Beberapa rakan ada meminta agar idah kongsikan Resepi Yee Mee Kantonis... selepas membaca entry aksi Adelia makan Yee Mee Kantonis minggu lepas... huhuhu... pandai Adelia buat iklan kan... ramai pula yang teringin... :D
Gambar tak berapa nak ada... ini pun versi yang Cik Epah masak tu hari... yang ringkas jer ni... banyak barang yang dia tak letak pun... :)
Sebagai memenuhi hajat rakan²... idah kongsikan la resepinya di sini... cuba tau... lepas tu nanti jangan lupa bagi akak semangkuk yer... kui3x... :D
Yee Mee Kantonis
Bahan-bahan :
Yee Mee (Digoreng sehingga garing)
1cm halia muda
5 ulas bawang putih (dicincang halus)
Isi Ayam (kuantiti ikut kesukaan)
Udang Basah (kuantiti ikut suka dan dikopek kulitnya)
3 keping fish cake @ fishball (dihiris)
Sayur (ikut suka, boleh letak lobak merah, baby corn, sawi, kobis, kangkung, dll)
3 biji telur
2 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar minyak masak
½ cawan tepung jagung (dibancuh dengan air)
Cili Padi @ Cili Hijau @ Cili Jeruk (dihiris - kuantiti ikut selera)
garam dan lada sulah secukup rasa
1 kiub pati ayam
air secukupnya
Cara-caranya:
1. Panaskan 2 sudu minyak masak dan 2 sudu minyak bijan dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
2. Masukkan isi ayam, udang & fish cake.
3. Masukkan air secukupnya dan kiub pati ayam (kalau ada air stok ayam lagi baik)
4. Masukkan bancuhan tepung jagung, lada sulah dan garam secukup rasa. Kacau dan biarkan mendidih.
5. Masukkan cili padi (jika guna) dan sayuran² dan biarkan sehingga sayur betul² masak. Jika kuah terlalu pekat boleh tambah air lagi.
6. Masukkan telur, dalam seminit kemudian tutup api dan dikacau lagi.
7. Tuang kuah ke atas yee mee yang telah digoreng tadi. Sedap di makan panas² beserta cili jeruk (jika ada)
nak cuba ni cik idah..hehehe..
BalasPadammenjadik kang kita gebang ehh kat blog..tak pernah lagi buat..
sedapnya nampak :)
BalasPadamsedapnya klau mkn tngah perot lpaq ni..:)
BalasPadamNampak mudah dan sedap!
BalasPadamPeminat mee goreng, terliur pula baca ni..hehe
BalasPadamtengok yee mee... teringat mee siput... sedap sangat kalau makan dengan sambal tumis.... i love yeemee!!
BalasPadamSedap nya! terliur ni! jemput singgah ke blog SM kalau sudi :)
BalasPadamhttp://santanmanis.blogspot.com/2014/08/wira-malam-bukan-sekadar-pendekar-pilih.html
Thanks 4 sharing acik idah.. nnti farah try buat guna resepi nie...=D
BalasPadamWajib cuba ni coz mee kantonis ni favorite kita. ..Sedap...
BalasPadamsedap ni kalau makan xtoleh kiri kanan lagi...
BalasPadamyeye..nanti boleh cuba buat..
BalasPadamyummy... letak cili memang kaw :)
BalasPadamWahh.. buat makan malam pun sodap ni.. menyelerakan.. :)
BalasPadamConfirm teringin! Masuk menu utkj hujung minggu ni :)
BalasPadamAssalamualaikum dan salam singgah ptg Idah..sedapnyer yee mee kantonis tu.Mcm ni boleh lah cuba resepi Idah...makasi Idah kongsi resepi..
BalasPadamBelum pernah masak yee mee ni..boleh try nanti harap2 menjadi..biasa nya dh try follow resipi tapi x menjadi huhu
BalasPadamminta kebenaran untuk share resepi yer :)
BalasPadamhttp://ohresepiku.blogspot.com/
...
BalasPadam