30 Mei, 2014
29 Mei, 2014
Monopod, Selfie Dan Anak-Anak
Assalamualaikum...
Semenjak dua menjak inie... boleh dikatakan satu dunia sebut tentang Monopod dan Selfie nie... dah jadi macam fenomena dan trend pula... tapi selagi ianya tidak menyalahi batas agama dan sensitiviti... apa salah nyer kan... kan... kan...
Haha... idah pun terkena juga jangkitan trend ini... huahuahua... segalanya sebab ada kawan yang jual... ermmm tu yang TERbeli tu... :D ... so ini Monopod acikidah... kaler pink u... monopod nie pun ada kisahnya... ekceli semenjak beli idah pernah guna sekali jer... pastu 1 hari tu idah bawak pergi ada satu majlis tu laa... tiba² Monopod idah nie hilang di situ... oleh sebab orang ramai kat event tu... so idah memang tak harap la akan jumpa semula... huhuhu...
2014
,
anak-anak
,
gadgets
,
officemate
,
posing
28 Mei, 2014
Lunch Hari Ini ~ Nasi Kandar Ayam Kuah Hitam Haji Ibramsha
Assalamualaikum...
Uols dah lunch?... :D makan aper hari nie? Alhamdulillah... idah dah selesai dah... hari ni tah apa mimpi terasa nak makan nasi pula tengahari nie... selalu idah jarang lunch berat² nie...
Sedari malam tadi teringin macam nak makan nasi kandar... pagi nie pun datang office dah niat tengahari nak makan nasi kandar... hehe.. breakfast sanggup tak nak makan... minum jerr... nak berikan space untuk makan berat lunch ini... :D

Kebetulan pula hari nie tak ramai geng makan kat ofice nie... ada yang pergi site lain... ada yang MC... ada yang nak keluar dating dengan husband... ada yang diet... ermmmm... so akak lunch sorang la hari nie gamak nyer... tapi sebab dah teringin tu kan... ku gagahkan diri juga berjalan sorang² dari Jalan Raja Laut ke Jalan TAR... semata² nak cari Nasi Kandar Ayam Kuah Hitam Haji Ibramsha... :D
27 Mei, 2014
Rezeki Datang Bertempek Di Pagi Hari
Assalamualaikum...
Hehehe... tahapa² punya tajuk tah idah nie... ermm... biar laa ini kan belog akak... so suka la nak taruk tajuk apa pun kan... hahaha...
Rezeki siapa la yang Datang Bertempek Di Pagi Hari tu kan... ehemm... ehemm... Alhamdulillah... rezeki akak laa... ngeee.... :-D murahnya rezeki ku pada hari ini...
Alkisah....
Pagi nie masa tengah nak bersiap² pergi kerja... tiba² en. suami ku hulurkan Note Seratus sekeping... ehem... ehemm... dalam pada purse kita tinggal anak² ikan jer kat dalam tu kan... tiba² jer dapat seratuss... perghh bersyukur sesangat... macam mati hidup semula rasanya... hehehe... yer laa nie kan dah nak hujung² bulan nie... so nak menyampaikan ke gaji tu adoii... paham² jerk laa kan... hehehe...
26 Mei, 2014
23 Mei, 2014
FreeMarketMCOBA @ Pasar Percuma
Assalamualaikum...
Sekali lagi idah dan Skuad Al-Waasi telah dijemput untuk menjadi contributor/penyumbang bagi program FreeMarket atau Pasar Percuma yang telah diadakan pada hari minggu lepas di belakang Bangunan MCOBA, Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur... kami berasa amat berbesar hati kerana dapat menyumbangkan sesuatu kepada komuniti...
2014
,
AL-WAASI
,
freemarket
,
kebajikan
22 Mei, 2014
Hadiah Untuk Si Kembar
Assalamualaikum...
Pagi nie idah kena dengan budak² opis nie lagi... dorang nie suker betul dera idah tauu... asal ada jer teammate yang dapat baby... mesti akak yang kena decorate kan hamper/hadiah tu... padahal beli kat sogo tu boleh jer budak² customer service tu wrap kan... haishh...
Kali ini hadiah untuk anak² Faizal pula... alhamdulillah... dia dapat anak kembar tau... dua² lelaki... :D sorang nama Farid dan sorang lagi namanya Fadil... itu nama pendek laa... namanya panjangg... budak² sekaranngg nama panjang² belaka... ;) iskhhh geram betul anak orang nie... rasa cam nak picit² pipi tembun dia tu... hehehe... suka² jerrr nak picit anak orang... :D
2014
,
dekorasi
,
hadiah
,
officemate
21 Mei, 2014
20 Mei, 2014
Testing Blogging From Samsung Galaxy Tab

Ehsan : google.com
Selamat malam...
