31 Mac, 2014

MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway !

11 ulasan

Assalamualaikum...


 MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway !

Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, 
Wang Tunai RM50 : Best Wishes , 
Monopod x 2 : Random.Org , 
100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark
Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)

Cubaan Pertama Roti Lapis Daging Berkeju.

18 ulasan

Assalamualaikum...



Awak² semua sihatt??... :D  Minggu lepas... boss idah di office nie sibuk dok promote satu resepi nie... beriya-iya dia bercerita... hehehe... Roti Lapis Daging Berkeju... dia dapat resepi tu dari sorang kawannya... katanya dia dah buat banyak kali dan sedap sangat... anak² dan husband dia pun suka...




Huhuhu... tergoda idah dengar criter boss tu... dia siap watsapp kat idah dan rakan² akan resepinya... dan petang tu juga balik kerja terus idah pergi Jusco cari bahan²nya... tapi tak buat petang tu... beli bahan jer petang tu... tapi buatnya keesokan harinya... ahaks..! :D



Cubaan Pertama Roti Lapis Daging Berkeju.

Okay... ini hasil cubaan pertama idah... rupanya sebelum dibakar... 

28 Mac, 2014

Renungan Jumaat #11 : Ya Tuhanku, Ampunilah Aku...

17 ulasan

Assalamualaikum...



Renungan Jumaat #11 : Ya Tuhanku, Ampunilah Aku...


Mendalam sungguh maksud doa ini... namun diketika kita membacanya disetiap solat... berlalu begitu saja tanpa terkesan dihati...

27 Mac, 2014

Beli Tiket Bas Transnasional Yang Menyusahkan...

23 ulasan

Assalamualaikum...



Seminggu cuti sekolah ni anak² kakak idah tinggal dengan idah... sebabnya ibunya sedang mengerjakan Umrah... bapanya pula telah lama pulang kerahmatullah... jadi idah la yang menjaga mereka untuk sepanjang ibunya tiada nie...



Seorang dari anaknya bersekolah di Grik, Perak... sebelum ibunya pergi kelmarin... dia berpesan agar idah belikan tiket bas transnasional untuk si kakak tu pulang ke asrama nanti... beli secara online saja katanya... ermm... oraitt..!



Pagi semalam sebelum idah keluar bekerja... idah ada bertanyakan kepada si kakak tu... biasa dia naik dan turun bas dimana... katanya di Hentian Duta... orait... 



Beli Tiket Bas Transnasional Yang Menyusahkan.

Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway.

6 ulasan

Assalamualaikum...


Ini adalah Giveaway yang syaratnya paling mudah setakat nie yang idah jumpa dan sertai... :D



Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway.

26 Mac, 2014

Free Market TTDI...

19 ulasan

Assalamualaikum...


Free Market TTDI...



Free Market atau Pasar Percuma ini telah diadakan pada 16 Mac 2014 yang lalu di perkarangan Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail (TTDI)... ini merupakan program ke-2 yang telah dianjurkan... bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 11 pagi...



25 Mac, 2014

Al-Waasi Dalam Akhbar Sinar Harian (25/03/2014).

19 ulasan

Assalamualaikum...


Al-Waasi Dalam Akhbar Sinar Harian (25/03/2014).

Rabu, 19 Mac 2014 yang lepas... Persatuan Kebajikan Al-Waasi telah berkolaborasi dengan sebuah NGO lagi iaitu Persatuan Kembara Charity telah mengadakan program #makanan_untuk_gelandangan... Diatas adalah keratan akhbar Sinar Harian keluaran hari ini yang telah membuat liputan berkenaan program pada malam itu...



Cuti-cuti GIVE AWAY

13 ulasan

Assalamualaikum...


Pagi² nie idah nak join Cuti-cuti Give Away...:D sebagai sokongan kepada rakan² yang anjurkan GA nie kan... 



Tidak melibatkan fb, twitter dan instagram... Mudah sangat syarat² GA blogger Fiza nie... I like... :D 


Jom kita sertai... #Raudzah, #Bunda, #Khir Khalid dan semua laa... :D


Cuti-cuti GIVE AWAY


Fiza akan bercuti di Korea jika diluar negara dan Cameron Highland jika di dalam negara :D


Betul tak Fiza?? :D



24 Mac, 2014

Gambar Sekitar Hari Pembuangan Undi PRK Kajang N25.

