23 Januari, 2014

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.

22 ulasan
...السلام عليكم


18 January 2014.


Hari kedua kami di Pagoh... selesai solat subuh berjemaah bersama rakan²... dan minum pagi ringkas sandwich sardin dan air kopi yang kami masak sendiri... rakan² lelaki Rafizal, Eical dan hubby memeriksa dan memuatkan barangan yang perlu dibawa ke dalam kereta...




Niat kami hari ini adalah untuk menjejak keluarga kurang bernasib baik Encik Ghani @ Yani di Muar dengan hanya berbekalkan nama kampung sahaja tanpa alamat lengkap yang kami perolehi dari artikel di Sinar Harian... agak mencabar juga... tapi kami saling meyakini antara satu dengan lain... insyaallah Allah akan bantu kita...



Dari Kg. Raja, Pagoh... kami bergerak ke arah bandar Muar dan seterusnya menuju ke Kampung Parit Kachau dengan bantuan GPS... tapi liputan GPS agak terhad... kami terpaksa pula berhenti beberepa kali untuk bertanya dengan penduduk setempat untuk mencari arah kampung tersebut...




Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Rumah Dinding.

Akhirnya kami berjumpa dengan Pakcik ini dan rakan cinanya... namanya Pakcik Jama'ah (baju putih ditengah)... rupa²nya kami telah terlajak jauh... Alhamdulillah dengan pertolongan beliau dan rakan cinanya... akhirnya kami bertemu juga dengan Kampung Parit Kachau... jauh ke dalam kampung nie rupa²nya... 




Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.

Hampir 2 jam juga perjalanan kami dari Pagoh ke Kampung ini... itu adalah berpunca dari alamat yang tidak lengkap... dan setelah beberapa kali berhenti bertanya orang kampung... akhirnya kami sampai juga di perkarangan rumah Pakcik Yani... Syukur Ya Allah...



Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.


Dari kejauhan idah memandang ke arah rumah ini... tiba² hati mula menjadi sebak... dari luar lagi kelihatan dengan jelas rongga antara papan dinding rumah yang renggang dan juga kopak di sana sini... 



Salam dihulurkan... dan Rafizal menerangkan kepada Pakcik Yani akan tujuan kedatangan kami... :) sejurus kemudian jelas dapat kelihatan senyuman terukir di wajah Pakcik Yani yang pada mulanya nampak agak kebingungan... kami semua terus dijemput naik ke terataknya...



Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.


Pakcik Yani membawa Rafizal dan beberapa rakan lagi mengelilingi "mahligainya" sambil berbual²...... idah???... memerlukan sedikit waktu untuk mengadaptasi apa yang berada di depan mata... agak sukar pada mulanya untuk idah terima hakikat... di negara kita yang kaya dan zaman serba moden ini masih ada lagi akan kehidupan yang sebegini rupa... Syukur ya Allah dengan apa yang telah kau berikan pada diriku selama ini... 


Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.


Dari ruang hadapan... idah meneruskan langkah ke belakangnya pula yakni ruangan dapur... ya Allahhh... hati meruntun²...  tiada kata² yang dapat diucapkan... inikah yang dinamakan "rumah ku syurga ku"...  menurut isteri Pakcik Yani... jika hari hujan... mereka tidak dapat menggunakan dapur kerana lantainya akan menjadi lecak dan licin... 



Tanpa pengetahuan Pakcik Yani & isterinya... salah seorang dari kami telah menyelak tutup periuk yang berada di atas dapur kayu... 1 periuk mengandungi air yang dijerang dan 1 periuk lagi mengandungi 2 biji telur yang telah direbus... kami berpandangan sesama sendiri... jelas dari pandangan mata kami... hati masing² terdetik... ini sahajakah rezeki mereka untuk hari ini...





Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.

