25 Ogos, 2014

Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Ke-10

12 ulasan
Assalamualaikum...


Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Ke-10
 

Sambutan Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Ke-10 telah berlangsung di Stadium Melawati, Shah Alam selama 3 hari bermula dari 22 ogos - 24 ogos 2014 dengan dihadiri oleh para perwakilan dari 220 cabang di seluruh Malaysia...





Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Ke-10 - Hari 2

Idah berkesempatan menghadiri kongres ini selaku perwakilan pada hari ke-2 dan ke-3... pada hari ke-2... YB Dato Seri Dr. Wan Azizah telah memberikan ucapan dasar dan kemudiannya disusuli dengan sesi perbahasan ucapan dasar presiden oleh perwakilan dari seluruh Malaysia...





Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat Ke-10 - Hari Penutup
 

Hari ke-3 atau hari terakhir pula adalah sesi penggulungan perbahasan kongres oleh pemimpin² tertinggi parti... dan diakhiri dengan ucapan kemuncak oleh YB Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum... majlis berakhir pada jam 2 petang...



Idah tidak lepaskan peluang bergambar kenangan dengan beberapa orang pemimpin tertingi parti :D diantaranya...



Bersama YB Nurul Izzah

YB Nurul Izzah, Naib Presiden Keadilan...




Bersama Saudari Siti Aishah

Saudari Siti Aishah, Ketua Srikandi Keadilan




Bersama YB Rafizi

YB Rafizi Ramli, Naib Presiden Keadilan...




Bersama YB Zuraida

YB Zuraida, Ketua Wanita Keadilan Pusat...






Alhamdulillah... 2 hari yang penuh manfaat... banyak info², idea², pengalaman, pengajaran, perangkaan, cadangan yang di kongsi oleh para perwakilan yang boleh dijadikan sebagai bekalan untuk kami perbaiki kekurangan yang ada...



Idah tertarik dengan suatu kisah yang diceritakan oleh YB Shamsul Iskandar... ceritanya berkisah tentang Khalid al Walid r.a yang mana ringkasnya adalah seperti berikut...



Sejarah islam menceritakan Khalid al Walid r.a adalah merupakan seorang panglima islam yang digeruni oleh musuh-musuh Islam. Khalid al Walid r.a ialah seorang yang tangkas, kuat, hebat dan berketrampilan tinggi yang selalu dipilih oleh Rasulullah SAW untuk mengetuai tentera Islam dalam peperangan.



Suatu hari Khalid al Walid r.a telah menerima utusan surat dari Umar Al Khattab, mengarahkan agar Khalid al Walid r.a menyerahkan tugas jeneral/panglima tentera Islam kepada orang muda yang hebat iaitu Abu Ubaidah al Jarrah. Hal ini mengakibatkan ramai yang tertanya-tanya, namun bagi Khalid al Walid r.a ianya satu perintah yang harus ditaati dan dipatuhi oleh beliau tanpa berasa ragu-ragu dengan kepimpinan khalifah Umar al Khattab. Lalu, Khalid al Walid r.a dengan senang hati meninggalkan jawatan tersebut dengan kata-katanya yang hebat “aku tidak berperang kerana umar tetapi kerana tuhan umar”…



Apakah yang tersirat disebalik perlucutan jawatan ini? Ianya adalah bagi menunjukkan bahawa kemenangan tentera islam itu bukanlah kerana Khalid al Walid r.a, bahkan ianya hanyalah semata-mata ketentuan Allah, maka dengan sebab yang sedemikian mengakibatkan Umar al Khattab melakukan perkara yang sedemikian rupa. Ini juga untuk mengelakkan ketaksuban serta fanatik kepada seseorang pemimpin tersebut sehingga mampu gugat akidah umat Islam itu sendiri.



Pemilihan telah pun selesai... semoga semua pemimpin dan akar umbi dapat kembali bersatu... buang yang keruh, ambil yang jernih... rapatkan saf dan kembali kepada dasar perjuangan... (y)



12 ulasan :

  1. bestnya boleh amik gamba ngan nurul izzah..hihi..

    BalasPadam
  2. pemimpin datang dan pergi, perjuangan parti mesti diteruskan..

    we support you, YB Tian Chua...*from pengundi Parlimen Batu

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum dan singgah sini Idah...wah...bestnyer dapat bergambar dgn ahli pemimpin tertinggi parti...

    BalasPadam
  4. YB Shamsul Iskandar bagaikan mahu berkias apa yg terjadi kini. Teraju MB Selangor yg berpindah tangan yg awalnya kecoh kian reda kini nampaknya...

    BalasPadam
  5. wahh.. bestnya..dapat banyak pengalaman..:)

    BalasPadam
  6. jarang jumpa kisah blogger yg dpt pluang mcm ni

    BalasPadam
  7. Menarik dan beruntung acik idah dpt bersama dlm kongres ini. Pasti byk rahsia dan informasi yg boleh dapat secara terus, maklumlah...kalau dah masuk berita dan media...lain pula kisahnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... TK BM... ermm.. memang betul pun... bila baca liputan yang media buat... rasa sakit hati juga laa... sebab lain yang diucapkan... lain yang ditulis... senantiasa ada saja pihak yang nak manipulasi cerita... nak bagi sensasi la tu... tapi tak perasan ker jadi fitnah pula...

      Padam
  8. Pehh.. dgn Nurul Izzah tu hiew hiew.. terbaiklah.. :D
    Syabas kerana dpt bersama dlm kongres ini. Setidak2nya ia memberi suntikan maklumat yg tepat tentang perjuangan yg ditempuhi. Semoga terus sukses dlm memberi sumbangan utk kebaikan Malaysia!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Huhuhu... jangan jeles yer Khir... :P
      TQVM Bro... :) semoga Khir juga sukses dalam bidang yang diceburi...

      Padam
  9. kelas kak idah!suka tengok YB Nurul izzah..nampak humble je.all the best ye.

    BalasPadam
  10. betsnya dapat join aktiviti mcm ni..terbuka minda

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D