Assalamualaikum...
Tukang Kasut Pekerjaan Lumayan... Rentetan dari kisah 'Mahal Juga Baiki Kasut' idah semalam... ada sesuatu yang menarik perhatian diri ini untuk dikongsi... mari kita bayangkan kalau baiki sepasang kasut yang mengambil masa tidak sampai setengah jam itu, mendapat pulangan RM20... jika 1 hari dia hanya membaiki 5 pasang tapak kasut sahaja... ini bermakna dia telah mendapat pulangan RM100 sehari.
Woww... RM100 sehari... lumayan bukan? itu kalau hanya dia baiki tapak kasut... bagaimana pula kalau dia jahit kasut... pasti lebih mahal lagi kan... dan kalau 1 hari dia dapat lebih dari 5 pasang kasut? huhuhu... :D
Idah pasti kos yang digunakan untuk membaiki kasut tidak la tinggi... dan tidak pula membayar sewa kerana biasanya mereka menumpang di depan kedai² lain... tiada kos air atau letrik juga... ermm... lumayan bukan? :D
Dari perbualan idah dan Tukang Kasut tersebut... idah pasti dia bukanlah warganegara... andai di kawasan idah tu ada Tukang Kasut lain yang warganegara pasti idah takkan pergi pada si dia tu... kenapa rakyat kita sendiri tidak mahu merebut peluang ini?
Belia kita lebih suka memilih kerja seperti juruwang di 7-eleven, stesen minyak atau penghantar makanan segera yang mana rata² gaji mereka ini kurang dari RM10 sejam... mereka sepatutnya mengambil peluang berniaga seperti Tukang Kasut bukan warganegara itu... silap² pendapatan mereka lebih tinggi dari pegawai muda yang bekerja di bank... :)
Mungkin alasan mereka tiada kemahiran... nahh...!! ambil saja sedikit waktu untuk mengikuti kursus² pendek yang dianjurkan oleh pihak² tertentu... antaranya seperti MARA, GIATMARA dan pihak swasta...
Golongan belia ini mereka ingin bekerja... cuma kadang² tercari² peluang yang baik... maka kita sebagai ibubapa, ahli keluarga, pemimpin masyarakat atau siapa saja yang lebih dewasa dari mereka boleh memberikan idea, dorongan dan galakan kepada mereka...
Huhu... apa pun itu hanyalah cetusan rasa dan pandangan peribadi idah sendiri... segalanya bergantung kepada masyarakat dan rakyat malaysia sendiri... banyak lagi kerjaya lain yang rasanya telah di monopoli oleh warga asing di negara kita ini... terutamanya perniagaan... yang mana nabi kita bersabda 9/10 dari punca rezeki adalah berniaga...
Ok laa... cukup... cukup sudah... cukup sampai di sini saja... bak kata Nirwana Band... hihihi... nanti panjang lagi la idah membebel kan... bosan pula readers² sekalian membacanya... huhu... hari ini datang ke tempat kerja dengan tenang... tanpa jam yang teruk... ehemm... ramai yang bercuti yer hari ini... :D Selamat Beristirahat yerr dan yang sedang bekerja tu macam idah, Selamat Bekerja.... ;)
btl ckp kak idah tu/..sng btl org asing kn buat bisnes kt cni...blm tentu berlesen tu xde plak yg dtg kaco..klo warganegara sndiri yg jual2 tepi2 jln gtu cnfirm ad je yg dtg kaco ..huh!
BalasPadamItu sebabnya warga asing suka datang malaysia nie... "lubuk emas" katanya... :)
Padamorg melayu malau nak kerja macm tu..xder kelas..panas..mcm2 lagi alasan..huhu
BalasPadamErrmmm... rasanya zaman nie orang dah tak tengok dah kelas2 tu... semua dah sama level jer... yang penting masyukkk...!! :)
Padamkalo dihitung ditolak ditambah memang lumayan kak..
BalasPadambiasa la orang kita ni..ada yang malas..ada yang malu..tu yang alasan banyak..
yang untung orang luar jugak..
