30 April, 2014

Tanpa Bicara #13 : Mesin Jahit Pusing Tangan

12 ulasan

Assalamualaikum...



Tanpa Bicara #13 : Mesin Jahit Pusing Tangan


Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 2

14 ulasan

Assalamualaikum...



5 lagi penerima bantuan fakir miskin, asnaf dan warga emas yang seterusnya... mari kita ikuti kisah mereka semoga kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur dengan rezeki dariNya...




Penerima 6

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 2

Makcik Zaleha 71, seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian... anak²nya seramai 5 orang dan kesemuanya telah berkahwin... beliau tidak bekerja... sara hidup dengan bantuan Baitulmal sebanyak RM250 sebulan beserta pemberian anak²....

29 April, 2014

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 1

18 ulasan

Assalamualaikum...


Seperti yang idah janjikan... berikut adalah penerima² bantuan fakir miskin, asnaf dan warga emas disekitar Cheras yang berlangsung pada 26 April 2014 baru² ini...




Ada beberapa penerima yang tidak dapat kami temui kerana kebetulan mereka tiada semasa sukarelawan Al-Waasi datang ke rumah mereka... walaubagaimanapun sumbangan tersebut telah kami kirimkan kepada jiran terdekat untuk disampaikan kepada mereka...



Penerima 1

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 1

Saudara ini berumur 41 tahun... tidak bekerja... menghidap penyakit gout... isterinya seorang surirumah... mempunyai 4 orang anak dan seorang anaknya mempunyai penyakit... tinggal menyewa di flat PPRT dan sewa rumah sudah hampir 3 bulan tertunggak... 

28 April, 2014

Selesai Program Bantuan Fakir Miskin

11 ulasan

Assalamualaikum...



Alhamdulillah... selesai sudah program #BantuanFakirMiskin anjuran Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur yang dibuat pada Sabtu 26 April 2014 kelmarin... segala sumbangan telah kami sampaikan kepada semua 30 orang penerima yang kurang berkemampuan...




Para Aktivis Al-Waasi

Seramai 13 orang sukarelawan telah turun dan membantu bagi menjayakan program ini... walaupun penat naik turun tangga... meredah panas dan hujan... menahan lapar dan dahaga... namun masih terukir senyuman di wajah mereka... jelas keikhlasan terpancar... :)


25 April, 2014

Salam Jumaat Penghulu Segala Hari.

12 ulasan

...السلام عليكم






Dari Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.


24 April, 2014

Program Bantuan Fakir Miskin.

12 ulasan

Assalamualaikum....



Persatuan Kebajikan Al-Waasi akan mengadakan satu Program Bantuan Fakir Miskin bagi penduduk yang kurang berkemampuan sekitar Cheras, Bandar Tasik Selatan dan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur...




Seramai 30 orang penerima sumbangan telah dikenalpasti dan promo bagi mengutip sumbangan telah berlaku lebih kurang dalam 2 minggu yang lalu... alhamdulillah syukur pada yang maha esa... ramai individu prihatin yang tampil dan telah memberikan sumbangan mereka dalam pelbagai bentuk... ada yang memberikan tunai, beras dan pelbagai barangan makanan... 



Program Bantuan Fakir Miskin.


Program Bantuan Fakir Miskin ini akan diadakan pada Sabtu ini 26 April 2014... sumbangan yang bakal diberikan adalah dalam bentuk makanan dan pakaian.. segala sumbangan akan disampaikan oleh sukarelawan Al-Waasi terus ke rumah penerima sumbangan...





Program Bantuan Fakir Miskin.

Semalam sukarelawan Al-Waasi telah membeli pelbagai makanan lagi bagi menambah kuantiti barangan yang telah ada... kerja-kerja pembungkusan dan pembahagian dirancangkan akan dilakukan pada malam ini di suatu lokasi yang telah dikenal pasti...







Program Bantuan Fakir Miskin.


Alhamdulillah... beberapa hari lepas Al-Waasi telah menerima sumbangan tunai dari Seorang Hamba Allah pemurah yang boleh dikatakan paling banyak yang pernah kami terima... sumbangan tersebut telah disampaikan oleh beliau terus kepada setiausaha Al-Waasi...



Jika ada yang ingin menyumbang kepada Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur... boleh hubungi idah selaku Bendahari Al-Waasi di acikidah@yahoo.com atau boleh juga terus salurkan ke akaun Al-Waasi...



