19 Ogos, 2014

Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Cabang Bandar Tun Razak

16 ulasan
Assalamualaikum...



Ahad 17 Ogos 2014, idah telah menghadiri majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Cabang Bandar Tun Razak yang telah diadakan di hadapan Pejabat Perhubungan Negeri PKR Wilayah Persekutuan, Bandar Sri Permaisuri, KL... majlis diadakan dari jam 12 tengahari hingga 2 petang...



Acikidah @ Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Cabang Bandar Tun Razak
Eheemmm.... <3<3




TSKI @ Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Cabang Bandar Tun Razak

Majlis yang diadakan pada tahun ini lebih ringkas... antara menu utama yang disediakan adalah nasi tomato, dalca sayur, ayam masak merah, acar, lemang, rendang daging, satay dan macam² lagi... :) 


Majlis rumah terbuka tersebut turut dihadiri oleh Bekas Ahli Parlimen PKR BTR Tan Sri Khalid Ibrahim (Menteri Besar Selangor)... mungkin ini adalah kali terakhir kami AJK Cabang BTR bekerjasama dengan TSKI... rasanya semua sudah maklum kan isu berkenaan dengan beliau kebelakangan ini... idah tak nak beri sebarang komen tentang itu... demi menjaga air muka semua pihak... :|





Sesi perbincangan dengan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI)

TSKI datang awal pada hari itu sebelum majlis bermula... dan kami (AJK Cabang PKR BTR) telah memohon agar beliau ke bilik mesyuarat kerana ada perkara yang ingin kami sampaikan... butir² perbincangan tidak akan idah ceritakan di sini...





Sesi perbincangan dengan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI)

Di akhir perbincangan sempat juga TSKI membuat sesi luahan hatinya berkenaan dengan kemelut yang melanda di Selangor... namun begitu kami AJK Cabang BTR telah sebulat suara untuk terus mendukung Parti setelah mempertimbangkan dalam semua hal dalam mesyuarat yang lalu...



Alhamdulillah... majlis telah berakhir dengan aman dan tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku... walaupun majlis turut dihadiri oleh beberapa individu dan NGO yang cuba untuk membuat provokasi... 


Idah juga berasa gembira kerana dapat berjumpa dengan rakan² dan senior² politik yang dah lama tidak bertemu... dikesempatan itu juga kami tidak lepaskan peluang untuk saling bermaaf-maafan andai ada perselisihan faham pada pemilihan parti yang lepas... syukur semuanya positif... mungkin berkat Hari Raya kan... :)


Ini adalah entry pertama idah menulis tentang penglibatan politik... idah pun sebenarnya tidak berapa suka menulis tentang politik... idah lebih sukakan penulisan yang lebih santai dan peribadi... mohon rakan² sekalian menghormati pendirian idah walaupun kita berlainan aliran dan landasan perjuangan... ucapan terima kasih diucapkan kerana memahami :)



16 ulasan :

  1. berlainan fahaman politik tak semestinya kita tak boleh berkawan =)
    yang penting kena saling hormat menghormati
    jujurnya saya simpati dengan nasib yang menimpa MB selangor ni
    wish him all the best

    BalasPadam
    Balasan
    1. TK yana... :) kadang² terjumpa yang fanatik tu yang tensen tu... boleh sampai putus sahabat... hanya kerana politik nie...

      Padam
  2. Sesekali menulis kisah politik apa salahnya, cuma sebaiknya kita tidak terlalu ekstream. Entri ni kira OK ape. Politik dan sokongan adalah hak masing2 dan saya hormatinya dan ianya tidak sedikit pun mengganggu ikatan persahabatan. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQVM BM kerana memahami dan menghormati... semoga persahabatan kita berkekalan hendaknya... :)

      Padam
  3. salam. oohh..hihi tak kisah la kak..politik pun politik la..:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsalam... sure aa tak kisah... hehehe... camtu bleh criter banyak lagi la ye Itah... :D

      Padam
  4. Balasan
    1. Alhamdulillah... walaupun majlisnya ringkas saja... namun ramai juga yang sudi datang dan sama² meraikan... :)

      Padam
  5. Ehem...ehem....

    Eh...dl kami pon dok Bdr Tun Razak

    Iskh...rindu plak nk p sn lg

    BalasPadam
    Balasan
    1. Uhuk... uhukkk...


      Oh yerr kerr... BTR kat mana tu? idah tak tinggal kat BTR sekarang nie... BTR tu kampung halaman jerr... :D

      Kalau rindu meh la datang singgah... mesti ada rakan² lama lagi kan... :D

      Padam
  6. Assalamualaikum dan salam singgah selasa Idah...entry berunsur politik tak salah pun..sesekali baca best jgk..yang penting kita saling hormat menghormati dan ikatan persahabatan berkekalan...Cantik gambar Idah dan En.Hubby ke...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam... terima kasih Mar sudi singgah sini... TK Mar... bukan apa... takut ada antara rakan² kita ni yang fanatik parti politik... tup² takmo kawan dah.... :(

      Ehheemm... iyer la cik abe kita... ;)

      Padam
  7. sekali-sekala tulis hal2 politik, best jg..kita semua rasanya matured enough, boleh meraikan perbezaan pendapat, menghormati pendirian masing2..politik is part of our life..nak tak nak, suka ke, tak suka ke, tak minat ke..semuanya terbabit dgn decision/policy making from politicians..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1000x idah setuju dengan pendapat kak nohas tu... :D oh yer... dan + Like juga... ;)

      Padam
  8. berbeza dalam pahaman politik tak semestinya kita kena bermusuh..rasanya tak salah pun kalau akak menyatakan pendirian akak..orang yang bijak adalah orang yang menghormati pendirian orang lain..orang yg fanatik nie kita flying kick jer bulu idung dia.

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  9. Saya tak kisah pun... itu hak masing2 kan.. Kita kan rakyat Malaysia hehee.. Apa yg penting, semangat ukhwah dpt dipereratkan sempana Syawal yg mulia ini. Semoga apa yg baik dipermudahkan Allah utk kebaikan agama, bangsa & negara kita... aamiin.

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D