Memaparkan catatan dengan label musibah. Papar semua catatan

02 Oktober, 2014

Hujan Lebat Dan Banjir Kilat

17 ulasan
Assalamualaikum...


Semenjak kebelakangan ini setiap petang hujan... dan hujannya Ya Allah... lebat sangat²... menakutkan...



Hujan Lebat yang tiba² itu telah mengakibatkan Banjir Kilat berlaku... dan peristiwa yang terbaru adalah semalam... banyak tempat di sekitar Kuala Lumpur ditenggelami air... banyak pokok tumbang dan kenderaan yang rosak... :(




Hujan Lebat Dan Banjir Kilat - Jalan Ampang

Untuk beberapa minggu ini... rancanglah perjalanan dan pergerakan anda sebaiknya... kalau boleh elakkan berada di jalan raya dan kawasan rendah terutamanya di waktu petang dan malam...



18 Mei, 2014

Pokok Tumbang, Bumbung Tercabut, Kereta Rosak Di Cheras.

10 ulasan

Assalamualaikum...


Sejak kebelakangan ini di Kuala Lumpur hujan sering turun... dan turunnya kadang² menakutkan... kerana disertakan dengan angin yang kuat... petang nie pun hujan lebat juga... harap² tiada la sebarang perkara yang tidak diingini berlaku...


Petang isnin baru nie... hujan ribut... ya rabbi... sungguh mengerikan sekali... angin kuat sungguh... beberapa tempat terkena banjir kilat dan banyak juga kereta² tersekat kerana tidak dapat meneruskan perjalanan sebab air dah naik... menutupi hampir keseluruhan jalan raya... 


Di Cheras... rasanya paling teruk kot mengalami kerosakan... idah sempat mengunjungi beberapa rumah yang mengalami kerosakan teruk... macam YB melawat kawasan plak idah nie kan... hehehe...




Bumbung parkir motor tercabut
Bumbung parkir motor tercabut lalu terbang menghempap kereta² yang diletakkan bersebelahan dengan parkir motor tersebut..