Bank Islam Malaysia Berhad
14238010004033
Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur





Pertamanya idah ingin memanjatkan rasa syukur ke hadratNYA... masih ramai lagi insan yang prihatin dan pemurah di luar sana yang peka dengan nasib insan² dan saudara² kita yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan... 



Bagi pihak Al-Waasi... idah ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua pemberi sumbangan² ini dan juga tidak lupa kepada para sukarelawan yang juga samada telah atau pun akan memberikan masa, tenaga dan juga diri anda bagi kerja² kebajikan ini... 
Hanya ALLAH TAALA sahaja yang dapat membalasnya... :) 





22 April, 2014

Tidur Seketika Di Siang Hari.

14 ulasan

Assalamualaikum...


Sudah beberapa kali hubby idah post kan di facebooknya tentang suatu fenomena yang berlaku di pejabatnya... 



Situasi ini dapat dilihat rata² di pejabatnya setiap hari... idah rasa ini sungguh menarik... :D 



Tidur Seketika Di Siang Hari.

1st Mini GA by NaNie DeaN

18 ulasan

Assalamualaikum...


Hahaha... baru terperasan yang KN buat GA... oleh itu sebagai tanda sokongan kepada rakan² blogger... kita join la GA yang mereka anjurkan... kan..kan..kan... :D 


Syaratnya pun mudah jerr... Jom sertai 1st Mini GA by NaNie DeaN



1st Mini GA by NaNie DeaN

21 April, 2014

Kuih Bakar Ku Lembik.

15 ulasan

Assalamualaikum...


Hari ni idah tak tau nak tulis apa... dari pagi dah sampai ke petang dah pun... ilham tak datang² juga... erkk... monday blues...



Errmm... idah nak criter kisah semalam laa... 



Semalam... makan tengahari awal... pukul 12 dah makan dah... sebabnya termasak awal... :D excited masak... orang jarang² masuk dapur... hehe... masaknya simple sup tulang dengan udang goreng berlado jerr....


18 April, 2014

Roti Lapis Berkeju Menang Pertandingan Masakan.

20 ulasan

Assalamualaikum....



Ingat lagi tak awal bulan nie... idah ada buat entry tentang Resepi Roti Lapis Berkeju... kalau tak ingat boleh klik disini...



Rupa²nya ramai juga yang suka dan dah pun mencuba buat resepi tu.... dan salah satunya adalah adik ex-officemate idah...



Beberapa hari selepas idah buat entry tu... dia ada PM idah di facebook... katanya dia nak masuk satu pertandingan memasak kat tempat dia mengajar... dan syaratnya masakan tu mestilah 1 western dan 1 lagi kuih tradisional... jadi dia minta kebenaran idah untuk gunakan Resepi Roti Lapis Berkeju tu sebagai hidangan western untuk pertandingan tu... :D



Idah beri dia sedikit tip dan berpesan... "Dah masak jangan lupa snap gambar yer..." hehehe....



Alhamdulillah... kelmarin dia PM idah lagi di facebook dan memberitahu.... 

"k.idah..kita no 3 pertandingan masak..haha....top cef mmg puji cakap resepi ni sedap..mybe kurang bab² menghias kot..hihihi..ni gambar yg sy masak..tapi xhias ngn sos lagi..hihi.."






Roti Lapis Berkeju Menang Pertandingan Masakan.
Roti Lapis Berkeju versi Nadia... :D

17 April, 2014

Selesai e-Filing.

15 ulasan

Assalamualaikum....



Alhamdulillah... hari ini ada sedikit masa terluang untuk diri ini menulis disini lagi... ;D




Semalam... jangankan kata nak blogwalking... nak tulis entry jauh sekali... tak sempat... dengan bebanan kerja dan juga... hehehe... sempat pula tue submit cukai pendapatan... *wink*





15 April, 2014

Ole-Ole Dari Mekah.

23 ulasan

Assalamualaikum...



Hampir 2 minggu kakak dan mak idah telah pulang dari mengerjakan umrah... alhamdulillah balik tu mereka semua sihat walafiat... 




Hari yang mereka pulang tu... idah ambil cuti tahun... bukan aper... ermmm sebelum mak balik rumah dia... idah kena la kemas rumah orang tua tu dulu... 2 minggu tinggal... berhabuk kan... jadi bila dia balik lihat rumah dia bersih berseri mesti dia seronok kan... ;D




Semenjak mereka berdua pulang 2 minggu lepas tu... idah tak jumpa² mereka dah... ermm.. biaser laa... akak bz... tak sempat nak melawat dorang lagi... lagi² hujung minggu... lagi penuh aktivitinya... hehehe...