Pakcik Yani, 63 bersama seorang dari cucunya yang dijaga disiang hari bila kala anak perempuannya ibu kepada kanak² tersebut yang juga merupakan seorang ibu tunggal keluar bekerja di kilang berdekatan... Pakcik Yani mengidap penyakit sukar untuk membuang air kecil sejak setahun yang lalu yang memerlukannya menggunakan beg untuk membuang air kecil sekaligus menyukarkannya untuk bekerja... Lihat lah... namun begitu... senyuman senantiasa terukir diwajah beliau...




Melihat akan wajah anak kecil ini... idah terasa sedikit ralat kerana tidak membawa sebarang baju untuk kanak²... anak ini mengenakan t-shirt yang bukan bersaiznya yang dilipat² pada lengannya kerana panjang... leher bajunya juga menggelebeh kerana kebesaran...  



Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.

Idah mengambil kesempatan mengabadikan kenangan bersama isteri Pakcik Yani iaitu Makcik Ishah, 64, bersama seorang lagi cucunya...




Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.

Di dalam rumah ini... Pakcik Yani juga menyara bapanya yang merupakan seorang pengidap alzheimer... bapanya ditempatkan disebuah ruangan khas di bahagian dapur yang disekat bagi mengelakkannya dari keluar dari rumah dan merayau... kerana bapanya pernah hilang suatu ketika dulu...




Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.

Sumbangan kecil kami dan para penyumbang dibawa naik kerumah Pakcik Yani oleh rakan²...





Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.

Kami juga memilih dan memberi beberapa helai baju kurung, cadar, toto, tudung dan telekung terpakai hasil sumbangan orang ramai kepada Makcik Ishah... jelas nampak keriangan di wajahnya... Makcik Ishah seorang yang tidak banyak bercakap...



Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.

Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.

Kami berbual dan menemu ramah keluarga ini... menurut Pakcik Yani alhamdulillah sebulan lepas ada pihak yang telah membaiki dan menukar keseluruhan bumbung rumah ini dan juga pintu masuk utama kerana telah rosak teruk dan dimakan anai-anai... 




Menurutnya juga semenjak kisahnya diketengahkan oleh Sinar Harian hanya ada 3 pihak sahaja yang telah datang menjenguk mereka dan kami merupakan pihak yang ke 3 itu... Pakcik Yani juga sedang dalam proses menunggu bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mana dia gagal mendapatkannya sebelum ini... 






Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.

Setelah agak lama juga kami di teratak Pakcik Yani... kami pun memohon untuk mengundurkan diri kerana kami perlu bergegas ke rumah penerima sumbangan yang seterusnya di sekitar Pagoh. Salam dihulurkan beserta sedikit tunai untuk kegunaan mereka sekeluarga...



Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.

Kami rakamkan kenangan bersama keluarga kurang bernasib baik ini... idah perkenalkan rakan² idah dari kiri berdiri berkacamata hitam adalah Kak Ain, didepannya yang memakai topi koboi tu adalah Umy merupakan penasihat kepada team kami, disebelah umy yang memakai Scarf pengakap tu adalah Zaty, berbaju merah diatas sekali saudara Eical, berbaju oren saudara Saiful (husband idah) , seterusnya bert-shirt putih berkacamata hitam tu saudara Rafizal yang merupakan teraju utama bagi misi kali ini, dua kanak² yang dibawa bersama adalah Nuqman dan Adelia... dan tidak lupa juga yang berlengan pink tu adalah... Acikidah... :D





Misi Kemanusiaan Insan Prihatin Ke Pagoh Dan Muar : Day 2 ~ Dapur Tanpa Dinding.


Kami tinggalkan keluarga ini dengan seribu satu perasaan... berat mata memandang... berat lagi bahu yang memikul... walaubagaimana pun team kami sematkan azam untuk kembali ke sini semula... kami ingin mencari dana/sumbangan untuk membina dinding bagi dapur keluarga ini insyaallah... idah mohon doakan kemudahan untuk kami ye... 



Jika ada yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai keluarga ini boleh lah emailkan kepada acikidah@gmail.com dan... oh yea... idah juga tinggalkan alamat Pakcik Yani bagi memudahkan jika ada pihak yang ingin menghulurkan bantuan terus kepadanya...






