16 Julai, 2014

Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 2

8 ulasan

Assalamualaikum...


Dalam entry Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 1, idah sudah paparkan 6 buah keluarga yang telah skuad #alwaasikl ziarahi dan menyampaikan sedikit sumbangan... dan untuk Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 2 pula... idah akan paparkan 10 lagi keluarga...



Seterusnya pada sebelah petang lebih kurang jam 2.00... Team B pula memulakan ziarahnya... kawasan liputan mereka lebih meluas yakni dari Cheras sehingga ke Ampang dan Keramat... dan sesi petang ini juga lebih ramai aktivis yang turut serta termasuk Geng Sumbat yang pertama kali mengikuti program bersama Al-Waasi... :)


Berikut adalah keluarga² asnaf, ibu tunggal, ibu tinggal dan fakir miskin yang telah dilawati oleh Team B skuad Al-Waasi...



Keluarga 7

Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 2


Keluarga 8

Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 2


Keluarga 9


Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 2


Keluarga 10


Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 2


Keluarga 11


Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 2


Keluarga 12


Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 2


Keluarga 13


Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 2



Alhamdulillah 13 buah keluarga telah kami ziarahi... dan 3 buah keluarga lagi tidak dapat kami temui kerana kebetulan mereka tiada di rumah... namun begitu barangan sumbangan tersebut telah kami kirimkan kepada jiran terdekat dan kesemuanya telah selamat diterima oleh mereka...



Disamping memberikan sumbangan ramadhan... pihak al-Waasi juga sempat mengadakan sesi temuduga untuk anak penerima sumbangan yang tidak bekerja bagi memudahkan kami mencarikan pekerjaan yang sesuai buatnya...



Terdapat beberapa keluarga juga yang kami dapati perlukan bantuan susulan... dan selepas dari ziarah itu... kami telah mewar²kan akan situasi keluarga ini dan syukur alhamdulillah ada pihak lain yang telah turun memberikan bantuan susulan... walaubagaimanapun A-Waasi akan tetap berhubung dan bertanyakan akan keadaan keluarga² ini dari masa ke semasa...



Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 2

Syabas Team B (y)... Alhamdulillah... selesai sudah penyerahan Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ... amanah telah kami laksanakan... semoga keluarga² yang telah dibantu ini berlapang dada dan dapat menghabiskan sisa ramadhan ini dengan lebih bersyukur dan tenang... :)





“Orang yang mengusahakan bantuan (pertolongan) bagi janda dan orang miskin ibarat berjihad dijalan Allah dan ibarat orang solat malam. Ia tidak merasa lelah dan ia juga ibarat orang berpuasa yang tidak pernah berbuka.” 
(Hadis Riwayat: Imam Bukhari)




p/s : Siang ini idah half day lagi kerana menghadiri Program Motivasi Ibubapa Dan Murid Tahun 6 :)


8 ulasan :

  1. Alhamdulillah dengan bantuan sebegini dapat meringankan sikit beban yg mereka tanggung..=D

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..teruskan usaha murni anda ye al Waasi

    BalasPadam
  3. hebat acik idah dan kawan
    saya sendiri pun tentu melakukan perara yang serupa

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah. Bantuan kepada golongan yang memerlukan dalam masyarakat kita ni kira fardhu kifayah la. Menunaikan tanggungjawab anggota masyarakat. Kalau takda pihak yang sudi tampil hulurkan bantuan, entah siapa lagi yang kita boleh harapkan. JKM? Boleh jugak, tapi kena isi borang dulu la. Haha

    BalasPadam
  5. salam. alhamdulillah kak..mampu meringankan beban mereka :)

    BalasPadam
  6. alhamdulillah idah, moga beban mereka dpt diringankan..tmbh2 di bulan ramadhan ni. kami di jkm pon ada buat program ala-ala cam gini gak :)

    BalasPadam
  7. alhamdulillah
    sama2 kita membantu mereka yang memerlukan :)

    BalasPadam
  8. Semoga kegembiraan mereka2 yg kurang bernasib baik menajadi keberkatan buat anda semua... aamiin.

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D