25 November, 2014

Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal

9 ulasan
Assalamualaikum...
 

Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal ~ Minggu lepas merupakan minggu terakhir sesi persekolahan 2014... jadi banyak la sekolah yang mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan, Majlis Khatam Quran, Majlis Tamat Persekolahan & Konsert dan tidak kurang juga yang mengadakan Ihtifal... :)


Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal

Ahad lepas adalah giliran sekolah Nabihan mengadakan Ihtifal dan Konvo bagi anak² yang tamat pra persekolahan mereka... majlis telah diadakan di Auditorium, Muzium Negara, KL... :D pihak Little Caliphs telah membuat 2 sesi upacara... iaitu sesi pagi bagi anak² 6 tahun manakala bagi anak² 5 dan 4 tahun diadakan pada sesi petang pula... kerana setiap sesi tersebut mereka telah gabungkan 4 buah sekolah. Little Caliphs Bandar Tun Hussein Onn, Mahkota Cheras, Damai Mewah dan Hulu Langat... :) oleh kerana idah ada 2 anak yang bersekolah di LC... jadi idah kena datang sesi pagi dan juga petang... huhuhu... 1 hari layan konsert jerrr... phhewww.... :D


Tentera Islam
Setiap anak² dari setiap sekolah menunjukkan kebolehan mereka dalam membaca doa, hafazan, menyanyi, menari, berlakon dan sebagainya... gambar atas nie yang ada huruf N tu adalah Nabihan Aziz... semasa tiba gilirannya untuk membuat persembahan... dia keluar dengan memakai jubah putih dan berserban... subhanallah... terpaku seketika ibu ini melihat anak bujangnya.. menyerupai alim ulamak... :)


Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal
Sekolah Nabihan mempersembahkan lakonan menceritakan tentang Perang Badar... Nabihan berlakon sebagai tentera islam...


Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal
Tentera Islam sedang berselindung di sebalik gunung ganang... :D


Perang Badar By Little Caliphs Kids
Tentera Islam yang sedikit telah berjaya menewaskan musuh islam yang jauh lebih besar bilangannya... :) huhuhu... memang kesukaan dia la lawan² perang niee... 


Perang Badar By The Little Caliphs Kids
Tentera islam bersorak meraikan kemenangan mereka... hooraayyy!!!...


Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal
Di akhir persembahan mereka beramai² mendendangkan beberapa buah lagu... huhuhu... bersemangat anak bujang idah nie menyanyi... dengan penuh perasaan tu... kekeke...



Majlis Graduasi Little Caliphs
Kemudian bersedia untuk sesi graduasi pula...


Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal
Beratur menunggu giliran...


Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal
Giliran Nabihan Aziz mengambil skrol nyer dari principal... (y)


Graduasi
Horaayy....!! Nabihan dengan rasminya telah tamat pra-sekolah... <3<3 tahun depan cabarannya lain pula yer sayang... :)



Little Caliphs Kids
4 buah sekolah bergabung dalam konsert terakhir Little Caliph 2014... murid² sedang dipersediakan oleh guru²...


Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal
Ahhaa... Nabihan Aziz dengan awekss yerr... apa jer yang disembangkan tu... :D


Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal
Guru² dan murid² berkolaborasi... huhu... bersungguh² dan dengan penuh perasaan mendendangkan beberapa buah lagu buat kali terakhirnya... :) tiba² hati ini menjadi sayu pula... sekejap saja Nabihan dah besarr... :( cabaran lain pula bakal mendatang yang harus ibu dan babah tempuh... 



Nabihan Aziz
Nabihan Aziz... anak kesayangan babah niee....



Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal
Iyan dengan jubah konvo dan skrol nyer... :D muka seriusss jerrkk... 



Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal
Sebelum pulang... setiap pelajar dibekalkan dengan beg kertas yang berisi gambar² konvo, bunga, dan hadiah dari pihak sekolah...



Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal
Gambar keluarga... Nabihan, ibu, babah dan Adelia... Adelia ikut sama kerana petangnya giliran dia pula untuk konsert... :D


Alhamdulillah... selesai sudah seorang anak yang pra-sekolah... untuk ibubapa bila anak habis pra-sekolah nie... perghhh rasa lega banyak... sebab pra-sekolah ni kosnya tinggi... kerana ibubapa ingin memberikan pendidikan awal yang terbaik buat anak² mereka... :)



Semoga Nabihan Aziz membesar menjadi anak yang soleh dan cemerlang... dan tidak banyak 'hal' di sekolah rendah nanti... ahaaahaha.... okay... nanti sambung cerita sesi petang pula... sesi konsert Nur Adelia... :D


9 ulasan :

  1. comel je...dah grad ya..he...he

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...hebat betul majlisnya.. =D

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah... majlis yg meriah & ceria.. semoga menjadi insan yg berjaya dgn cemerlang di dunia & akhirat... aamiin.. :)

    BalasPadam
  4. comelnya nabihan :)
    tahniah dah grad. moga menjadi anak yang soleh ^^

    BalasPadam
  5. comelnya nabihan... persembahan macam menarik je :)

    BalasPadam
  6. seronoknye nabihan sekolah kat LC ! bersih suci + sejuk tengok wajah diorang semuanye.. moga jadi anak soleh utk ibu & babah ye nabihan :)

    BalasPadam
  7. nabihan sebaya afif anak saya rupanya =)
    tahniah nabihan ye =)

    BalasPadam
  8. Wah dah grad rupanya anak idah.

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D