Tak tidur lagi???... idah nie... badan penat mata pun dah mengantuk... tapi otak nie belum nak berhenti lagiii....!
Dah malam nie tetiba gatal pulak nak cuba blogging guna tablet nie... perrghhh mencabar juga yer... selain dari menguji kesabaran... hik3x
Ini tah apps yang keberapa idah install dan uninstall... semua ada jer yang tak kena... hang laaa... payah laaa... akhirnya guna apps Blogaway For Androids nie... baru ok sikit tapi itu pun masih terkial-kial lagi nie....
Rasa-rasanya blogging menggunakan tablet/smartphone nie bukanlah mudah dan idah pun tak gemar laaa... tapi boleh laa kalau sekali sekala agak2 malas nak on laptop tu...
Okay laa... esok nak keje... nak kena tidur nie...
Good nite uols and have a good rest.... ;)
Sekian.. Wassalam....
Posted via Blogaway
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
Assalamualaikum...
Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1 bermula dari 20/5/2014 SEHINGGA 22/5/2014, jam 9.45 a.m... Semua blogger tak kira yang baru atau lama, femes atau tidak, retis atau tidak dijemput untuk memeriahkan segmen ini... Tujuan? Pertama, haruslah nak pilih 10 orang blogger yang bertuah untuk masuk bloglist Bubblynotes.Com dan nak rapatkan lagi silaturahim sesama kita, follow memfollow untuk semua blogger2 yang menyertai segmen ini. Pemenang segmen akan dipilih oleh pakcik Random.Org...
Hanya 4 Langkah Mudah Diperlukan:
1. FOLLOW blog Bubblynotes.Com
2. Buat entri bertajuk: Segmen Bloglist Bubblynotes.Com 48 Jam #1
3. Copy coding yang telah disediakan ke dalam ruangan HTML dan Publish entry. Untuk copy coding di bawah, sila HIGHLIGHT semua coding dan tekan CTRL + C secara serentak.
Sambutan Hari Ibu Dan Besday Kakak
Assalamualaikum...
Selamat Hari Ibu dan Happy Besday Kak Sham... :D cuti wesak baru nie... paginya idah pergi buat aktiviti ziarah... dan petangnya pula idah sekeluarga telah pulang ke kampung... hehehe... macam jauh jer bunyi nyer kan... padahal kampungnya kat Cheras jerr... kuikuikui...
19 Mei, 2014
Aktiviti Ziarah Cuti Wesak
Assalamualaikum...
Cuti sempena Wesak baru² nie... idah dan beberapa orang geng Al-Waasi telah pergi menziarahi beberapa keluarga yang kurang bernasib baik di sekitar Cheras... tujuan utama lawatan ini adalah untuk mengenalpasti kesusahan yang mereka alami dan juga jenis bantuan yang mereka perlukan...
Seawal jam 10 pagi kami berkumpul di suatu lokasi pertemuan dan kemudian hanya menggunakan 1 kenderaan sahaja... 3 keluarga telah dipilih untuk ziarah kali ini...
Rumah pertama adalah milik Puan Adawiyah... merupakan seorang ibu tunggal beranak 1... beliau menghidap ulser usus dan telah di potong sebahagian besar ususnya... berikutan dari itu dia tidak boleh makan sembarangan makanan melainkan susu khas yang perlu dibeli di farmasi dengan harga yang agak mahal... selain dari itu beberapa ubat-ubatan lain yang perlu di makannnya setiap hari yang harganya juga agak mahal... rumah yang didudukinya adalah berstatus sewa dengan DBKL... sewa rumah juga telah beberapa kali tertunggak... sudah beberapa kali memohon bantuan Baitulmal tetapi di tolak kerana beliau masih bekerja walaupun gajinya sering kali dipotong memandangkan cuti sakitnya yang telah melebihi had... pihak Al-Waasi akan cuba untuk membuat permohonan semula ke pihak Baitulmal beserta surat sokongan...
18 Mei, 2014
Pokok Tumbang, Bumbung Tercabut, Kereta Rosak Di Cheras.
Assalamualaikum...
Sejak kebelakangan ini di Kuala Lumpur hujan sering turun... dan turunnya kadang² menakutkan... kerana disertakan dengan angin yang kuat... petang nie pun hujan lebat juga... harap² tiada la sebarang perkara yang tidak diingini berlaku...
Petang isnin baru nie... hujan ribut... ya rabbi... sungguh mengerikan sekali... angin kuat sungguh... beberapa tempat terkena banjir kilat dan banyak juga kereta² tersekat kerana tidak dapat meneruskan perjalanan sebab air dah naik... menutupi hampir keseluruhan jalan raya...