15 ulasan

Assalamualaikum...


Berikut adalah gambar² yang sempat idah rakamkan semalam iaitu hari pembuangan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang N25... 



Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar... tiada sebarang kejadian besar yang tidak diingini berlaku... sikit² tu biasa laa... :)


Gambar Sekitar Hari Pembuangan Undi PRK Kajang N25.

Excited nyerr brader² niee yerr... macam² aksi aderr... hehehe.. ? ;D

21 Mac, 2014

Renungan Jumaat #10 : Kewajipan Sifatnya Kadangkala Terpaksa...

22 ulasan

Assalamualaikum...



Kewajipan Sifatnya Kadangkala Terpaksa...


"Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?"


20 Mac, 2014

Majlis Harijadi Jan-Mac 2014 DBKL Team

15 ulasan
...السلام عليكم


Petang semalam di ofis idah nie diadakan majlis sambutan hari jadi tergempar... :D tergempar sebabnya buat majlis tak plan.. last minute buat collection, beli kek, buat teh tarik, beli goreng pisang skit... siappp... :D



Majlis Harijadi Jan-Mac 2014 DBKL Team

Pada mulanya majlis tu dibuat khas untuk boss kami yang tudung coklat tu... tapi akhirnya boss suruh celebrate untuk semua yang birthdaynya jatuh pada Jan hingga Mac 2014... :D ... so tu la yang dok berderet² tu... :D


19 Mac, 2014

Mencari Dana Di Pasar Malam

22 ulasan
...السلام عليكم


Lama sungguh rasanya idah tak update tentang Al-Waasi... bukan tiada aktiviti... cuma ceritanya hampir sama saja... gelandangan... takut bosan pula teman² membacanya... :)


Tapi ini ceritanya lain sedikit... :) sabtu lalu idah dan skuad Al-Waasi buat pertama kalinya mencuba nasib di pasar malam pula... ini merupakan salah satu dari usaha kami bagi mencari dana untuk tabung kebajikan Al-Waasi... 



Errmm.. teruja juga sebenarnya... sebab tak pernah buat kerja² begini sebelum nie... hehehe... kami redah jer... apa saja rintangan yang datang, kami tangani satu persatu... dan alhamdulillah... setiap masalah yang kami hadapi... DIA permudahkan segalanya... :)



Mencari Dana Di Pasar Malam

18 Mac, 2014

Tanpa Bicara #11 : Kabus Di Kuala Lumpur

11 ulasan
...السلام عليكم


Tanpa Bicara #11 : Kabus Di Kuala Lumpur


Tanpa Bicara #11 : Kabus Di Kuala Lumpur

✿‿✿‿✿‿✿‿✿


Big Giveaway by Sarah's Story

6 ulasan

بسم الله الرحمن الرحيم

Big Giveaway by Sarah's Story

tekan banner untuk join!

11 Mac 2014 - 12 April 2014
( tarikh mungkin akan berubah )

Syarat sangat senang dan tak banyak sebab kali ni Sarah tak amik sponsor.

Hadiah semua Sarah sponsor sendiri.


Pembahagian Hadiah 

Top Referral :
( seorang )
| Sehelai Glitter Shawl | Sehelai Bawal Plain | Felt Craft x1 |

Cabutan Bertuah :
( 12 orang )
| Polka Dots Shawl x2 | Ziq-Zaqs Shawl x2 | Bawal Plain x2 | 
| Colour Tones Shawl x2 | Felt Craft x4 |
Publish URL entry blog korang di ruangan komen SEKALI sahaja.


GA Mac 2014 by Emas Putih

8 ulasan

Hello Giveaway by Mea Lady

7 ulasan

Salam...


Hello Giveaway by Mea Lady


Hello Giveaway by Mea Lady
Tekan banner untuk join!

Due Date : 30 April 2014


Hadiah :

Top Referral :
Cash / Topup RM20 x 1

Random :
Topup RM5 x 2

Publish URL entry di ruangan komen SEKALI sahaja.
 Terima Kasih.

14 Mac, 2014

Panduan Kesihatan Ketika Jerebu.

