14 September, 2014

Mahal Juga Baiki Kasut

20 ulasan
Assalamualaikum...


Mahal Juga Baiki Kasut


Mahal Juga Baiki Kasut... Idah ada sepasang kasut yang baru jer dibeli... rasanya baru pakai 5 ke 6 kali je ke tempat kerja... tapi disebabkan tumitnya tu halus... so selalu la termasuk ke dalam lubang² kecil pada jalan raya yang tak rata... bila dah termasuk tu... tersekat pula... :'( ... itu la yang membuatkan tumit tu cepat rosak... 



Suatu hari, tumit halus tu tersekat sampai tercabut sebelah... bila dah tercabut tu... pada tumit tu ada besi... so bila berjalan, besi tu kena pada simenkan... bunyi dia aduhai... kiri kanan orang semua boleh dengar... malu jerr... dan semenjak dari itu idah tak pakai lagi dah kasut tu... :(



Sehingga la pada minggu lepas, idah cuti separuh hari hantar Kakak Atikah ke sekolah untuk menduduki exam UPSR... lepas hantar dia... idah dah melangok tak tau nak buat apa... haaa.. teringat pada kasut idah tu... idah pun pergi ke Tukang Kasut yang berdekatan dengan kawasan perumahan idah... tujuan nak baiki tumit tu saja...



Mahal Juga Baiki Kasut
 

Idah hulurkan kasut pada brader Tukang Kasut tu... dia belek² kasut tu... seraya berkata... "Baiki lah tapaknya sekali... tapak ini masih baru... kalau ditaruk tapak lebih baik... lebih tahan lama dan tidak licin nanti...!" ermmm... idah tau kalau setakat baiki tumit yang sikit tu mesti dia tak nak buat... jadi dia minta idah taruk tapak pula... idah pun malas nak fikir lagi... okay saja laaa...



Idah duduk disebelahnya menunggu sambil membelek² henfon... selama idah di situ... ramai juga yang datang mengambil kasut mereka yang telah siap dibaiki... ada yang sepasang... dan kebanyakannya lebih dari sepasang... "errmm... ramai juga pelanggan dia nie..!" fikir idah dalam hati...


Tak sampai setengah jam... kasut idah pun siap... "Berapa bang...?" "20 ringgit dik..! tumit RM5 dan tapak RM15..." perghhh mahal juga... baiki tapak kasut jer pun dah RM20 kan... agak² kalau idah tambah sikit jer duit tu dah boleh dapat baru dahh... ermmmmm....! nasib la kasut tu kasut baru... kalau tidak takkan ku repair... buang saja dan beli baru... rasa tensen dalam hati... sambil merungut... gara² lubang... tak pasal² jer terbang RM20 aku... hahahaha... 



Huhuhu... itulah kisah idah dan kasutnya... :D sebenarnya idah nak sambung lagi cerita ni... tapi rasa macam dah panjang berjela pula entry nie... takut nanti ada yang berpinar mata pula kan... hehehe... okay... to be continued... ;)



20 ulasan :

  1. http://madey09.blogspot.com/ follow first ya..tq

    BalasPadam
  2. pergh mhl nye..pndi org tu kn..suh tukar tapak pdhl nk caj mhl.huhu. kasut anak sy ad yg tcabut jahitan ingt nk p anto jahit xthu la tu kne bape plak.

    BalasPadam
  3. A;ah dah boleh beli kasut baru kalau tambah sikit lagi duit.

    BalasPadam
  4. zaman dah berubah kakcik... ada yang masuk toilet pun terbang 50sen... haha

    BalasPadam
  5. nak buat camna ... redha jer lah .

    BalasPadam
  6. Sbnrnya yg mahal tu perkhidmatan dia, profesional kan..:)

    BalasPadam
  7. Lama dah saya tak baiki kasut.. mahal jugak tu...

    BalasPadam
  8. bleh tahan mhal jgak, hehe sabor jela.

