22 April, 2014

Tidur Seketika Di Siang Hari.

14 ulasan

Assalamualaikum...


Sudah beberapa kali hubby idah post kan di facebooknya tentang suatu fenomena yang berlaku di pejabatnya... 



Situasi ini dapat dilihat rata² di pejabatnya setiap hari... idah rasa ini sungguh menarik... :D 



Tidur Seketika Di Siang Hari.



Mungkin ada yang tidak tahu... tidur seketika di siang hari ini adalah merupakan suatu sunnah dan amalan Nabi Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW dan para sahabat... 



“Lakukanlah Qailullah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak melakukan Qailullah.”
(Hadis Riwayat At-Tabrani)




Apa itu qailullah? Qailullah adalah dalam bahasa arab yang bermaksud tidur seketika atau nap pada siang hari/tengahari.





Tidur Seketika Di Siang Hari.



Jika mereka yang bukan islam percaya bahawa tidur seketika di siang hari itu dapat mendatangkan kebaikan kepada tubuh badan mereka... kenapa tidak kita yang muslim ini... 




Jika sudah namanya sunnah... sudah pasti ada pahala dan juga kebaikan/hikmah dari perbuatan tersebut bukan... ;)





Sesuatu yang mudah, simple, baik, dapat pahala.... tapi tidak kita hiraukan... ermm mungkin sesuatu yang baik untuk kita mula amalkan... :D




14 ulasan :

  1. so conclusionnya kalau ada peluang dan ruang marilah kita take a nap seketika di siang hari.... jangan terlajak sudah....

    BalasPadam
  2. Tidur sekejap tu memang sunnah cik idah... tetapi yg kita ni selalu terlajak sudah tido tengahari tu... :)

    BalasPadam
  3. Masalahnya farah ssh nk tido siang.. huhuhu

    BalasPadam
  4. betul jugak tu sbb sejam sebelum zuhur sy rasa cukup mengantuk..

    BalasPadam
  5. gunakan masa yg ada untuk tidur sebentar pd waktu tengahhari.

    BalasPadam
  6. Benar! Setiap sunnah, saranan dan perlakuan Rasulullah saw itu pasti ada hikmahnya.

    BalasPadam
  7. Betul tu.. aktiviti kegemaran saya juga lepas lunch klu line clear.. mmg segar membawa ke mlm.. waktu pun rasa relax je walaupun bnyk urusan seharian.. nice sharing.. saya pun sayang Rasulullah.. :)
    Selawat & salam keatas junjungan besar Baginda Rasulullah saw...

    BalasPadam
  8. akk ada terbaca, sunnah juga tidur 10-15 min sebelum waktu zuhur, dlam kul 12 pm tu...supaya senang bangun qiyam mlm...

    BalasPadam
  9. Thanks for sharing....penguat semangat utk ikut sunnah Rasulullah...

    BalasPadam
  10. Assalammualaikum... acikidah,

    Terima kasih .. nice sharing suka mselim3 membaca... walau ringkas tetapi padat. Tidur sebentar di tengahari adalah amalan sunnah..

    mselim3

    BalasPadam
  11. Sekarang ni pun memang ada studies yang menunjukkan kebaikan quick nap di tempat kerja ni. Quick nap ni ibarat recharge untuk tingkatkan produktiviti. Pandangan bahawa lena di tempat kerja adalah seorang pemalas, pada saya adalah, satu pandangan yang kuno.

    BalasPadam
  12. Suka nau buat benda ni. Terutama lepas solat zohor tu. Pejam kejap kat surau tu

    BalasPadam
  13. Fiza pun buat jugak kadang2.. bos Fiza kat opis mmg ambil cat nap nie hari2...

    BalasPadam
  14. klu kt off mmg x pernah buat...sbb takut tiba2 berdengkur...hehehe

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D