11 April, 2014

Ulasan L'oreal Paris Base Magique Transforming Smoothing Primer.

19 ulasan

Assalamualaikum....


Kelmarin idah ada janji untuk nak buat ulasan berkenaan produk L'oreal Paris Base Magique Transforming Smoothing Primer nie kan... Alhamdulillah malam nie baru dapat nak menulis panjang lebar... siang tadi sibuk sikit... so tak sempat... :D



L'oreal Paris Base Magique Transforming Smoothing Primer.

Okayy... selama lebih kurang 3 hari idah menggunakan  L'oreal Paris Base Magique Transforming Smoothing Primer nie...  berikut adalah sedikit ulasan dari idah...






Cara idah menggunakannya :
1. Cuci muka dan sapukan toner dan pelembab muka seperti biasa.
2. Colek sedikit Primer ini pada hujung jari dan ratakan pada muka.
3. Gunakan sedikit sahaja. Sapukan hanya lapisan nipis pada keseluruhan muka dan sapukan lebih sedikit di bahagian² yang makeup mudah hilang dan pada kawasan yang ada garis² halus.
4. Pakai foundation/2 way cake/compact powder seperti biasa ikut kesesuaian.




L'oreal Paris Base Magique Transforming Smoothing Primer.

Produk ini berwarna pink lembut dan tiada bau yang kuat. Teksturnya lembut dan licin pada jari... Haa... zaman mak² kita dulu ada produk nama hazeline snow kan... rasanya teksturnya lebih kurang macam hazeline snow... wujud lagi ke hazeline snow tu ek..? :D dia licin... jadi bila kita sapukan pada muka dia licin dan lembut jer pada kulit... 




L'oreal Paris Base Magique Transforming Smoothing Primer.


Apa yang idah SUKA tentang L'oreal Primer ini:
1. Teksturnya licin jadi memudahkan untuk kita ratakan pada kulit.
2. Dengan memakai Primer ini penggunakan produk seterusnya samada foundation atau compact powder menjadi mudah dan menjimatkan. Gunakan kuantiti sedikit jer sudah memadai tidak seperti bila kita tidak menggunakan Primer ini.
3. Yang penting ialah dia TIDAK BERMINYAK dan melekit. Memandangkan kulit idah adalah dari jenis combination to oily jadi produk yang berminyak adalah amat tidak sesuai.
4. Selepas sapukan compact/loose powder, kita boleh nampak shining pada tempat² yang perlu seperti atas hidung dan bawah mata... nampak natural sangat... glowing...
5. Bekasnya yang kecil memudahkan untuk dibawa kemana².
6. Dia juga dapat melindungi kulit dari makeup yang boleh merosakkan kulit.
7. Harganya murah. Cuma RM49.90 sahaja.





Apa yang idah TIDAK SUKA tentang L'oreal Primer ini:
1. Pembelian tidak disertakan dengan spatula, harus menggunakan jari.
2. Setelah setengah hari penggunaan, kilatan dimuka menjadi berlebih² pula sebab dah bercampur dengan minyak kulit kan... tapi apa yang idah buat... ambil tisu dan tekapkan pada wajah sahaja.. selesai masalah... tidak perlu tambah bedak pun...




L'oreal Paris Base Magique Transforming Smoothing Primer.

Tarangg...! Dah siap untuk pergi kerja... idah hanya sapukan lipstik dan light blusher sahaja... gambar diatas nie idah ambil menggunakan kamera handphone dan TIDAK menggunakan sebarang aplikasi tambahan seperti 360 atau pun Wonder Camera  dan sebagainya... yang biasa ada pada handphone... nampak glowing tak?? ;D



Ermm... dah criter panjang lebar... walaubagaimanapun itu hanya pendapat idah sahaja... bagi jenis kulit idah... dan juga jenis idah yang tidak biasa bermakeup tebal nie... keseluruhannya idah rasa produk ini tidak mengecewakan dan juga value for money... :D



Dari lima bintang... idah berikan ★★★



Selamat Mencuba... ;*)





19 ulasan :

  1. nampak glowing...tapi kalau jenis muka berminyak mcm akak, payah sikit nak pakai cream..nanti nampak berkilat..

    come modelnya..

    BalasPadam
  2. rasanya muka akak mcm muka idah le. suka oily oily pastu berpeluh lepas letak foundataion. tisu memang kena prepare sokmo.

    so, kalau tak mekap akak letak serum je muka ni. nyampah tang oily tu la.

    nak try yang ni tengok cam na. sesuai ke idak ngan muka akak ni.

    BalasPadam
  3. Kakak pun sama oily juga Idah. Sebab itu kakak kalau lunch pun tak suka keluar.
    Nampk sesuai product ini dgn Idah..

    BalasPadam
  4. wahhh menarik ni idah...plak tu x ada la mahal sangat kan...mcm idah...dah la cantik..makin cantik ler :)

    BalasPadam
  5. Orangnyer dah memang comey...bertambah comey lah..

    BalasPadam
  6. waalaikumsalam...laki-laki boleh juga pakaikah benda ini....keep happy blogging always...salam dari Makassar :-)

    BalasPadam
  7. saya barang2 perempuan ni, boleh sekadar baca je la.. hehehe

    BalasPadam
  8. selamat berhujung minggu..cantik berseri wajah idah ya...

    BalasPadam
  9. Fiza pun muke jenis berminyak.. mungkin produk nie elok sangat tuk mereka yg berwajah tidak berminyak.. tp mmg kemas la...

    BalasPadam
  10. wah.. banyak lapis kot :p FYI hazeline snow wujud lagi tau, sebab BW still guna ni, hahaha. Ni spesis malas make up, tepek hazeline snow, terus pakai compact powder ;)

    dulu time sek men guna hazeline snow. Bila masuk u, guna product branded, tapi muka sama aja cam guna hazeline tu, pas dah kawin, guna semula hazeline snow sebab dah letih cuba pelbagai produk ;)

    BalasPadam
  11. Tak reti nak komen produk wanita sbb klu saya pakai nnti Awww... All the best Idah.. :D

    BalasPadam
  12. muka akak jenis takleh sapu apa pun hatta bedak sejuk sekalipun..mesti meragam 2,3 hari lps tu...

    BalasPadam
  13. Muka nrl pun jenis combination... macam kurang sesuai kot... tapi Acik Idah memang dah comey orangnya... Pakai apapun tetap comey, & nampak natural beauty ^__^

    BalasPadam
  14. Orang cantik...calit apa saja pun tetap cantik... :)

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D