Siapa yang rugi??? rakyat dan negara kitaaa jugak kan... :D
PadamAssalammualaikum,.. acikidah,
BalasPadammemang tak nafikan kos membaiki kasut kat bandaraya nie agak mahal... kalau kat JB tukang kasut ini dimnopoli oleh orang kita cuma biasalah mahal .. sesuai dengan kemahiran yang dimiliki oleh mereka.. Tukang kasut ini, sering disalah ertikan... kerja golongan kelas bawahan.. tp kita silap . macam acikidah cakap pendapatan diaorang 'mencanak' daripada orang makan gaji...
mselim3
Errmmm... terfikir rasa macam nak buat part time jadi Tukang Kasut laa... :D
PadamMemang bila dicongak-congak boleh kalahkan orang yang kerja makan gaji.
BalasPadamRezeki ada di mana-mana kan,...antara kita nak berusaha atau tidak je.
Selamat memulakan minggu baru, Idah :)
Rezeki dari Allah itu luas dan datang dr pelbagai cara kan.. tukang kasut pun mampu dapat pendapatan yg lumayan..janji rajin & usaha...
BalasPadamSalam kenal sis.. follow sni:)
salam. a'ah kan sis..bole tahan lumayan :)
BalasPadamItu pun Idah kira yg mudah2 ajer.. sememangnya pendapatan mereka lumayan... belia kita memilih kerja.. itulah hasil yg didapati..
BalasPadamAssalamalaikum dan singgah ptg Idah...setuju tu Idah...kat tempat Diana kerja...kebnyakkan pekerja rakyat dari Indonesia tapi dorang kerja bersungguh...walaupun panas dan hujan di rempuhi juga untuk mencari rezeki...tapi dorg ada pass kerja sementara tau...tapi dorg memang rajin...
BalasPadamKak, saya sangat setuju. Tapi (haa...tapi tu mesti ada), kadang-kadang, mak ayah nak tengok anak-anak bekerja dalam ekon, pakai kemeja bergosok, ada line...pakai kasut kilat. Seriously, kalau diberi pilihan, saya nak je meniaga gerai dari kerja office. Dah lah masyuk, boleh kenal orang setempat. Even kalau kena rompak pon, boleh kenal perompak setempat..hehe..ayat last tu gurau je.. :P
BalasPadammaka tak peliklah klu terserempak dgn warga asing yg ada smartphone canggih yg kita sendiri x mampu nak membelinya ...
BalasPadamorang kita tak ramai nak kerja kaki lima , atau duduk tepi jalan hanya untuk baiki kasut bro... lupa pun kos sara hidup sekarang makin meningkat... aku kalau ada kemahiran, rasa macam sanggup je.. perghhh banyak rezeki yang boleh kita dapat dari pekerjaan yang kita nampak kecik je...
BalasPadamkene setepek kekeke.. belia kita suka memilih keje hahaha.. tapi dalam kes CT.. yang baru lepas grad ni CT nak aje keje sementara tapi mak ayah yang tak kasi. jadinya terperap kat rumah.. huuurm..
BalasPadamkalau macam tukang kasut ni.. macam sesuai untuk lelaki saja. sebab tempat kerja macam tak sesuai untuk perempuan.
itulah antara pekerjaan yang orang kita tak nak buat..jadi kuli..
BalasPadamhttp://acikwatie.blogspot.com/
Pekerjaan apa pun klu ada matlamat dan dibuat dgn tekun serta ikhlas pasti akan diberikan jln kejayaan. Klu kerja semata2 nak hasil utk menunjuk2 dan kesenangan material semata2 mmg tak jadi apa...
BalasPadamsetuju dgn cik idah.. tukang kasut keje nmpak sengkek je tapi tu lagi lumaya. duk tepi kedai pun bukan ada sewa. keje pun dari jam 10pg barang kali sampai ptg je.. tapi kat parit raja batu pahat org jawa tukang kasutnya. warganegara hihi
BalasPadambukan semua ada kepakaran nak baiki kasut.. sebab tu mahal servis yang ditawarkan.. tapi, Ros sedih kalau ada yang pandang rendah terhadap kerjaya ni..
BalasPadam