17 ulasan
...السلام عليكم



Panduan Kesihatan Ketika Pencemaran Udara.
Sumber : Google


Seperti yang kita ketahui, Indeks Pencemaran Udara (IPU) bacaan di bahagian-bahagian di Semenanjung Malaysia telah meningkat dan adalah dalam lingkungan "tidak sihat". Ini dilaporkan berpunca dari musim kering yang berterusan di semua bahagian Semenanjung.


Berikut adalah beberapa panduan kesihatan :



• Orang yang mempunyai masalah kesihatan kronik terutamanya paru-paru atau penyakit jantung, warga tua, wanita hamil dan kanak-kanak - mengurangkan semua aktiviti luar apabila bacaan IPU lebih daripada 100.



• Orang dewasa yang sihat - mengurangkan senaman fizikal yang berlebihan atau aktiviti luar.



• Walaupun individu yang sihat mungkin mengalami kerengsaan jangka pendek (seperti kerengsaan mata, yang boleh menggunakan pencuci mata biasa, dimana boleh didapati dari farmasi ); segelintir individu yang sensitif mungkin mengalami gejala yang lebih teruk.


• Bagi mereka yang mengalami gejala kerengsaan, dinasihatkan agar tinggal di dalam rumah atau bilik-bilik berhawa dingin yang mempunyai penapis udara yang berkesan atau sistem pembersihan udara (air ventilation) ini boleh membantu (pastikan tingkap dan pintu ditutup selama mungkin)


• Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok, untuk mengurangkan zarah kotoran disedut masuk ke paru-paru.


• Anda dinasihatkan agar menggunakan topeng muka apabila berada di persekitaran terbuka. Topeng muka ini boleh didapati dari farmasi atau kedai-kedai yang berkaitan. 


• Segeralah berjumpa doktor jika didapati status kesihatan anda semakin merosot akibat dari faktor kualiti udara terutama bagi mereka yang menghidap penyakit kronik, kanak-kanak, wanita hamil dan warga tua.


Renungan Jumaat #9 : Buat Baik Balasan Baik.

14 ulasan
...اسلام عليكم



Salam jumaat teman² sekelian.... 

Peringatan bagi diriku dan semua... :)




Renungan Jumaat #9 : Buat Baik Balasan Baik.


#Pray4MH370



13 Mac, 2014

Jerebu Di Kuala Lumpur Petang Ini.

12 ulasan
...السلام عليكم


Ingatkan pagi tadi jerebu di Kuala Lumpur dah teruk dah... tapi rupa²nya petang nie lagi teruk...



Jerebu Di Kuala Lumpur Petang Ini.
Pagi tadi...

Jerebu Di Kuala Lumpur Pagi Ini.

15 ulasan
...السلام عليكم


Semalam jerebu di Kuala Lumpur bermula lagi... tapi pagi nie semakin teruk... jarak penglihatan juga semakin terbatas...



Jerebu Di Kuala Lumpur Pagi Ini.
Dataran Merdeka


Di Dataran Merdeka, kebiasaannya bangunan yang belakang² tu boleh jelas kelihatan... tapi pagi nie dah tak nampak dah...



12 Mac, 2014

Nabihan Semakin Sihat.

13 ulasan
...السلام عليكم



Nabihan Semakin Sihat.


Semenjak dari kisah Nabihan sakit tempohari... ramai yang bertanyakan tentang perkembangan kesihatan Nabihan... Alhamdulillah... Nabihan dah sihat walaupun batuk² kecil masih ada... kerana treatment antibiotiknya hanya akan berakhir pada esok hari... dia pun dah bersekolah semula... 



Walaubagaimana pun rabu minggu depan kami kena bawa dia semula ke HUKM untuk rawatan susulan berikutan ada benjolan kecil di leher sebelah kirinya... harap² hanya benjolan biasa saja...

11 Mac, 2014

Pulanglah MH370.

12 ulasan
...السلام عليكم


Seluruh dunia sedang menanti kepulangan mu wahai MH370... pulang lah...
Rungkaikanlah misteri ini Ya Allah...
Pulangkanlah mereka kepada kami Ya Allah...
Walau dengan apa keadaan sekalipun... kami Redha......