Di Cheras... rasanya paling teruk kot mengalami kerosakan... idah sempat mengunjungi beberapa rumah yang mengalami kerosakan teruk... macam YB melawat kawasan plak idah nie kan... hehehe...
Bumbung parkir motor tercabut lalu terbang menghempap kereta² yang diletakkan bersebelahan dengan parkir motor tersebut..
16 Mei, 2014
15 Mei, 2014
The Liebster Award
Assalamualaikum...
Harap-harap belum terlambat untuk idah menyertai segmen yang julung kalinya diadakan oleh The Liebster Award ini... dalam segmen ini idah telah di tag oleh 2 orang rakan blogger fofularr iaitu Khir Khalid dan Cik Itah... Terima kasih kerana sudi tagging me... ;D
14 Mei, 2014
Seminggu Menghilang...
Assalamualaikum...
Hampir seminggu idah menghilangkan diri... dah hampir nak bersawang dah blog idah nie... hehehe... jangankan kata nak buat entry... nak jengah sekejap pun tak ada... nak tengok apa berlaku kat disini pun idakkk... so sadd... ;(
Errmm... sebenarnya idah bukan sengaja pun... cuma bermula dari minggu lepas sehingga semalam jadual akak penuhhh.... macam² yang berlaku dalam masa seminggu nie... ada suka... ada duka... nilai setiakawan... kerjasama... kepercayaan... banyak pengalaman baru yang idah timba... dan yang paling banyak ialah penattt dan tak cukup tidur... hehehe...
2014
,
aktiviti
,
Luahan Hati
08 Mei, 2014
Contoh Teladan Yang Patut Dipuji
Assalamualaikum...
Semasa Himpunan Bantah GST baru² ini... ada sesuatu yang telah menarik perhatian idah... kejam rasanya diri ini andai idah tidak mengetengahkan sesuatu yang menarik dan tauladan yang sukar ditemui pada masa kini ini...
06 Mei, 2014
Kenduri Adila Di Taiping
Assalamualaikum...
Sabtu baru nie idah ke Taiping, Perak... khas untuk menghadiri kenduri Majlis Perkahwinan Adila (officemate)....
Baru beberapa minggu lepas dia buat majlis Pengumuman Perkahwinan nyer di office idah tu kan...yang ada makan² pulut kuning tu kan... :D pejam celik... dah sampai pun hari yang ditunggu² tu... memang meriah majlisnya...
05 Mei, 2014
Gambar Luahan Rakyat Di Himpunan Bantah GST 501
Assalamualaikum...
Kelmarin idah dah upload gambar² berkisar tentang sambutan Himpunan Bantah GST 501... dan entry ini pula idah nak upload sebahagian gambar² berkisar tentang luahan hati rakyat Malaysia di Himpunan tersebut... meh kita tengok... macam² adaa... hehehe...
02 Mei, 2014
Gambar Himpunan Bantah GST 501
Assalamualaikum...
Semalam 01 Mei Pusat Bandar Kuala Lumpur dibanjiri oleh lebih dari 80,000 rakyat pelbagai kaum yang berhimpun membantah pelaksanaan GST di Malaysia... peserta² berkumpul dari beberapa tempat seperti KLCC, Puduraya, Masjid Negara, SOGO dan lain² kemudian kesemuanya berjalan kaki dan berhimpun di Dataran Merdeka...
Himpunan ini diadakan bagi menunjukkan kepada kerajaan dan pemimpin² di Malaysia ini betapa rakyat bawahan ini tertekan dengan pelaksanaan GST ini... semoga kerajaan Malaysia dapat mempertimbangkannya semula... mungkin belum sampai masanya lagi Malaysia menerima GST... pelaksanaan gaji minima bagi semua sektor mungkin perlu dilaksanakan terlebih dahulu...
Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 3
Assalamualaikum...
Bagi Penerima Bantuan Fakir Miskin Siri ke-3 ini... 5 lagi penerima sumbangan ingin idah paparkan... jika kita merasa yang kehidupan kita ini susah... lihat lah masih ada yang lebih susah dari kita... melihat kebawah membuatkan kita menjadi insan yang lebih bersyukur...
Penerima 11
Pn. Norasmah 41, merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 7 orang anak yang mana hampir keseluruhannya bersekolah... menyara kehidupan dengan membawa teksi yang disewa disamping bantuan Baitulmal sebanyak RM300 sebulan... rumah flat yang diduduki adalah berstatus sewa dengan pihak DBKL...
01 Mei, 2014
Langgan:
Catatan
(
Atom
)














