01 April, 2014

Cubaan Kedua Dan Resepi Roti Lapis Daging Berkeju.

30 ulasan

Assalamualaikum...


Ahha... semalam idah janji nak bagi resepi Roti Lapis Daging Berkeju kan... itu pun setelah cubaan kedua untuk mengejas resepi awalnya... 



Kalau cubaan pertama idah menggunakan daging... tapi untuk cubaan kedua ini... idah telah menggunakan ayam pula sebagai intinya... :D



Cubaan Kedua Dan Resepi Roti Lapis Daging Berkeju.

Tarannggg... amacam?? terliur tak tengok? :D



Dibawah ini idah sertakan resepi asal dan juga komen ** bahan mana yang idah telah adjust yer... jadi ikut suka la samada nak ikut resepi asal atau yang telah di adjust... ikut citarasa masing²... kalau nak adjust lagi pun boleh ajerr.... :D



Bahan-bahan Roti Lapis Daging Berkeju.


Bahan-bahannya Inti :
300gm daging cincang @ 4 keping daging burger (dihancurkan)  ** idah letak 500gm
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
½ paket perencah daging black pepper maggi  ** idah guna 1 paket
sedikit air
garam dan gula
minyak

12 keping roti gardenia
3 biji telur  ** idah guna 4 biji
200ml fresh milk  **idah kurangkan sedikit
8 keping any slice cheese chesdale/kraft
cheddar diparut  **idah tukarkan ke mozarella
sayur ikut suka  **idah gunakan lobak merah dan capsicum


Cara-cara :
Untuk Inti 
Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, 
Kemudian masukkan bawang besar dan daging/ayam cincang, goreng hingga garing/empuk
Masukkan sayur jika perlu
Masukkan perencah black pepper dan sedikit air, masak sehingga daging masak dan kering
Ketepikan dan biarkan ia sejuk

Untuk Roti
Ratakan mentega atau minyak disekeliling loyang untuk mengelakkan dari melekat
Bancuhkan telur dan susu sehingga sebati
Celupkan roti kedalam bancuhan susu sehingga rata dan susun dalam loyang pembakar sehingga penuh loyang untuk layer pertama (4 keping)
Tuangkan separuh dari inti tadi dan ratakan untuk layer pertama
Susun slice cheese ke atas inti
Tutup dengan lapisan roti yang dicelup dengan susu untuk layer seterusnya
Dan ulang seperti layer pertama tadi
Akhirnya tabur keju cheddar/mozarella di lapisan atas sekali
Jika ada lebihan campuran susu tadi, siramkan ke atas roti
Bakar dalam oven dengan suhu 180c selama lebih kurang 35-40 minit (sehingga masak)
Keluarkan dan... ngaappp... :D



Bancuhan Susu dan telur

Bancuhan Susu dan Telur...




Campuran Ayam dan lobak merah

Ayam dan lobak merah...




Cubaan Kedua Dan Resepi Roti Lapis Daging Berkeju.
 
Inti yang telah siap di masak... idah letakkan capsicum akhir sekali sebelum angkat... untuk mengelakkan capsicum layu... ermm... yummy... :D





Cubaan Kedua Dan Resepi Roti Lapis Daging Berkeju.

Selesai lapisan pertama...




Lapisan cheese

Letakkan slice cheese...





Sedia untuk dibakar

Taburkan parutan cheddar/mozarella di lapisan terakhir dan bakorr... :D





Roti Lapis Daging Berkeju.
 
Ahhaa.... dah siappp... sedia untuk di korbankan... hehehe...




