24 November, 2014

Cuti Sekolah Datang Lagi

21 ulasan
Assalamualaikum...

Cuti Sekolah Datang Lagi

Yeeyyy..!!! Cuti Sekolah Datang Lagi... :D pastinya adik² akan seronok kan... yer laa... tak payah bangun awal pagi nak ke sekolah lagi dah... hehehe... kasut sekolah pun tak payah cuci kan...



Bukan anak² saja gumbira bila tibanya musim cuti sekolah ni... ibubapa lebih lagi... yer la... nak ke tempat kerja jalan dah tak jam dah kan...kan...kan... ;)


Jadi buat ibubapa... apa plan cuti sekolah ini untuk anak²? jalan-jalan cari makan? atau kem ibadah cuti sekolah? atau kena belajar laggiii (home tuisyen pulak) :(? balik kampung? berkhatan? ermmm... atau lepak saja di rumah? :D



Tak kisah laa apa pun perancangannya... yang penting pastikan anak² kita dalam keadaan yang baik² saja... apa pun aktiviti mereka... pastikan ianya dalam pengetahuan kita... jangan biarkan mereka bebas bermain di luar rumah, atau keluar bersama kawan² yang tidak kita kenali dan ketahui kemana arahnya... dan kalau di rumah pun kena pantau juga... apa yang mereka lakukan seharian... pastikan anak² tidak melakukan aktiviti yang tidak sihat di rumah...



Al-maklum laa... sekarang nie macam² bahaya yang ada disekeliling anak kita... biar anak kita menangis sekarang dari kita menangis akan datang bilamana nasi telah menjadi bubur... :( sesal pun tak guna dah...


Selamat Bercuti diucapkan buat anak² dan adik² sekelian... pandai²lah kalian mengisi masa lapang ini dengan aktiviti yang bermanfaat... jaga diri baik²... dan... jangan lupa diri yerr... ;)


21 ulasan :

  1. yang takde anak pun hepi, sebab jalan tak jam..bos-bos pun ramai anak cuti..yahoooo!

    BalasPadam
    Balasan
    1. anak cuti plak, nak taip amik cuti

      Padam
  2. selamt bercuti buat budak2 skolah..:)

    BalasPadam
  3. Betullah Idah.. kakak pun tak pening kepala fikir nak buat bekal apa. Sebab tiap malam nak tidur dah plan esok nak bawakan bekal apa. Kalau dia sebut apa yg dikehendaki senang, kalau tak kita yg pening.. Cuti ni rehatlah...

    BalasPadam
  4. Suka time cuti sekolah...meriah semacam je dengar suara budak-budak sana sini :)

    BalasPadam
  5. Cuti sekolah..ummi yang excited..heheheh.. nak plan gi sana la..gi sinun la..nasibla ummi housewife... ayah je kojer..

    tapi kita para ibu makin busy kan kalau anak2 cuti sekolah..

    jemput dtg blog kita

    www.bidadarigojes.blogspot.com

    BalasPadam
  6. yeah cuti sekolah , yang masih sekolah seronoklah ... aloo nak cuti jgk

    BalasPadam
  7. cuti sekolah ni , belanja dapur kena 2x ganda ... maklumlah kat umah jer kan .... heeee

    BalasPadam
  8. Bolehlah anak-anak tengok kartun sampai pagi..OMG

    BalasPadam
  9. best nak2 cuti sekolh ni...tapi ibubapa perlu cemburu dgn kegitn ank2...

    BalasPadam
  10. selamat bercuti.. saya x de plan apa2, cuma ada banyak jemputan kenduri kahwin member je.. hehehe

    BalasPadam
  11. time cuti sekolah camni dptlan spend time lebeyhh dgn anak sedara yg tunggal tu. masa cuti ni je la ada masa nk bemanja2 gitu hehehe

    BalasPadam
  12. ya, betul..seronok time cuti sekolah ni..jalan tak jam...

    BalasPadam
  13. cuti sekolah masa untuk bawak anak jalan2. hehe. saya bujang lagi :)

    BalasPadam
  14. cuti sekolah ni boleh la berjalan sis :)

    BalasPadam
  15. selamat bercuti. budak-budak memang suka time cuti nih.

    BalasPadam
  16. Farah hari2 mmg cuti sekolah dah..hehehe..tak sabar tunggu emir masuk sekolah jugak...=D

    BalasPadam
  17. Cuti sekolah kurang sikit kecoh pagi2 nak siap2 ke sekolah.. keluar rumah boleh lambat2 sikit hehee..
    Slmt menyambut cuti sekolah.. :)

    BalasPadam
  18. tahun depan anak darjah 1... baru terkesan kot dengan cuti sekolah :)

    BalasPadam
  19. saya belum ada plan pun cuti sekolah kali ni
    keadaan cuaca dan ekonomi keluarga membataskan =)

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D