29 April, 2014

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 1

19 ulasan

Assalamualaikum...


Seperti yang idah janjikan... berikut adalah penerima² bantuan fakir miskin, asnaf dan warga emas disekitar Cheras yang berlangsung pada 26 April 2014 baru² ini...




Ada beberapa penerima yang tidak dapat kami temui kerana kebetulan mereka tiada semasa sukarelawan Al-Waasi datang ke rumah mereka... walaubagaimanapun sumbangan tersebut telah kami kirimkan kepada jiran terdekat untuk disampaikan kepada mereka...



Penerima 1

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 1

Saudara ini berumur 41 tahun... tidak bekerja... menghidap penyakit gout... isterinya seorang surirumah... mempunyai 4 orang anak dan seorang anaknya mempunyai penyakit... tinggal menyewa di flat PPRT dan sewa rumah sudah hampir 3 bulan tertunggak... 




Penerima 2

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 1

Abang ini berumur 45 tahun... bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan pendapatan kasar sekitar RM1,400 sebulan... isteri berumur 43 tahun suri rumahtangga... mempunyai 12 orang anak yang hampir kesemuanya bersekolah... kehidupan mereka sungguh sederhana sekali... ada menerima bantuan bulanan dari Baitulmal sebanyak RM250 dengan bantuan seorang dari jirannya yang prihatin...




Penerima 3

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 1

Diketika kami datang kerumah ini... ibu dan bapa anak² ini tiada dirumah... bapanya bekerja menjual kopi dan ibunya surirumah sambil membantu suaminya berniaga...




Penerima 4

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 1

Abang ini adalah merupakan seorang bapa tunggal yang 2 tahun kematian isterinya ketika melahirkan anaknya yang ke-5 ... selepas ketiadaan isterinya beliaulah yang menyara anak²nya... beliau telah berhenti kerja di UKM 2 tahun lalu memandangkan perlu menjaga anak²nya... menyara hidup dengan memberi tuisyen muzik di rumahnya dan tiada sebarang bantuan dari mana² pihak... selalu juga mereka anak beranak mengikat perut... beliau memerlukan pekerjaan yang berdekatan dengan rumahnya di Desa Tun Razak untuk memudahkan dia menghantar dan mengambil anak²nya yang sekolah...




Penerima 5

Penerima Bantuan Fakir Miskin ~ Siri 1

Kakak ini berumur 41 tahun dan merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 2 orang anak yang bersekolah... dia tidak bekerja... seorang anaknya menghidap penyakit tidak boleh membuang air besar dengan normal sejak lahir... pendapatan bulanan adalah melalui bantuan Baitulmal sebanyak RM350 selain sedikit bantuan dari adik beradiknya... dan juga sewa rumah dibayar oleh pihak Baitulmal...





Kesemua mereka diatas ini tinggal di flat PPRT (Projek Perumahan Rakyat Termiskin) Desa Tun Razak... dan menyewa dengan pihak DBKL dengan sewa bulanan lebih kurang RM124...




♥ Cinta seorang Ibu itu menenangkan...
♥ Cinta seorang Ayah itu menguatkan...



Bersambung di entry seterusnya...


19 ulasan :

  1. secara amnya, berdasarkan dari pengalaman, memang banyak kisah2 masyarakat di flat PPRT...kisah2 miskin kota..semoga bantuan yg diberi dapat meringankan beban mereka..

    BalasPadam
  2. sy bersyukur dgn apa yg saya ada... idah kerja di baitulmal ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul... melihatkan kesusahan orang lain... membuatkan kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada... idah? Baitulmal?? hehehe... tak laa...

      Padam
  3. Balasan
    1. Benar... dan miskin bandar juga lebih parah lagi... rumah... perlu disewa... api, air, anak sekolah, makan, transport semuanya perlukan RM...

      Padam
  4. Golongan miskin bandar spt ini mmg sepatutnya dibantu.. mudah2an membawa berkat.. aamiin..

    BalasPadam
  5. ya Allah...semoga usaha Idah ni diberi pahala olehNYA...simpati melihat hidup mereka...yg anak 12 org yu...akak dapat bayangkan kesempitan hidup mereka..

    BalasPadam
  6. terima kasih dr sis.. hee..boelh thu..kerja sis..apa erk? ahahahhaa...baru nak tanya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe... kat profil tu kan ada tulis Cik Huny... Juruanalisa Sistem... :D

      Padam
  7. Tak pernah lg tengok keadaan macam ni kat bandar. Bagaimanalah kehidupan diorang ni seharian.

    BalasPadam
  8. kesiannya tengok mereka ini..tak dapat saya bayangkan jika saya berada dalam situasi mereka..begitu besar ujian yang diturunkan kepada mereka..semoga urusan dan niat murni akak akan dipermudahkan...

    Regards,
    -Strider-

    BalasPadam
  9. Alhamdulillah Acik Idah..Semoga ramai lagi boleh berkongsi rezeki...

    BalasPadam
  10. Alhamdulilah sekurang2nya dengan bantuan nie dapat la meringankan beban mereka kan sis..=D

    BalasPadam
  11. Ingatlah, kalau kita kate kita hidup susah, ada lagi yg hidup lebih ssh daripada kita...

    BalasPadam
  12. Sedih melihat, ramai lagi orang melayu kita ini tergolong dalam fakir miskin di sebuah negara yang dikatakan akan mengorak langkah kearah negara maju. Semoga usaha murni acik idah dan rakan2 diberkati.

    BalasPadam
  13. kadang2 kita rasa susah...sebenarnya ramai yg lebih susah dari kita...bersyukur dengan apa yg ada

    BalasPadam
  14. Moga dgn bantuan ini ringanlah sikit beban dorang

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D