Amat tersentuh hati membaca kisah ibu malang ini... mungkin kita menganggap situasi ini berlaku hanya dalam drama di televisyen... tapi tanpa kita sedari fenomena ini memang benar berlaku dalam kehidupan dunia sementara ni... lebih² lagi di sekeliling kita...
Benarlah kata pepatah... seorang ibu boleh menjaga 10 anak... akan tetapi 10 anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu... jika seorang ibu itu menyusahkan kehidupan anak²nya sekalipun... amatlah tidak wajar seorang ibu dibuang sebegitu rupa... ditinggalkan tanpa hala tuju... memandangkan jasa puluhan tahun seorang ibu melahirkan, membesarkan dan menumpahkan keringatnya demi seorang yang bernama Anak...
Jika anak² tidak dapat memberikan masa dan perhatiannya kepada seorang ibu atau bapa... boleh saja dihantarkan mereka di Rumah Orang² Tua/Warga Emas... akan tetapi carilah rumah yang BERBAYAR kerana perhatian dirumah itu sepatutnya lebih baik dari rumah kebajikan. Dan bila² masa boleh saja ziarah dan ambil mereka. Bukanlah idah ingin menyokong perbuatan ini... cumanya setidak²nya ibu itu tidak dibuang terus atau ditinggalkan begitu saja tanpa pembelaan...
Percayalah setinggi mana pelajaran kita, sehebat mana kehidupan kita, namun tanpa doa dan restu dari seorang yang bergelar IBU... kehidupan kita tiada keberkatan dan tidak bermakna... oleh yang demikian... hargailah ibu, sayangilah ibu selagi umur dikandung badan...
Andai kisah ini benar... semoga anak² ibu ini sempat menyesali perbuatan mereka dan mendapat keampunan dari ibunya... dan ibu ini juga mendapat hak kasih sayang dan perhatian yang sewajarnya dari anak²nya... walau setinggi gunung pun dosa ibu ini... wallahualam...
Semoga kita dapat menjadi anak yang senantiasa menyenangkan hati ibu kita sehingga ke hujung nyawa...
Semoga kita dapat menjadi anak yang senantiasa menyenangkan hati ibu kita sehingga ke hujung nyawa...
Idah Sayang Mak....!!! <3 :*
kesiannya..sampai macam tu sekali kan
BalasPadamsampai hati anak dia buat camtu... hurm :(
BalasPadamkesiannya makcik tu...nak nangis tengok...:((
BalasPadamsemuga Allah membuka hati anak2nya untuk mengambil ibu mereka..buang yang keruh ambil yang jernih.. jangan sampai menyesal apabila beliau telah tiada,..
BalasPadamkesiannya... semoga Allah beri hidayah kepada anaknya
BalasPadamkesiannya..:)
BalasPadamJangan samapi jadi anak derhaka. Ujian dunia yang ganjarannya syurga..
BalasPadammereka lupa ye, dari mana mereka datang jika tidak dari rahim seorang ibu.. allah..
BalasPadamSemalam masa jalan-jalan kat Jln TAR, terjumpa sorang mak cik yang ditinggalkan anak jugak..hmm..kesian sangat...
BalasPadamKesiannya... kasih ibu membawa ke syurga.. Kita semua kena ingat tu.. astagfirullah...
BalasPadamya Allah..ada jgk manusia yg sanggup buat begitu..hiashh..geram je dgr
BalasPadam