30 April, 2014

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 2

13 ulasan

Assalamualaikum...



5 lagi penerima bantuan fakir miskin, asnaf dan warga emas yang seterusnya... mari kita ikuti kisah mereka semoga kita akan menjadi insan yang lebih bersyukur dengan rezeki dariNya...




Penerima 6

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 2

Makcik Zaleha 71, seorang ibu tunggal yang tinggal bersendirian... anak²nya seramai 5 orang dan kesemuanya telah berkahwin... beliau tidak bekerja... sara hidup dengan bantuan Baitulmal sebanyak RM250 sebulan beserta pemberian anak²....





Penerima 7

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 2

Abang Mazlan 59, tinggal bersama isteri dan 2 orang cucunya... tidak bekerja lagi... sara hidup dengan bantuan dari pihak Baitulmal sebanyak RM400 sebulan...




Penerima 8

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 2

En. Shahibudin 59, menghidap penyakit jantung dan semput yang kronik... tinggal bersama isterinya dan seorang anaknya yang masih bersekolah... menyara keluarga dengan bantuan pihak Baitulmal sebanyak RM300 sebulan dan juga pemberian anak² yang telah berkahwin...




Penerima 9

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 2

Pakcik Mohamed 74, warga emas yang tinggal seorang diri setelah berpisah dengan isterinya 3 tahun lalu... mempunyai 4 orang anak yang kesemuanya sudah berkahwin... menyara hidup dengan hanya pemberian dari anak²... 




Penerima 10

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 2

Pemberian bantuan ini sebenarnya adalah atas nama anak kepada pakcik ini yang merupakan seorang OKU yang mana semasa kami datang ke rumahnya beliau tiada di rumah... anaknya tiada kerja tetap... pakcik ini pula menyara keluarganya dengan hanya wang pencen dan tiada bantuan dari mana² pihak... 



Kesemua mereka² di atas adalah merupakan warga emas dan juga OKU yang tinggal di flat DBKL sekitar cheras... rumah yang mereka duduki adalah berstatus menyewa dengan pihak DBKL yang mana sewa bulanan adalah sekitar RM124...




♥ Berbakti kepada Orang Tua itu merupakan salah satu
Pembuka Pintu Rezeki yang teruji... ♥



Bersambung lagi di entry seterusnya... :D




13 ulasan :

  1. Alhamdulillah ada pihak2 yang sudi membantu dan menghulurkan bantuan...

    BalasPadam
  2. Semoga semuanya bisa mendapat berkah ya :)

    BalasPadam
  3. kesian kan.. mujur ada pihak yg masih memberi sumbangan kepada mereka2 ini...

    BalasPadam
  4. alhamdulillah... murah rezeki pada yg memberi ni In Shaa Allah !

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah...Allah saja yg dpt membalasnya

    BalasPadam
  6. Harap mereka diberikan perhatian selalu.....syukur ada pihak yg masih lg boleh membantu.

    BalasPadam
  7. Semoga Allah membuka pintu rezeki mereka dan dapat keluar dari belenggu kemiskinan dan semoga juga usaha murni acik idah dan rakan dapat diteruskan dan dirahmati...amiin.

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah... ada yang sudi membantu... Moga Allah berikan kita hati yang ikhlas juga untuk menghulurkan bantuan kepada mereka2 yang memerlukan.

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah... meringankan beban insan lain, inshaa Allah... pasti Allah akan permudahkan kehidupan kita.. syabas semua.. :)

    BalasPadam
  10. tahniah pada idah dan group idah...teruskan usaha k...n semoga dipermudahkan...

    BalasPadam
  11. Eh makcik yg pic pertama tu umur 70 lebey..tak nampak pun kan. Awet muda le

    BalasPadam
  12. VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA

    Kami VIPQIUQIU99 AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA mengadakan SEO Kontes atau Kontes SEO yang akan di mulai pada tanggal 20 Januari 2017 - 20 Mei 2017, dengan Total Hadiah Rp. 35.000.000,- Ikuti dan Daftarkan diri Anda untuk memenangkan dan ikut menguji kemampuan SEO Anda. Siapkan website terbaik Anda untuk mengikuti kontes ini. Buktikan bahwa Anda adalah Ahli SEO disini. Saat yang tepat untuk mengetest kemampuan SEOAnda dengan tidak sia-sia, hadiah kontes ini adalah Rp 35.000.000,-

    Tunggu apa lagi?
    Kontes SEO ini akan menggunaka kata kunci (Keyword) VIPQIUQIU99.COM AGEN JUDI DOMINO ONLINE TERPERCAYA DI INDONESIA Jika Anda cukup percaya akan kemampuan SEO Anda, silahkan daftarkan web terbaik Anda SEKARANG JUGA! Dan menangkan hadiah pertama Rp. 10.000.000. Keputusan untuk Pemenang Akan di tentukan dengan aturan kontes SEO yang dapat dilihat di halaman ini.

    Tunggu apa lagi? Ikuti kontes ini sekarang juga!

    CONTACT US
    - Phone : 85570931456
    - PIN BB : 2B48B175
    - SKYPE : VIPQIUQIU99
    - FACEBOOK: VIPQIUQIU99

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D