    BalasPadam
  9. kasut bertumit tinggi ni xberapa baik utk kesihatan...masa muda ok jer makainya...kesannya bila dh berusia nanti..pengalaman kak la tu.

    BalasPadam
  10. Mahalnya untuk baiki kasut ni Idah....kalau mcm tu boleh kaya pembaiki kasut ni...hehe

    BalasPadam
  11. kalau jahit, sepasang 24ringgit kat tempat saya..kasut sneakers. Kulit harga lain..haha

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Kat tempat saya pun ratenya lebih kurang macam tu.
    Xpe idah, dah tambah tapak baru,..Insya Allah lebih tahan lama. At least kalau jalan licin dan berlubang, ada friction lebih kat tapak heheh

    BalasPadam
  14. kebiasaan tukang kasut ada buat sevice tinggi kn tumit tak?mohon share info..

    BalasPadam
  15. Pesakit radang paru-paru Copd

    En. Abd Kadir bin Sumardi berusia 42 tahun ialah pengguna produk jus Jutawan herbs. Beliau telah disahkan mengidap kanser radang paru-paru pada akhir tahun 2020. Petanda awal sakit yang dihidapinya ialah batuk tak berhenti selama 3 bulan. Batuk yang berkahak dan adakalanya berdarah. Setelah mendapatkn rawatan di pelbagai klinik kerajaan dan swasta ,batuk beliau tetap tak sembuh selain itu juga sukar bernafas dan dada terasa sakit sangat.
    Banyak rawatan alternatif dari produk luar yang beliau ambil tapi tak berkesan. Kemudian rawatan hospital diteruskan termasuk prosedur X-ray dan sebagainya. Doktor pun mengesahkan beliau mengidap radang paru-paru akibat dari pencemaran alam sekitar yang mengandungi bahan kimia.

    Untuk makluman, En. Ab Kadir bekerja dalam persekitaran yang mengandungi pencemaran bahan kimia. Dengan bantuan sahabatnya yg telah berkongsi testimoni pengguna-pengguna produk Jutawan Herbs yang lain di facebook Jutawan Herbs, beliau pun menghubungi saya untuk mencuba jus tersebut. Beliau mendapatkan nasihat dan pandangan daripada saya lalu saya mengesyorkan beliau jus-jus yang sesuai dengan radang paru². Alhamdulillah dalam masa 2 minggu minum jus tersebut ,katanya sekejap saja kesan sudah terasa. Batuk samakin berkurang, nafas semakin lancar dan lega, beliau terus mengamalkan 2 jenis jus yang disyorkan selama beberapa bulan sehingga masalah pernafasan dan batuk terus semakin baik. Dari pengalaman yang saya berjumpa pesakit-pesakit sebelum ini, penyakit radang paru-paru copd adalah penyakit yang tiada ubatnya dan pesakit perlu menggunakan oksigen sekiranya semakin teruk. Tapi Alhamdulillah sehingga kini beliau makin sihat dan terus mengamalkan jus ini. Syukur pada tuhan atas kesumbuhan yang diberikan. Semoga maklumat yang sedikit ini dapat membantu pesakit lain juga di luar sana untuk sembuh.
    Nanti boleh hubungi En. Mohd Zuhairi dn pm sendiri testimoni2 td tu yer..😉

    9)Jadi saya mintak pd sape2 yg ada sakit kanser x kisah lah kanser apa pon...Call atau terus wasap saya sendiri okay👇🏻
    En. Mohd Zuhairi - 017468 7570


    💐Yg penting ubat nya MAMPU DIBELI dan mujarab..mudah mudahan aaminn..🤲🏼


    Call order wasap@call saya- En mohd zuhairi- 0174687570

    😁kalau wasap saya blas lambat (biasa nya sebab ramai yg wasap saya.)
    Tak pa nanti sy balas wasap pelan2 taw
    #sharepadayangmemerlukan
    #sharing is caring
    En. Mohd Zuhairi ,Pengasas Jutawan Herbs- 017468 7570

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D