07 Julai, 2014

10 Jenis Gelandangan Yang Biasa Ditemui

14 ulasan

Assalamualaikum...


10 Jenis Gelandangan Yang Biasa Ditemui


Hari ni tiba² terasa macam nak buat entry yang serius sikit... :D semenjak kebelakangan inie di dalam negara kita heboh kisah tentang kerajaan ingin membasmi gelandangan dan peminda sedekah di pusat bandar Kuala Lumpur dan tidak kurang juga pemberi sedekah pun terpalit sama akan didenda jika memberi sedekah. Oleh itu idah rasa terpanggil untuk berkongsi sedikit pengetahuan idah berkenaan beberapa jenis gelandangan yang pernah idah temui yang ada di sekitar Kuala Lumpur.




Berikut adalah 10 Jenis Gelandangan Yang Biasa Ditemui.


1. Mempunyai pekerjaan
Gelandangan ini mempunyai pekerjaan yang tetap atau sambilan, akan tetapi pendapatan yang diterima tidak membolehkan mereka untuk menyewa bilik/rumah. Hanya cukup untuk makanan dan ubatan sahaja.


2. Baru kehilangan pekerjaan.
Mereka bergelandangan kerana dilucutkan dari jawatan atau diberhentikan kerja. Tiada wang dan tiada tempat perlindungan.


3. Peminta sedekah
Gelandangan ini siang harinya dia adalah peminta sedekah. Kebiasaannya terdiri dari golongan yang mempunyai penyakit kronik atau tua.


4. Tidak waras.
Kurang siuman atau tidak waras. Dimana mereka merayau² dan tidur dimana saja yang mereka kehendaki.


5. Penagih dadah.
Golongan gelandangan penagih dadah ini biasanya tinggal di tempat² yang lebih tertutup seperti bawah jambatan, dilorong gelap dan sebagainya.


6. Terkandas di bandar besar.
Mereka ini biasanya dari kampung dan datang ke pusat bandaraya untuk mencari pekerjaan dan kemudiannya keputusan wang untuk menyewa tempat berlindung.


7. Masalah kekeluargaan
Kebanyakan dari golongan ini adalah terdiri dari mereka² yang telah berumur dan juga yang berpenyakit. Mereka mempunyai masalah keluarga dan kemudiannya melarikan diri dari pangkuan keluarga hanya kerana tidak mahu menyusahkan anak², isteri dan keluarga mereka.


8. Warga asing.
Warga asing yang ditipu oleh agent/majikan. Atau telah lama menetap di Malaysia dan kehilangan pekerjaan. Tiada tempat perlindungan dan memilih untuk menjadi gelandangan.


9. Ditipu rakan/ ahli keluarga/ orang yang dikenali
Golongan ini biasanya terdiri dari OKU. Mereka di bawa dari luar bandar ke Kuala Lumpur dengan harapan untuk mendapat bantuan/sumbangan dari pihak² tertentu. Akhirnya bantuan itu telah disonglap oleh pihak yang membawanya ke KL dan telah meninggalkan mereka terkandas di Kuala Lumpur. Disebabkan tiada wang dan keupayaan untuk bergerak, mereka akhirnya menjadi gelandangan. Tetapi biasanya golongan ini menjadi gelandangan untuk jangka waktu yang pendek.


10. Gelandangan jangka pendek.
Kebiasaannya golongan ini adalah terdiri dari mereka² yang dalam kesusahan contohnya seperti baru dihalau keluar dari rumah sewa, bergaduh sesama ahli keluarga, disamun sehingga tiada lagi wang untuk pulang ke rumah dan sebagainya.



Begitulah 10 senarai yang dapat idah simpulkan. Walaubagaimanapun ini hanyalah dari sudut pandangan dan pengalaman peribadi... jika info ini salah atau kurang tepat ianya adalah di atas kelemahan diri saya sendiri... harap dapat dimaafkan... semoga info ini dapat membuka sedikit minda kita disamping mengetahui jenis² gelandangan yang ada di sekeliling kita ini... sekian... :)


14 ulasan :

  1. oic...banyak juga jenis gelandangan sebenarnya...tapi sebenarnya bukan semua gelandangan ini jahat kan kak...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  2. oooo banyak juga jenis geladangan ni rupanya ya, thanks for sharing....

    BalasPadam
  3. bagus entri ni..buka mata yang tertutup..
    antara mereka bukan ada y mahu jadi gelandangan..

    BalasPadam
  4. banyak juga gelandangannya... kadang kala terfikir juga tak ada famili ke diaorang ni.

    BalasPadam
  5. kesiannya.. apa-apa pon punca mereka.. kita sesama manusia. Semoga dilindungi.. stanzaku

    BalasPadam
  6. kehidupan dikota ni penuh warna warni. hanya yg pernah melihat dgn mata sendiri dpt memahami

    BalasPadam
  7. banyak juga jenis2 gelendanga..sellaunya tahu yg x berumah je..tq sharing..
    menarik

    BalasPadam
  8. kebanyakkan yg jadi gelandangan ni jenis yg jadi mangsa keadaan ... semoga ramadhan ini membuka mata dan minda 'mereka' yg tiada hati nurani untuk membantu gelandangan juga berhak untuk hidup seperti org lain .

    BalasPadam
  9. Barulah nrl tahu, banyak juga jenis gelandangan... Kesian pada yang betul2 tiada punca pendapatan, tua dan berpenyakit malah kanak2 yang jadi gelandangan ni...

    BalasPadam
  10. kebanyakan yang jadi mangsa kan.. sedih bila tengok mereka...

    BalasPadam
  11. Penagih dadah tu yg sepatutnya dibentras dulu.. sedih bila org2 yg tak bernasib baik di kota ini terpaksa dilabelkan sama spt mereka bila tiada tempat berteduh & hendak dituju. Mmg sedih...

    BalasPadam
  12. Mmg sgt simpati dgn mereka, x der ke pihak berwajib ambil endah dengan perkara ini

    BalasPadam
  13. orang-orang geladangan ini sepatutnya kita santuni. Boleh jadi mereka lebih baik daripada diri kita ini. =)

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D