluarga, sanak saudara, sahabat handai, rakan-rakan, jiran tetangga dan seluruh umat islam di atas kekhilafan dan kekurangan diri ini. Kita hanya insan biasa.
Insyaallah seperti biasa idah akan beraya di Subang Jaya dan Bandar Tun Razak bersama ibu, ibu mertua dan adik beradik. Nak buat cam ner kan dah itu jer kampung yang ada... hehehe... jangan jeles yer kita tak payah nak bersesak-sesak kat highway tu macam uols. huhu...
Aidilfitri kali ini kami sekeluarga menyambutnya dengan bersederhana sahaja. Hanya beli untuk anak-anak yang perlu sahaja. Memang jika ikutkan hati dan nafsu segalanya ingin ditukar baru kan... yer la Aidilfitri setahun sekali jer... namun bila difikirkan mereka-mereka yang kurang berkemampuan dan yang sedang berkira-kira untuk membeli memandangkan kos sara hidup yang semakin menghimpit rakyat Malaysia pada ketika ini menjadikan diri ini lebih bersyukur dengan apa yang ada.
Namun begitu Aidilfitri tetap perlu diraikan. Oleh itu Idah ucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri khas buat Rakan-rakan Blogger samada yang dikenali mahupun yang tidak dikenali, kepada mengunjung setia blog Acikidah ini dan juga Seluruh Rakyat Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Semoga Kedatangan Aidilfitri ini membawa kebahagiaan, rahmat dan keamanan pada kita semua. Amin.
Sekian.
Salam Aidilfitri buat Sis Idah dan famili.
BalasPadamMaaf lama tak menjengah ke mari.
Moga Syawal kali ini penuh erti dan penuh warna-warni :)
salam idilfitri idah n famili maaf zahir batin...rindu dgn idah kini bersua di syawal mulia.
BalasPadamSelamat Hari Raya..maaf zahir & batin...
BalasPadamSelamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin buat Acik Idah dan keluarga..;)
BalasPadamsalam eidul fitri ... mohon maaf zahir dan batin ...
BalasPadambelum terlambat nak ucap selamat hari raya kan..
BalasPadamSalam aidilfitri Buat acikidah dan keluarga..
acik idah... habis syawal sudah... hapdate laa...
BalasPadamsinggah
BalasPadamIya, benar sekali. Hari raya tak harus selalu dengan benda dan perlengkapan yang baru. Yang wajib adalah kita harus memiliki hati baru juga bersih dalam menunaikan ibadah puasa dan merayakan hari idul fitri. Oh ya, mohon maaf lahir dan bathin kak. Walau sudah terlambat 2 bulan tak apa-apa kan ????
BalasPadamlama tak keudara.. harap nya sihat shj ye.. :)
BalasPadamMohon maaf lahir dan bathin juga cik, sepertinya blog ini harus update postingan lagi ... Hmmm
BalasPadamMcm lama tak bersiaran jer AE....apa khabar? Sihat....
BalasPadamSalam Kak... on la balik.
BalasPadamWaalaikumusalam..hehe..hye..
BalasPadam