Jadi sabtu lalu... selepas jumpa kawan idah yang beri sumbangan tu... idah pun mengambil kesempatan melawat kakak idah nie... ermm... panjang lebar kami bersembang... walau pun idah kena pulang awal sebab malam tu idah ada program #makanan_untuk_gelandangan .... tapi alhamdulillah... sempat juga ziarah dia... sebab masa dia balik dari umrah tu idah jumpa dia kejap jer... tak dapat criter panjang pun...




Ole-ole Dari Mekah.

Sebelum idah pulang tu... dia berikan idah ole-ole dari Mekah... Alhamdulillah... :D sehelai jubah, shawl dan sejadah.... kiter sukerr sangatt... hehehe...


14 April, 2014

Sumbangan Dari Sahabat Lama.

15 ulasan

Assalamualaikum...



Apa khabar semua... sihat? idah alhamdulillah... sihat seadanya... cuma masih keletihan dek aktiviti hujung minggu yang padat.... :D Lagipun hari ni kan isnin... "Monday Blues"... hehehe...





Okay... berkisar kepada tajuk diatas.... :D sebenarnya... sabtu petang yang baru nie... idah ada terjumpa dengan seorang sahabat lama... ekceli bukan 'terjumpa' la... memang petang tu kami calling² untuk buat satu perjumpaan singkat... Nama manjanya Intan...  ;)





Sumbangan Dari Sahabat Lama.

12 April, 2014

3rd Anniversary Giveaway by  ChipmunkandBarney.

19 ulasan

Assalamualaikum...


Alhamdulillah. Pejam celik, pejam celik. Tanggal 8 April 2014 maka genaplah tiga tahun. Bersempena birthday blog yang ke tiga tahun ini, I dengan sukacitanya menjemput anda dan anda untuk memeriahkan lagi giveaway ini. 


Syarat-syaratnya adalah seperti berikut :

11 April, 2014

Ulasan L'oreal Paris Base Magique Transforming Smoothing Primer.

19 ulasan

Assalamualaikum....


Kelmarin idah ada janji untuk nak buat ulasan berkenaan produk L'oreal Paris Base Magique Transforming Smoothing Primer nie kan... Alhamdulillah malam nie baru dapat nak menulis panjang lebar... siang tadi sibuk sikit... so tak sempat... :D



L'oreal Paris Base Magique Transforming Smoothing Primer.

Okayy... selama lebih kurang 3 hari idah menggunakan  L'oreal Paris Base Magique Transforming Smoothing Primer nie...  berikut adalah sedikit ulasan dari idah...


10 April, 2014

Buah Tangan Dari London...

23 ulasan

Assalamualaikum....



Buah Tangan Dari London...

Haa... tengok Fridge Magnet berlatar belakangkan Double Decker Bus di atas London Bridge... 
Errmmm akak suker... suker... suker... :D




Malam kelmarin jiran tepi rumah personal message kat facebook idah... hehehe... jiran moden... komunikasi guna facebook jer.. :D  dia tanya idah ada rumah tak... kerana husband dia nak hantarkan souvenir dari London... :D ermm... alhamdulillah kebetulan ada di rumah malam tue...



09 April, 2014

Panic Blog Kena Hack.

32 ulasan

Assalamualaikum....



Pagi² sampai office... seperti biasa on laptop dan tengok belog dulu... hehe... acikidah.blogspot.com.... maka terbuka la page itu... dan..... 



2 saat kemudiannya...



Tringgg.....!!! sudah menjadi page lain.... aikkk!!...



08 April, 2014

Beli L'oreal Paris Base Magique Transforming Smoothing Primer.

12 ulasan

Assalamualaikum....


Pagi tadi sampai jer office idah makan nasi lemak... sedangkan kat rumah dah breakfast dah kentang goreng... hehehe... mak budak nak membesar... :D



Jadi tengaharinya tak makan dah... sebab breakfast dah double kan... :D ermm... lunch hour terfikir nak pergi SOGO la... dengan harapan nak cari aper ekk???



Hehehehe... nak cari Garnier BB Cream... bukan nak beli lagi... baru nak survey jer...



