24 April, 2014

Program Bantuan Fakir Miskin.

12 ulasan

Assalamualaikum....



Persatuan Kebajikan Al-Waasi akan mengadakan satu Program Bantuan Fakir Miskin bagi penduduk yang kurang berkemampuan sekitar Cheras, Bandar Tasik Selatan dan Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur...




Seramai 30 orang penerima sumbangan telah dikenalpasti dan promo bagi mengutip sumbangan telah berlaku lebih kurang dalam 2 minggu yang lalu... alhamdulillah syukur pada yang maha esa... ramai individu prihatin yang tampil dan telah memberikan sumbangan mereka dalam pelbagai bentuk... ada yang memberikan tunai, beras dan pelbagai barangan makanan... 



Program Bantuan Fakir Miskin.


Program Bantuan Fakir Miskin ini akan diadakan pada Sabtu ini 26 April 2014... sumbangan yang bakal diberikan adalah dalam bentuk makanan dan pakaian.. segala sumbangan akan disampaikan oleh sukarelawan Al-Waasi terus ke rumah penerima sumbangan...





Program Bantuan Fakir Miskin.

Semalam sukarelawan Al-Waasi telah membeli pelbagai makanan lagi bagi menambah kuantiti barangan yang telah ada... kerja-kerja pembungkusan dan pembahagian dirancangkan akan dilakukan pada malam ini di suatu lokasi yang telah dikenal pasti...







Program Bantuan Fakir Miskin.


Alhamdulillah... beberapa hari lepas Al-Waasi telah menerima sumbangan tunai dari Seorang Hamba Allah pemurah yang boleh dikatakan paling banyak yang pernah kami terima... sumbangan tersebut telah disampaikan oleh beliau terus kepada setiausaha Al-Waasi...



Jika ada yang ingin menyumbang kepada Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur... boleh hubungi idah selaku Bendahari Al-Waasi di acikidah@yahoo.com atau boleh juga terus salurkan ke akaun Al-Waasi...



Bank Islam Malaysia Berhad
14238010004033
Persatuan Kebajikan Al-Waasi Kuala Lumpur





Pertamanya idah ingin memanjatkan rasa syukur ke hadratNYA... masih ramai lagi insan yang prihatin dan pemurah di luar sana yang peka dengan nasib insan² dan saudara² kita yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan... 



Bagi pihak Al-Waasi... idah ingin mengucapkan Jutaan Terima Kasih kepada semua pemberi sumbangan² ini dan juga tidak lupa kepada para sukarelawan yang juga samada telah atau pun akan memberikan masa, tenaga dan juga diri anda bagi kerja² kebajikan ini... 
Hanya ALLAH TAALA sahaja yang dapat membalasnya... :) 





12 ulasan :

  1. semoga ramai yang tampil memberikan bantuan yang diperlukan...

    BalasPadam
  2. alhamdulillah, ramai yang membantu, kalau berkesempatan jadi sukarelawan teringin juga nak join ni, mana tahu ada sumbangan tenaga yang ika mampu berikan :)

    semoga dipermudahkan segala urusan ya acik idah :)

    BalasPadam
  3. alhamdulilah ada yang prihatin.. seronoknya kalau dapat sertai

    BalasPadam
  4. Semoga bisa menjadi berkah untuk yang membutuhkan :)

    BalasPadam
  5. Subhanallah walhamdulillah... t kasih atas perkongsian Idah..

    BalasPadam
  6. semoga dapat meringankan beban mereka yg memerlukan..dan semoga program berjalan sperti yg dirancang..

    BalasPadam
  7. terima kasih atas perkongsian...semoga usaha murni idah dan kawan2 dipermudahkan...

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah.. semoga berjalan lancar nanti..=D

    BalasPadam
  9. Thanks acik Idah..Beri peluang untuk kita semua bina sebauh rumah disyurga. In Sha Allah...

    BalasPadam
  10. Alhamdulillah ... rezeki untuk mereka yang memerlukan. rakyat malaysia memang pemurah :)

    BalasPadam
  11. Amin.moga dimurahkan rezeki.

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D