Assalamualaikum...
Hari² yang sungguh menyedihkan buat idah dan seluruh officemate... bilamana seorang dari rakan sekerja, teman dan abang buat kami semua telah dijemput olehNYA kembali kepada maha pencipta... gurau senda arwah En. Samsudim senantiasa terngiang² dalam diri kami dan kenangan manis tidak mudah untuk dilupakan... :(
Arwah tidak bekerja dengan kami lagi... setelah meletakkan jawatannya pada bulan jun lalu... namun arwah masih datang kerana dibayar untuk melaksanakan beberapa tugas tertentu...
Sabtu, 20 september 2014 pagi itu arwah telah datang ke DBKL untuk sesi kursus yang perlu diajar kepada staf DBKL... beberapa rakan kami juga turut membantu... arwah mengajar seperti biasa... tiada sebarang kelainan ditunjukkan... petang lebih kurang jam 4:15 petang... semasa sedang duduk mengajar tiba² kepala arwah tunduk ke atas laptopnya... dan tangan kirinya jatuh ke bawah... mujur peserta kursus yang berada dihadapannya nampak akan situasi itu kemudian pergi kepada arwah... setelah dipanggil berkali² dan ditegakkan badannya... barulah mereka² yang ada dalam dewan itu tau yang arwah pengsan...
Detik-detik terakhir arwah...
Ketika itu jantungnya berhenti... ada seorang dari staf DBKL telah melakukan pertolongan cemas (CPR)... dan kemudian jantungnya kembali berdegup... terus rakan kami ambil kereta dan angkat arwah beramai² untuk dibawa ke hospital.... itu pun kerana ambulan lambat dan juga pemandunya tidak tahu dimana lokasi bangunan DBKL... :(
Sesampai di HKL, beberapa kali juga jantungnya berhenti dan memerlukan mesin bantuan untuk bernafas... beberapa orang doktor yang merawatnya memberikan input yang negatif tentang kondisi arwah dan mengesahkan yang arwah koma... lebih kurang jam 10 malam barulah jantungnya kembali berfungsi sendiri walaupun lemah... kami rakan² yang berkampung di wad kecemasan itu berasa sedikit lega mendengar akan berita itu... arwah diberikan ubat tidur untuk direhatkan... kemudian kami sedikit demi sedikit beransur pulang kerana waktu telah menunjukkan awal pagi...
Ahad, 21 september 2014 arwah telah dipindahkan ke wad pemulihan jantung... rakan² dan kaum keluarga yang tidak sempat melawat semalamnya telah datang awal² pagi lagi... namun menjelang tengahari kondisinya semakin menurun... jantungnya berhenti lagi beberapa kali... dan akhirnya lebih kurang jam 3.45 petang arwah telah disahkan meninggal setelah pelbagai usaha untuk menyelamatkannya gagal...
Arwah telah dimandi dan dikafankan di HKL dan kemudian selepas maghrib jenazah telah dibawa ke Masjid Al-Hasanah, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi untuk disembahyangkan... selepas solat isyak... anak isteri, kaum keluarga, jemaah masjid, jiran tetangga dan sahabat handai beramai² telah menyempurnakan solat jenazah dan penghormatan kali terakhir buat arwah...
Kemudian jenazah telah dibawa ke rumahnya di seksyen 1, Bandar Baru Bangi untuk kaum keluarga dan sahabat handai melihat arwah buat kali terakhir... sungguh menyayat hati ketika isteri dan anak² arwah menciumnya buat kali terakhir... alhamdulillah... kami rakan² juga diberikan kesempatan untuk menatap wajahnya...
Lebih kurang jam 10:00 malam, jenazah dibawa keluar semula untuk dibawa ke Kelantan bagi disempurnakan... pagi tadi jam 5 pagi jenazah telah selamat tiba di Kelantan dan selesai disempurnakan jam 9 pagi... alhamdulillah...
Arwah En. Samsudim semasa hayatnya adalah merupakan seorang yang periang, suka berjenaka, pendiam tetapi kadang² terlebih ramah, suka berkongsi ilmu kesihatan dan pengetahuannya... kami semua akan merindukan lawak, senyum dan tawanya...
Semoga roh arwah En. Samsudim dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² dengan orang² yang solih... Ameen... @};
Lebih kurang jam 10:00 malam, jenazah dibawa keluar semula untuk dibawa ke Kelantan bagi disempurnakan... pagi tadi jam 5 pagi jenazah telah selamat tiba di Kelantan dan selesai disempurnakan jam 9 pagi... alhamdulillah...
Arwah En. Samsudim semasa hayatnya adalah merupakan seorang yang periang, suka berjenaka, pendiam tetapi kadang² terlebih ramah, suka berkongsi ilmu kesihatan dan pengetahuannya... kami semua akan merindukan lawak, senyum dan tawanya...
Semoga roh arwah En. Samsudim dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² dengan orang² yang solih... Ameen... @};
Al-Fatihah...
salam takziah dan al-fatihah...
BalasPadamamiinn... semoga mendapat tempat terbaik di sisi Allah SWT.
BalasPadamal-fatihah...semoga beliau tenang di sn ye cik idah...insyaAllah segala kebaikan beliau tu akan dihisap di kemudian hari...aamiinnn.
BalasPadamsalam takziah..al fatihah :(
BalasPadamInnalillah...salam takziah..
BalasPadamInnalillah..
BalasPadamAl-Fatihah dan salam takziah kepada keluarga arwah...Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman....
BalasPadaminnalillahwainnalillahirojiun..... takziah ummi...
BalasPadamAl fatihah. ajal sudah memanggilnya. takzaih untuk ahli keluarga arwah..
BalasPadamAnda di tag di sini http://mass-naim.blogspot.com/2014/09/liebster-award-2.html
BalasPadammungkin boleh mohon daripada dbkl video arwah semasa sesi latihan tu. mungkin keluarganya nak lihat.
BalasPadamSedang diusahakan bro..!
Padamsalam takziah alfatiah moga rohnya dicucuri rahmat ALLAH insya Allah.
BalasPadamal fatihah ... semoga arwah ditempatkan dikalangan orang - org yg beriman ... aaamin .
BalasPadamAmeen... amen... amen... terima kasih semua atas doa kalian...
BalasPadamAl Fatihah. Salam belasungkawa buat keluarga arwah. Moga arwah ditempatkan dalam kalangan kekasih Allah.
BalasPadamSemoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang yang soleh. Cuma saya mcm tak berapa boleh terima alasan pemandu ambulan tak tau lokasi dbkl tu
BalasPadamSemoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya & menempatkan beliau dikalangan org2 yg beriman.. Al Fatihah.. aamiin.
BalasPadamSalam Takziah dan Al-Fatihah ...sedihnya... moga keluarga arwah en samsuddin tabah...
BalasPadamAl Fatihah & Salam takziah kepada keluarga beliau. Moga arwah ditempatkan bersama mereka yang beriman...Aminn..
BalasPadamAl-fatihah..
BalasPadamajal orang kan idah, kita pula entah camne
BalasPadammoga allahyarham ditempatkan dikalangan orang yang beriman
innalillah.. doakan yang baik baik untuk arwah. al-fatihah..
BalasPadam