19 November, 2014

Pelajar Cemerlang PSRA 2014 Mumtaz

20 ulasan
Assalamualaikum...

Keputusan PSRA Atikah

Pelajar Cemerlang PSRA 2014 Mumtaz ~ Keputusan Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA) 2014 bagi seluruh negeri Selangor telah diumumkan minggu lepas... Syukur alhamdulillah... seperti yang ustaz beritahu babah sebelumnya... Atikah berjaya mendapat Mumtaz bagi keseluruhan subjek dan sekaligus menjadi seorang dari 3 pelajar terbaik dalam darjah... Good Job Kakak...! (y)


Majlis Ikhtifal  Dan Katam Quran Sek KAFA

Dan semalam telah diadakan Ikhtifal sekolahnya atau hari bagi meraikan anak² yang cemerlang dan juga meraikan kesemua murid² yang bakal meninggalkan alam persekolahan rendah mereka... disamping itu diadakan juga Majlis Khatam Quran bagi murid² tahun 6 yang telah berjaya menamatkan pembelajaran Al-Quran mereka... :) Tahniah semuaaa... (y)



Barisan Murid-murid cemerlang...
Yang memegang plat cenderahati itu adalah merupakan 5 pelajar cemerlang dari sekolah Atikah yang mana kesemua mereka adalah merupakan murid perempuan... huhuhu.... ;) Gurls Powerr...!!! cayok... cayokk... :D


Pelajar Cemerlang PSRA 2014 Mumtaz
Buat Atikah, ibu dan babah merakamkan ucapan Tahniah buat Kakak atas apa sahaja kejayaan yang kakak kecapi... terutama dalam PSRA ini... semoga kakak dapat berusaha dengan lebih gigih lagi dan terus menjadi insan cemerlang di dunia dan akhirat... ibu dan babah akan senantiasa mendoakan kejayaan Kakak dan adik²... Terima kasih kerana telah menjadi contoh yang baik buat adik²...  ♥ <3<3


Tahniah dan Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Guru² dan keluarga mereka yang telah bersusah payah mendidik Atikah dan kesemua rakan²nya... sehinggakan sanggup datang mengajar diwaktu malam walau tanpa dibayar sesen pun... sanggup juga mengorbankan waktu bersama anak² dan pasangan... dan pelbagai pengorbanan lagi yang telah diberikan demi untuk mendidik dan melihat kejayaan anak² ini... Hanya Allah Taala sahaja yang dapat membalasnya... :)



Kepada anak² yang cemerlang diluar sana... Tahniah diucapkan... semoga kalian terus menerus mendapat kejayaan... buat anak² yang tidak cemerlang... jangan putus asa... ini bukan pengakhiran dalam hidup ini... teruskan berusaha... atau mungkin ini bukan bidang yang anda gemari... carilah kelebihan diri sendiri, gilap dan serlahkan kelebihan mu itu... insyaallah setiap usaha itu pasti ada ganjarannya... :)


Buat ibu bapa... Tahniah... :) dan jika anak anda tidak peroleh kecemerlangan... tidak mengapa... teruskan beri dorongan kepada mereka... ketahui kelebihan dan kelemahan mereka... dan cuba bantu semampu kita... jangan lupa maafkan kesalahan dan doakan kejayaan mereka setiap hari... gagal sekali tidak bermakna gagal untuk selama-lamanya... kan... :)  insyaallah... 


20 ulasan :

  1. tahniah Atikah...semoga cemerlang dunia akhirat..sejuk perut ibu mangandung..tahniah jugak buat idah..:)

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah..Tahniah Aqilah & mummy as welll..

    BalasPadam
  3. tahniah kak atikah..sebak plak baca..

    BalasPadam
  4. tahniah atikah ... tahniah juga pada idah sbb dpt mendidik anak dan meletakkan atikah di tpt sepatutnya ... well done !

    BalasPadam
  5. Tahniah Atikah..
    Kalau di Johor darjah 6 kami panggil SDEA (Sijil Darjah Enam Agama)
    Subjek negeri Johor ada termasuk juga munakahat, muamalat & jenayah yg tak ada di Selangor.

    BalasPadam
    Balasan
    1. FYI - munakahat, muamalat & jenayah pun di ajar dlm sukatan pelajaran PSRA di Selangor.

      Padam
  6. salam singgah sini Idah...Alhamdulillah dan tahniah kepada adik Atikah...

    BalasPadam
  7. beb aku baru baca, cakap atikah tahniah :)

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah...tahniah Atikah...moga cemerlang didunia juga di akhirat..sejuk perut ibu yg mangandung..tahniah jugak buat idah..

    BalasPadam
  9. Tahniah Atikah, Idah.. semoga Atikah teruskan usaha sehingga ke menara gading.. bestnya la kan..
    I berdebar la nak tunggu Razim masuk sekolah.. dup dap dup dap

    BalasPadam
  10. wahhh tahniah atikah! semoga terus jd anak solehah & bijak utk ibu & babah hehe

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah tahniah Atikah.. semoga terus berjaya menjadi insan yg cemerlang di dunia & akhirat... aamiin.. :)

    BalasPadam
  12. FYI - munakahat, muamalat & jenayah pun di ajar dlm sukatan pelajaran PSRA di Selangor.

    BalasPadam
  13. Tahniah, Atiqah! Moga terus menjadi anak pintar kebanggaan ibu ayah :)

    BalasPadam
  14. alhamdulillah, tahniah Atikah :)

    BalasPadam
  15. Alhamdulillah...tahniah buat Atikah..=D

    BalasPadam
  16. tahniah atikah...so plannya nak ke sek mana tingkatan 1 ni? berdebar plak kite lg 2 tahun anak 1st nak exam PSRA

    BalasPadam
  17. tahniah ye kakak atikah
    moga terus success =)

    BalasPadam

Tinggalkanlah KOMEN sikit.. :')

Appreciate sangat kalau uols komen tulisan ni..

Kepada yang dah komen tu terima kasih banyak² dan sayang korang sangat².. :D