15 Julai, 2014

Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 1

11 ulasan

Assalamualaikum...


Sabtu baru² nie... idah sibuk dari pagi sampai ke tengah malam... hehehe... mengalahkan YB pula akak ni kan... :D program penuh seharian... pagi program Al-Waasi... tengahari program bubur lambuk dan malamnya pula #freemarketpandanprihatin...


Alhamdulillah... masih diberikan olehNya kesihatan yang baik dan masa yang terluang untuk berbuat kebajikan... :D


Sabtu seawal jam 10.30 pagi... idah dan rakan² #alwaasikl sudah bersedia untuk melaksanakan program Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0... untuk program ini... kami telah memilih sebanyak 16 buah keluarga untuk menerima sedikit sumbangan makanan dan juga wang tunai bagi meringankan beban mereka dalam menjalani ibadah puasa di bulan yang mulia ini... 



Bagi tujuan penghantaran sumbangan... kami telah membahagikan kepada 2 team... team A telah diketuai oleh idah sendiri yang bermula seawal jam 10.30 pagi dan team B pula diketuai oleh En. Rafizal yang bergerak bermula jam 2.00 petang... team B juga turut disertai oleh sebuah group Geng Sumbat yang ingin turut sama membantu...


Penerima² sumbangan adalah terdiri dari ibu tunggal, ibu tinggal, warga emas dan juga asnaf fakir miskin... yang meliputi kawasan Cheras, Ampang dan Keramat... setiap informasi bagi keluarga² ini pihak kami rekodkan bagi tujuan bantuan susulan jika perlu... 



Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 Siri 1 ini idah paparkan keluarga² yang telah Team A ziarahi... berikut adalah penerima² sumbangan... :)



Keluarga 1

Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 1


Keluarga 2


Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 1


Keluarga 3


Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 1


Keluarga 4


Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 1


Keluarga 5


Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 1


Keluarga 6


Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ~ Siri 1




Skuad Al-Waasi Kuala Lumpur

Ini adalah aktivis #alwaasikl yang menyertai Team A... :D



Segala sumbangan bagi program Bantuan Ramadhan Al-Waasi 2.0 ini adalah dari beberapa individu yang prihatin... kami pihak Al-Waasi hanya membantu mencari penerima yang layak dan menyampaikan sumbangan sahaja... 




Terima Kasih diucapkan terutama kepada para penyumbang yang bermurah hati untuk berkongsi sedikit rezeki mereka bagi diberikan kepada insan² yang kurang bernasib baik dan tidak lupa kepada semua aktivis Al-Waasi dan Group Geng Sumbat yang telah turut serta dalam menjayakan program ini... Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalasnya... all the best to all of you... and engkorang memang #tamakpahala kan... :D






11 ulasan :

  1. In sha allahbsemoga allah gandakan pahala bg niat yg baik ni

    BalasPadam
  2. SEMOGA BANTUAN ALWAASI MERINGANKAN KESUSAHAN HIDUP MRK MENJELANG LEBARAN...

    BalasPadam
  3. salam. teringin sy nak ikut aktiviti macam ni...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah..Rezeki Ramadhan buat mereka yang memerlukan...

    BalasPadam
  5. alhamdulillah . tlg meringankan beban orang lain , insha Allah , allah akan kurangkan beban kita pula ...

    BalasPadam
  6. Dibulan yg mulia ini.. semoga Allah jua yg menggandakan pahala kebaikan & keberkatan dlm kehidupan anda semua... aamiin2 ya Rabbal alaamiin..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah..semoga bantuan yang diberi meringankan beban kehidupan seharian mereka di bulan Ramadhan ni..

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah..mesti seronok penerima sumbangan, walaupun kecil, tapi cukup bermakna kanbuat mereka :-)

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah...Mestri penerima bantuan nie rasa sangat terharu..sekurang-kurangnya mereka tahu yang masyarakat kita masih perhatin terhadap mereka ini..paling penting thumbs up untuk group Al Wassi....

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  10. saya hormati kerja yang acik idah dan kawan-kawan lakukan
    bukan semua manusia boleh buat perkara yang sama
    teruskan usaha murni ni ye

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D