Pulanglah MH370.
Source : facebook



Kronologi Kehilangan MH370

Mac 08, 2014 12:41am
- MH370 berlepas dari KLIA menuju ke Beijing.


07 Mac, 2014

Nabihan Demam Kuat Tiba-Tiba.

18 ulasan
...السلام عليكم


Semalam... merupakan hari yang penuh dugaan buat idah sekeluarga... 



Tengahari dalam lebih kurang jam 12 tengahari... idah di pejabat dan dapat call dari hubby... katanya sekolah Nabihan call dia dan mengatakan yang Nabihan demam kuat sampai menggigil²... so idah suruh dia balik dulu tengok Nabihan... kalau dia ambil idah lagi lambat jadinya kan...




Ermm... malam tadi ok jerr... pagi² bangun pegi sekolah pun dia okay jerr... badan dia tak panas pun dan dia pun ceria seperti biasa jerrr... kenapa tiba² jer boleh demam sampai menggigil yerr... fikir idah...


Semasa on da way balik tu... hubby talipon sekolah lagi... suruh sekolah masukkan ubat bontot dulu... tapi cikgunya kata tak ada ubat kat sekolah... ;( ... pastu hubby suruh cikgunya ambil suhu Nabihan... cikgunya kata... tiada penyukat suhu di sekolah... uwarrghhh... sekolah punya la bayar mahalll... tapi tak ada emergency support... huhhh..! kemudian hubby suruh cikgunya hantar Nabihan ke klinik berdekatan... tapi cikgunya kata nak tunggu parents datang juga... noo... kena hantar dulu.. sementara menunggu kami sampai... segala perbelanjaan kami akan tanggung kata hubby... akhirnya cikgunya pun akur dan menghantar Nabihan ke klinik berdekatan...


Sesampai hubby di klinik... doktor kata semasa Nabihan datang suhunya 41 darjah... doktor dah beri Nabihan 2 dos ubat di bontot tapi sudah hampir sejam suhu turun terlalu perlahan... doktor arahkan hubby bawak Nabihan ke hospital yang berdekatan... hubby call idah... dan idah minta hubby bawa Nabihan ke PPUM... tapi doktor tak galakkan kerana katanya jauh dan takut semasa dalam perjalanan suhu akan meningkat naik lagi... so hubby pun buat keputusan bawa Nabihan ke KPJ Kajang...



Nabihan Demam Kuat Tiba-Tiba.

04 Mac, 2014

Mencari Nama Di Tapak Tangan.

20 ulasan
...السلام عليكم



     Meriah pagi nie di office idah nie... bilamana Cik Project Admin kami datang dan menunjukkan sample t-shirt yang akan majikan berikan kepada kami... sample tu untuk pilih saiz jer... :D



Mencari Nama Di Tapak Tangan.

Inilah rupa t-shirt yang bakal diberikan kepada kami... nama setiap staf ada tertulis disitu... nampak tak nama akak??? :D besar tue.. hehehe... sorry ditengah² tu adalah nama syarikat yang terpaksa di sensed... harap faham kayy...! :D


03 Mac, 2014

Jualan Amal Al-Waasi' @ Car Boot Sale Puncak Jalil.

17 ulasan
...السلام عليكم


Jualan Amal Al-Waasi' untuk pertama kalinya telah diadakan pada 23 Februari 2014 yang lalu... dimana kami memilih Car Boot Sale, Puncak Jalil sebagai lokasi percubaan kami... di sini tiada sebarang bayaran tapak dikenakan... percumaa... :D dan bermula dari seawal jam 7 pagi hingga 12 tengahari setiap hari ahad... hanya barangan terpakai sahaja yang dibenarkan diperniagakan di sini... makanan dan minuman tidak boleh dijual...



Awal² pagi lagi idah dan teman² dah sampai untuk memilih lokasi yang strategik untuk kami berniaga... ini pengalaman pertama dalam hidup idah berniaga secara serius dan membuat jualan amal... :D hehe.. terujaaa dan suspen bercampur baurr :D... 



Jualan Amal Al-Waasi' @ Car Boot Sale Puncak Jalil.

Kami mengambil 2 tapak dengan menggunakan 2 buah kereta...