Assalamualaikum...
Petang ini lebih kurang jam 2 petang... di khabarkan bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim Dato Menteri Besar Selangor akan menghadap Tuanku Sultan Selangor bagi membincangkan berkenaan kemelut yang melanda Selangor ketika ini...
Banyak desas-desus yang mengatakan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor... atau pilihan lainnya... meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar...
Namun begitu... sebagai rakyat marhaen dan juga orang yang pernah bekerja untuk memenangkan beliau sebelum ini... idah secara peribadi berharap agar Tan Sri Khalid Ibrahim TIDAK AKAN MEMBUBARKAN DUN SELANGOR atau PARLIMEN yang disandanginya ketika ini...
Cukuplah apa yang telah berlaku... hapuskan dendam di hati... fikirkanlah rakyat yang berada di bawah ini... rasanya belum hilang lelah ini dan rakan² ketika membantu pada pilihanraya umum lalu... jangan hanya kerana kata² dua tiga orang yang tajam menusuk hati... kami rakyat jelata yang menjadi mangsanya...
Sebaiknya berundurlah dengan secara baik... Insya Allah nama mu akan senantiasa terpahat di hati kami... walaupun kita tidak akan bekerjasama lagi... namun begitu kenangan pahit manis bekerja bersama tidak akan mudah untuk dilupakan... semoga TSKI diberikan petunjuk olehNYA dalam membuat sebarang keputusan yang terbaik demi masa depan rakyat Selangor... :|
*** Kemaskini - Setelah menghadap Sultan, TSKI memohon meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor. Alhamdulillah... bermakna tiada la pilihanraya... TQ Tan Sri (y)
harap Tan Sri Khalid kekal sebagai MB dan terus berkhidmat untuk rakyat Selangor andai itu yang terbaik .Allah Maha Mengetahui ...
BalasPadamapa saja yang terbaik...
BalasPadamx phm dgn pmainan politik skrg tp rsnya yg skrg pon dh ok
BalasPadamHarap yg terbaik utk Selangor...
BalasPadamRamai yang tak sabar untuk memilih kerajaan baru. Penat kot dengan peel sesetengah pemimpin yang meletakkan kepentingan peribadi lebih dari kepentingan rakyat. Too much for Selangorian...Nway All the best TSKI...
BalasPadam'kepentingan peribadi'??? ermmm... :D ekceli kurang tepat istilah itu dalam kemelut di Selangor ini... hanya media saja yang mensensasikannya... criter SEBENARnya TSKI perlu diturunkan tidak ramai yang tahu... kerana spekulasi media telah mendahului... dan kalau diceritakan pun adalah umpama meludah ke langit... terkena ke muka sendiri... jadi jalan selamat biarkan ajer apa media nak tulis... lambat laun kebenaran akan tersebar juga akhirnya... kalau sapa nak tau criter sebenar... jom kita ngeteh... tak boleh la sembang kat media sosial nie... ;)
Padamentahlah..do know what to say..sekadar di pinggiran..
BalasPadamHarapnya TSKI dapat bertindak bijak dan tidak terperangkap dengan dendam. Masa depan rakyat dan negeri Selangor lebih penting dari segalanya. Tapi, dalam politik Malaysia sekarang ni, susah nak jumpa orang yang mendahulukan rakyat dari agenda peribadi.
BalasPadamStuju..! rasanya dalam Msia nie TGNA jer kot yang mendahulukan rakyat dari kepentingan dirinya sendiri...
PadamAkak pon berharap macam Idah..apapon harap yg terbaik untuk Selangor.,.:)
BalasPadamTSKI tidak berdendam, beliau profesional sebagai ahli ekonomi dan politik. Segala yang berlaku adalah mengikut cotak dan gaya politik Malaysia yang baru nak berkembang.
BalasPadamMaaf..silap....Bukan "cotak" laaa,tapi "corak".... CORAK DAN GAYA POLITIK MALAYSIA YANG BARU HENDAK BERKEMBANG. Ada dalam ruangan "Bicara Selasa" akhbar Sinar Harian 26 Ogos 2014 (hari ni). Baca laa.
BalasPadamYa, kata Sylarius Yusof....kini susah kita nak jumpa politikus yang mengutamakan rakyat daripada kepentingan diri. Jika kita bersua, sdr Sylarius, kita boleh bercakap tentang tajuk ni. Baca ruangan "Bicara Selasa" hari ni, (dalam Sinar harian 26 Ogos 2014), dan saya memang memerlukan orang pandai untuk bertukar2 fikiran
BalasPadamBerdoa yg terbaik utk Selangor. .
BalasPadamKita doakan yg terbaik shj utk kebaikan kita semua juga... aamiin..
BalasPadamdoakan yang terbaik buat kerajaan selangor
BalasPadam