03 Jun, 2014

PEPERO, Halal Ke Haram?

21 ulasan

Assalamualaikum...



PEPERO, Halal Ke Haram?

PEPERO... ermm pasti ramai yang suka snek nie kan... memang sedap pun... idah pun suka jugak... especially yang badam tue... perrghhh..!! Ini adalah antara barangan wajib yang kita akan beli kalau ke Langkawi... kan...! :D





PEPERO diletakkan di Kaunter Tidak Halal

Tapi baru² nie en. suami telah snap gambar nie masa dia pergi beli barangan dapur di Jusco... dia hantar kat idah... erkkk!!! kenapa PEPERO di letakkan di kaunter Non-Halal yer... PEPERO nie Halal Ke Haram? .... tiba² hati nie jadi was² pula... tu hari kata halal... haishh... dah banyak dah masuk perut nie... :'(



Status Halal Haram PEPERO
Source : google.com

Oleh itu idah pun cuba mencari kesahihan status halal tersebut... menurut Isteri kepada Ally Iskandar  atau dikenali sebagai ‘Farah Lee’ walaupun PEPERO tiada logo/sijil halal, namun belum tentu ianya tidak halal... dan menurutnya “pihak Halal Korea telah menghubungi sendiri pihak pengeluar (Lotte) dan telah disahkan (seperti ulasan di dalam gambar) bahawa kesemua bahan yang digunakan dalam pembuatan PEPERO adalah berasaskan TUMBUHAN.”





Kekeliruan Status Halal PEPERO

Ermm... masih tak puas hati kan... dan idah telah ke laman sesawang halal.gov.my dan berikut adalah statement mereka... “produk tersebut adalah BUKAN pemegang sijil halal Malaysia ataupun mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf” :O



So camno???... ermm... jom kita semak pula apa kata Nabi kita...


Rasulullah S.A.W bersabda: 

Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar) yang tidak diketahui oleh orang banyak. Maka siapa yang takut terhadap syubhat berarti dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Dan siapa yang terjerumus dalam perkara syubhat, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. Sebagaimana penggembala yang menggembalakan haiwan gembalaannya disekitar (ladang) yang dilarang untuk memasukinya, maka lambat laun dia akan memasukinya. Ketahuilah bahwa setiap raja memiliki larangan dan larangan Allah adalah apa yang Dia haramkan. Ketahuilah bahwa dalam diri ini terdapat segumpal daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuh ini dan jika dia buruk, maka buruklah seluruh tubuh; ketahuilah bahwa dia adalah hati “.

(Riwayat Bukhori dan Muslim)



Jadi... segalanya sudah terang lagi bersuluh... apa pun terletak pada kita diri kita sendiri... syubhat itu adalah perantaraan di antara halal dan haram... tetapi jika kita merasa was²... ada baiknya kita hindarkan... lagi pun di negara kita nie ada banyak lagi makanan yang sedap² dan boleh dimakan... setakat pepero tu... ermm.. pedehal kan... :D




21 ulasan :

  1. tue lah,isu pepero nie dah lame sebenarnya..sekejap kate boleh dimakan,sekejap tak boleh..klu rasa was2 baik tak payah makan kan..

    BalasPadam
  2. Nasib baik tak pernah makan lagi coklat nie..=D

    BalasPadam
  3. sekarang ni before nak makan kena berhati-hati sangat..
    even ada status halal pon tak meyakinkan kita tuk makan..
    makin lama makin bijak golongan2 tertentu nak kaburi umat islam..

    BalasPadam
  4. so far tak pernah makan pun pepero ni. memang selamat my tekak la dengan benda alah ni. Tapi part cardbury to memang ngaku dah berlori telan

    BalasPadam
  5. Aduh semakin banyak makanan coklat yg haram ni kan.. pepro ni pun baru akak tahu..

    BalasPadam
  6. tak pernah makan lagi Pepero ni....ya, betul..kalau was2, baik tinggalkan..makanlah coklat 'ding dang'..dapat mainan free..

    BalasPadam
  7. kalau ragu2 atau syubhah di elakkan

    BalasPadam
  8. Dah lama dengar isu Pepero ni tapi xpernah ambil kesah sebab tak pernah kenal pun makanan ni apatah lagi memakannya. Kalau dah rasa ragu2...sedia maklum, tinggalkan sajalah. Makan keropok lekor lagi sedap...hehe

    BalasPadam
  9. Saya kalau dah ragu2 sgt dgn makanan nak dibeli...mmg terus stop utk beli dan makan...

    Entri Terkini MINDAKABUR : Google Chrome Berupaya Memainkan Video dan Audio

    BalasPadam
  10. saya tak pernah makan...just dengar cerita orang. Apa-apa pun kalau ragu-ragu, janganlah makan. :)

    BalasPadam
  11. mmg byk lagi coklat halal kat malaysia nih ... x payah peningkan kepala ...

    BalasPadam
  12. Dah lama isu ni sebenarnya acik idah..the last one dia orang kata memang halal..tapi tulah kadang-kadang apabila banyak sangat version, boleh jadi was-waskan..

    BalasPadam
  13. Tu la pasal... last time teman pun ada beli jugak Pepero nie... Cadburry pun dah issue DNA babi... so, sebagai umat Islam better kita jauhi barangan nie... dalam peti ais teman pun ada sebotol Cadburry, terpaksa teman sedekahkan pada office mate...

    BalasPadam
  14. salam. sebaiknya jauhkan jika berasa was was kan sis :)

    p.s menabung lenovo & michelin :))

    BalasPadam
  15. Tak payah makan pun takpelah.. bnyk lagi yg boleh dimakan.. Thanks sharing Idah..

    BalasPadam
  16. sekarang nie benda yang tak halal pun boleh jadi halal dan juga sebaliknya...tapi memang tau yang papero ini bukan tak halal, cuma takde sijil halal dari Korea mahupun Malaysia...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  17. kalau ada rasa ragu...lebih baik jangan diambil

    BalasPadam
  18. Jangan makan ajelah kalau camtu....ngeri jugak tu syubhah namanya hehe

    BalasPadam
  19. kat langkawi banyak kot coklat ni...pernah gak makan dulu...tak dinafikan memang sedap...dah camtu...pasni takyah lah makan...

    BalasPadam
  20. Slm sy pon pernh p ke psar raya n trkejut apabila tgk peppero di letakkn di kawasan non halal tp sy trus tyakn pd pekerja n xsilap sy ini di aeon jusco..then die xckp.yg non halal tu di dalam peppero di letall di luar border tu..non halal utk yg di dalam tu..

    BalasPadam
  21. daim halal tak??

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D