Perjalanan kami diteruskan lagi dalam n3 yang seterusnya... ;)

Entry Berkaitan :

22 ulasan :

  1. kesiannyee dorg..tb kg nenek kt muar jugak..sane tb tau klu yg ssh masih ade lg..tp ssh jugak nk carik sbb dorg duduk pedalaman sikit

    BalasPadam
  2. Jika anda semua lihat dan baca blog ini pun sudah merasai perit jerih mereka sekeluarga apatah lagi kami yg pergi melihat sendiri keadaan hidup mereka..tiada kata yg dpt diungkapkan..

    BalasPadam
  3. Smga Allah berikn kesabaran buat keluarganya serta limpahkn RahmatMu pd org yg telah membuat kabajikan di jln Mu..

    BalasPadam
  4. semoga Allah mempermudahkan untuk mereka..amin..

    BalasPadam
  5. Ada lagi rupanya yer yang miskin macam ni... Kat kampung BW takda pula yang miskin macam ni sekali ..

    Nyway syabas kepada semua yang sukeralawan yang membantu

    BalasPadam
  6. alhamdulilah masih ada orang yang prihatin seperti akak dan kumpulan.. semoga di redhai ALLAH

    BalasPadam
  7. sedih sungguh hati nie melihat mereka..Ya Allah lindungilah mereka,murahkanlah rezeki mereka & lindungilah mereka...

    BalasPadam
  8. Alamak negeri OKje tu Idah.....yelahkan kalau dah masuk jauh ke dalam tu ada aje orang yg memerlukan suma kita je tak mencari, manalah nak tau....

    BalasPadam
  9. Sedih tengok keadaan mereka, apa yg menyedihkan lagi bila melihat dapurnya.. Allahuakbar.. nak memasak pun satu cabaran. Semoga usaha ini membantu mereka mengurangkan beban kehidupan yg ditanggung setiap hari.. aamiin..

    BalasPadam
  10. Bertuahlah idah berada bersama kelompok yg prihatin.
    Manalah perginya 'mereka' yg bertanggungjawab ke atas rakyat seperti ini..

    BalasPadam
  11. syukurlah masih banyak orang orang brhati mulia yang mau membantu sesama

    BalasPadam
  12. alhamdulillah..semoga usaha murni ini diberkati dan rezeki si pemberi bertambah..

    BalasPadam
  13. syukur masih ada orang yang prihatin & berhati mulia..

    BalasPadam
  14. Subkhanallah.. semoga mba acik mendapat balasan yang setimpal atas kemuliaan dari seorang mba acik. Aminn..

    BalasPadam
  15. sedihnya..actually masih ramai yang macam nikan...Alhamdulillah kita dikurnakan lebihan rezeki dan tempat tinggal yang sempurna...

    BalasPadam
  16. Masya Allah, masih ada lagi hidup daif sebegini. sedihnya hati saya melihat kedaifan mereka ni. yang saya tak faham, kenapa JKM tak luluskan bantuan sebelum ni sedangkan keluarga ni sangat layak untuk terima bantuan.

    BalasPadam
  17. kasihan keluarga ni, semoga dapat keluar dari belenggu kemiskinan..masih ramai lagi yg hidup daif dalam negara ni, walaupun sudah merdeka lebih dr 50 tahun..YB, JKM, Baitulmal kena turun padang..

    BalasPadam
  18. sedihnya tgk kehidupan keluarga ni.dah lah pakcik yani tu sakit,kena pulak sara ayah dia dan cucu dia lagi.amat menginsafkan diri.semoga keluarga ni dilindungi ALLAH & pihak JKM dan baitulmal sila prihatin!'

    BalasPadam
  19. Moga sumbangan yg diberikan dapat ringankan beban mereka.. :)

    BalasPadam
  20. tabah betul beliau menjalani hidup begitu.. semoga dengan bantuan ini dapatlah meringankan penderitaan mereka sekeluarga..

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D