Assalamualaikum...
Nabihan & Little Caliphs Grand Ihtifal ~ Minggu lepas merupakan minggu terakhir sesi persekolahan 2014... jadi banyak la sekolah yang mengadakan Majlis Anugerah Kecemerlangan, Majlis Khatam Quran, Majlis Tamat Persekolahan & Konsert dan tidak kurang juga yang mengadakan Ihtifal... :)
Ahad lepas adalah giliran sekolah Nabihan mengadakan Ihtifal dan Konvo bagi anak² yang tamat pra persekolahan mereka... majlis telah diadakan di Auditorium, Muzium Negara, KL... :D pihak Little Caliphs telah membuat 2 sesi upacara... iaitu sesi pagi bagi anak² 6 tahun manakala bagi anak² 5 dan 4 tahun diadakan pada sesi petang pula... kerana setiap sesi tersebut mereka telah gabungkan 4 buah sekolah. Little Caliphs Bandar Tun Hussein Onn, Mahkota Cheras, Damai Mewah dan Hulu Langat... :) oleh kerana idah ada 2 anak yang bersekolah di LC... jadi idah kena datang sesi pagi dan juga petang... huhuhu... 1 hari layan konsert jerrr... phhewww.... :D
Setiap anak² dari setiap sekolah menunjukkan kebolehan mereka dalam membaca doa, hafazan, menyanyi, menari, berlakon dan sebagainya... gambar atas nie yang ada huruf N tu adalah Nabihan Aziz... semasa tiba gilirannya untuk membuat persembahan... dia keluar dengan memakai jubah putih dan berserban... subhanallah... terpaku seketika ibu ini melihat anak bujangnya.. menyerupai alim ulamak... :)
Sekolah Nabihan mempersembahkan lakonan menceritakan tentang Perang Badar... Nabihan berlakon sebagai tentera islam...
Tentera Islam sedang berselindung di sebalik gunung ganang... :D
Tentera Islam yang sedikit telah berjaya menewaskan musuh islam yang jauh lebih besar bilangannya... :) huhuhu... memang kesukaan dia la lawan² perang niee...
Tentera islam bersorak meraikan kemenangan mereka... hooraayyy!!!...
Di akhir persembahan mereka beramai² mendendangkan beberapa buah lagu... huhuhu... bersemangat anak bujang idah nie menyanyi... dengan penuh perasaan tu... kekeke...
Kemudian bersedia untuk sesi graduasi pula...
Beratur menunggu giliran...
Giliran Nabihan Aziz mengambil skrol nyer dari principal... (y)
Horaayy....!! Nabihan dengan rasminya telah tamat pra-sekolah... <3<3 tahun depan cabarannya lain pula yer sayang... :)
4 buah sekolah bergabung dalam konsert terakhir Little Caliph 2014... murid² sedang dipersediakan oleh guru²...
Ahhaa... Nabihan Aziz dengan awekss yerr... apa jer yang disembangkan tu... :D
Guru² dan murid² berkolaborasi... huhu... bersungguh² dan dengan penuh perasaan mendendangkan beberapa buah lagu buat kali terakhirnya... :) tiba² hati ini menjadi sayu pula... sekejap saja Nabihan dah besarr... :( cabaran lain pula bakal mendatang yang harus ibu dan babah tempuh...
Nabihan Aziz... anak kesayangan babah niee....
Iyan dengan jubah konvo dan skrol nyer... :D muka seriusss jerrkk...
Sebelum pulang... setiap pelajar dibekalkan dengan beg kertas yang berisi gambar² konvo, bunga, dan hadiah dari pihak sekolah...
Gambar keluarga... Nabihan, ibu, babah dan Adelia... Adelia ikut sama kerana petangnya giliran dia pula untuk konsert... :D
Semoga Nabihan Aziz membesar menjadi anak yang soleh dan cemerlang... dan tidak banyak 'hal' di sekolah rendah nanti... ahaaahaha.... okay... nanti sambung cerita sesi petang pula... sesi konsert Nur Adelia... :D
Alhamdulillah... selesai sudah seorang anak yang pra-sekolah... untuk ibubapa bila anak habis pra-sekolah nie... perghhh rasa lega banyak... sebab pra-sekolah ni kosnya tinggi... kerana ibubapa ingin memberikan pendidikan awal yang terbaik buat anak² mereka... :)
Semoga Nabihan Aziz membesar menjadi anak yang soleh dan cemerlang... dan tidak banyak 'hal' di sekolah rendah nanti... ahaaahaha.... okay... nanti sambung cerita sesi petang pula... sesi konsert Nur Adelia... :D
comel je...dah grad ya..he...he
BalasPadamsonoknya tgk...dh grad dh :)
BalasPadamAlhamdulillah...hebat betul majlisnya.. =D
BalasPadamAlhamdulillah... majlis yg meriah & ceria.. semoga menjadi insan yg berjaya dgn cemerlang di dunia & akhirat... aamiin.. :)
BalasPadamcomelnya nabihan :)
BalasPadamtahniah dah grad. moga menjadi anak yang soleh ^^
comelnya nabihan... persembahan macam menarik je :)
BalasPadamseronoknye nabihan sekolah kat LC ! bersih suci + sejuk tengok wajah diorang semuanye.. moga jadi anak soleh utk ibu & babah ye nabihan :)
BalasPadamnabihan sebaya afif anak saya rupanya =)
BalasPadamtahniah nabihan ye =)
Wah dah grad rupanya anak idah.
BalasPadam