Giveaway by Sha Malek.

65 ulasan

Assalamualaikum...


Ini adalah GA yang paling sempoi syaratnya yang pernah idah sertai... hehehe... tidak melibatkan facebook mahupun instagram... yang lagi pelik tu tajuk entry pun ikut suka² kiter jer... :D


Pemenang dikira siapa yang paling banyak menerima komen... haa... korunk komen entry nie banyak² yerr... moga² menang... hehehe... muashhh tengkiu... :D join pun dah lewat ada hati nak menang... kui..kui..kui... :D


Giveaway by Sha Malek.

Setiap peserta diminta untuk meletakkan gambar tuan empunya blog sedang memakai dress... gambar sorang tak ada... berdua tu aci tak? ;D


07 April, 2014

Jamuan Pengumuman Perkahwinan.

13 ulasan

Assalamualaikum...


Alhamdulillah.... seorang lagi rakan sekerja idah bakal mendirikan masjid... giliran kali ini adalah Project Admin kami Cik Adila... :) 




Sempena mengumumkan masjlis perkahwinannya... beliau telah mengadakan sedikit jamuan minum pagi untuk kami satu office... 





Juadah Minum Pagi

Ada pulut kuning, rendang daging, nasi lemak dan lain-lain.... beserta air kopi (akak buat tau)... :D

04 April, 2014

Selalu Memaafkan Orang...

28 ulasan

Assalamualaikum...



Ini criter semalam... pagi² seperti biasa bersiap fizikal dan mental untuk ke tempat kerja...




Selalu Memaafkan Orang...

Hehehe... nak pergi kerja pun sempat selfie lagi... :D ... aper penyakit ko dah kena nie acikidah oii... :D nie semua gara² instagram laa nie... ;(

Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah

10 ulasan

Assalamualaikum...



Grand Opening Giveaway by HaneulAfiqah




Alhamdulillah... berkesempatan juga idah turut serta dalam Grand Opening Giveaway anjuran HaneulAfiqah nie... mesti rasa ralat kalau tak sempat... sebab tuan empunya blog sendiri yang dah datang jemput kita... bukan aper... hampir terluper... :D


03 April, 2014

Cubaan Masker Putih Telur...

23 ulasan

Assalamualaikum...



Sebelum tidur kelmarin... idah teringat nak cuba Tip Menghilangkan Whitehead oleh blogger Cik Itah... hehehe... konon dengan harapan nak la nampak whitehead tu keluar bertempek² macam gambar kat entry Cik Itah tu kan... hehehe...




Mula² mestilah kena cuci muka dulu bagi bersih... mengikut entry Cik Itah... wap dibuat selepas tempek masker putih telur tu kan... tapi idah ngada buat ikut kepala sendiri... rasanya tak kena tangkap pun kot... hehehe.... 

So idah wap muka dulu... masak air dalam cerek... dah masak air tu... bukak jer penutup cerek tu... haaa.. keluar wap dia tu kan... letak la muka kat atas cerek tu... hehehe... itu kerja orang 'asal boleh ' yer... korunk jangan la ikut camtu kan... buat la proper... :D




Cubaan Masker Putih Telur...

01 April, 2014

Cubaan Kedua Dan Resepi Roti Lapis Daging Berkeju.

30 ulasan

Assalamualaikum...


Ahha... semalam idah janji nak bagi resepi Roti Lapis Daging Berkeju kan... itu pun setelah cubaan kedua untuk mengejas resepi awalnya... 



Kalau cubaan pertama idah menggunakan daging... tapi untuk cubaan kedua ini... idah telah menggunakan ayam pula sebagai intinya... :D



Cubaan Kedua Dan Resepi Roti Lapis Daging Berkeju.

Tarannggg... amacam?? terliur tak tengok? :D


Tinjauan Untuk Kem Cuti Sekolah...

16 ulasan

Assalamualaikum...



Insya Allah.... jika diizinkan olehNya... idah dan rakan² sedang merancang untuk menganjurkan Kem Cuti Sekolah untuk remaja belasan tahun yang bakal diadakan pada musim cuti sekolah nanti... 





Perbincangan dilakukan bersama pengusaha.

Oleh itu... sabtu lepas... idah dan beberapa orang team Al-Waasi telah ke Hulu Langat bagi tujuan untuk tinjauan lokasi dan juga sebutharga dari beberapa pengusaha...