28 April, 2014

Selesai Program Bantuan Fakir Miskin

11 ulasan

Assalamualaikum...



Alhamdulillah... selesai sudah program #BantuanFakirMiskin anjuran Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur yang dibuat pada Sabtu 26 April 2014 kelmarin... segala sumbangan telah kami sampaikan kepada semua 30 orang penerima yang kurang berkemampuan...




Para Aktivis Al-Waasi

Seramai 13 orang sukarelawan telah turun dan membantu bagi menjayakan program ini... walaupun penat naik turun tangga... meredah panas dan hujan... menahan lapar dan dahaga... namun masih terukir senyuman di wajah mereka... jelas keikhlasan terpancar... :)





Selesai Program Bantuan Fakir Miskin

Memandangkan ada 30 rumah yang perlu kami ziarahi dalam masa 1 hari... maka kami telah berpecah kepada 2 kumpulan dan membahagi²kan route bagi setiap gerup...




Selesai Program Bantuan Fakir Miskin

Bekerjasama membahagikan barangan makanan...




Selesai Program Bantuan Fakir Miskin

Pada mulanya cuaca begitu panas terik sekali... dan kemudiannya hujan pula turun mencurah² dengan lebatnya... namun sedikit pun tidak mengganggu semangat para aktivis Al-Waasi...




Selesai Program Bantuan Fakir Miskin

Berganding bahu meredah satu persatu blok flat rumah pprt (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) di sekitar Cheras...




Selesai Program Bantuan Fakir Miskin


Mencari rumah penerima sumbangan bagi menyampaikan hajat para penyumbang...






Ceria dan bersemangat dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan...




Selesai Program Bantuan Fakir Miskin

Naik dan turun tangga bersama bungkusan² makanan yang perlu disampaikan... tiada halangan...





Selesai Program Bantuan Fakir Miskin

Kerja yang susah jika dibuat bersama² dan juga beserta hati yang ikhlas pasti tidak akan terasa kepayahannya... setiap langkahmu... setiap titis peluhmu... setiap hilangnya tenagamu... insya allah pasti ada ganjaran dariNYA... :)



Terima kasih diucapkan kepada para aktivis yang telah sudi membantu mengagih²kan sumbangan kepada saudara² kita yang memerlukan tanpa sedikit pun keluh kesah... semoga kita dapat bekerjasama lagi di program yang seterusnya...



Gambar² dan kisah² para penerima sumbangan akan idah uploadkan di entry yang seterusnya... dan semoga ianya dapat memberi sedikit keinsafan dan manfaat kepada kita semua... :D




11 ulasan :

  1. alhamdulillah...niat yang baik akan sentiasa di permudahkan urusannya oleh Allah... :-)

    BalasPadam
  2. Semoga usaha anda kalian diberkati Allah. Amin,insyallah.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Moga dapat diteruskan dengan jayanya di masa hadapan :-)

    Usaha amal seperti begini lebih berkesan berbanding retorik kosong sesetengah pihak yang hanya berkata tanpa melakukan sebarang usaha membantu meringankan beban golongan kurang berkemampuan di Malaysia ini.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah..rajin membantu yg memerlukan tanpa perlu menggembar-geburkannya..tahniah.

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah..Salam Pagi selasa acik idah..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.. hujan rahmat pun tu yg turun.. semoga Allah senantiasa merahmati.. aamiin..

    BalasPadam
  7. seronok bila tengok gambar ini..ada lelaki, ada wanita dan kanak kanak pun ada..semua bersatu hati dalam satu tujuan yang mulia..Alhamdulillah semua urusan dah selesai dengan jayanya...menabung digi sini..

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  8. alhamdulillah...teruskan usaha murni ni...

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah..terpancar wahah wajah ceria

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D