Okay... berkenaan adjustment yang idah lakukan ialah inti tu kalau letak dagingnya 300gm rasa macam sikit... so idah pakai 500gm... dan kalau letak sayur nampak la isi tu lagi banyak... perencah black pepper idah gunakan 1 paket kerana dagingnya idah telah lebihkan... kuantiti susu pula dikurangkan kerana idah tak berapa suka rasa yang terlalu berlemak dan idah tambahkan bancuhan dengan sebiji telur lagi... topingnya pula... idah rasa mozarella lebih sedap dibuat toping daripada cheddar... tapi kalau campur pun macam best jer kannn... :D



Cubaan pertama, idah telah gunakan daging sebagai intinya... dan cubaan kedua pula gunakan ayam... dan feedback nya hubby suka ayam dan anak² pula lebih suka daging... idah?? ermm dua² pun okayy jerr.... waktu masakannya pun tak lama... hubby makan bertambah²... hehehe... dia siap beli daging dan ayam cincang tambahan lagi semalam... nak suruh buat lagi la tuee... :D



Kepada rakan² yang ingin mencuba tu.... selamat mencuba yer... dan jangan lupa bagi feedback yer kalau dah buat tue..... :D



** resepi ni juga menang pertandingan memasak tau... :)



30 ulasan :

  1. walaaaa Memang meleleh air liur akak tengok idah..

    BalasPadam
  2. perghhhh memang terliur nie ...nyuum nyum

    BalasPadam
  3. sedapnya..memang terliur la tengok..

    BalasPadam
  4. sedapnyeee.. suke blog sis nie..banyak resepi n tips.. :)

    anis singgah menabung nuffnang.. :)

    BalasPadam
  5. Yummy..yummy..sedap tu acik idah...tengok gambar je pun dah tau...

    BalasPadam
  6. Wahh.. best!!.. nak sikit hahaa...
    p/s: cantik blog.. berbunga2.. :D

    BalasPadam
  7. sedapppppnya... baru tengok gambar da sedap inikan pulak kalau masuk mulut. yum yum yummmm

    BalasPadam
  8. Macam sodap jer... bila nak hantar ke rumah... :d

    BalasPadam
  9. sangatlah terliur... weekend ni wajib try... hehe

    BalasPadam
  10. Tak terbuat saya nih! Makan boleh le... hehe

    BalasPadam
  11. beb....weekend aku cuba...nampak sedapppppp

    BalasPadam
  12. salam...uhu yummy!
    ford for u kak :)

    BalasPadam
  13. mmm... dapnya.. boleh hancuss diet kalau gini kekdahnya..

    BalasPadam
  14. Waaa... macam sedappp... leh try nanti2... ^__^

    BalasPadam
  15. macam complicated jer resepi dia kalau nak try..tapi hasilnya memang nampak menarik..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  16. sedapnye kak.. tengok gambar rasa nak makan terus...

    BalasPadam
  17. yummy... suka juga ni. tapi BW guna sos bolognese kalau letak cheese ... kalau guna black pepper atau kari, buat ala-ala murtabak roti, tak masuk tekak ni kalau boh cheese ;)

    ni nak cari bahan apa yg ada dalam fridge ni nak buat skang juga :)

    BalasPadam
  18. Sedap pula saya tengok. Kenapalah saya tak datang ke blog ni masa cuti sekolah dulu. Kalau tak boleh buat di kampung. Kalau sekarang ni, memang tak lah nak buat. Alatan pun tak cukup.

    BalasPadam
  19. fuh nampak sedap tue.. nanti boleh la cuba..=D

    BalasPadam
  20. as-salam acikidah..
    pagi tadi try buat ni tuk bekpes..sedap jugak..tengs yer share..
    mintak izin nak share kat blog jugak..hehe
    http://auntummawar.blogspot.com/2014/04/roti-cheese-inti-ayam-sedap-resepi-mudah.html

    **follow sini sekali**

    BalasPadam
  21. Sedapnya.. nnt nk try la.. bhn xcukup lg.. terimakasih kongsi resepi ;)

    BalasPadam
  22. Wallaaa sedapnya nmpk. Nak try jugak..

    BalasPadam
  23. Huhu sedapnye..nak buatlah. kebetulan ada roti gardenia expired hari ini.

    BalasPadam
  24. Sedapppp..hihi..mcm lasagna..senang je nak buat kan..

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D